Wednesday, March 2, 2011

Home » , » Gegelang Keladi Ayam Sze Chuan

Gegelang Keladi Ayam Sze Chuan


Gegelang Keladi Ayam Sze Chuan
BAHAN GEGELANG KELADI:
300 gm keladi (rebus & lenyek)
100 gm tepung tang min
50 gm marjerin
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Sedikit rempah empat sekawan
BAHAN AYAM SZE CHUAN:
300 gm isi ayam (potong dadu)
3 tangkai cili kering
30 gm capsicum (potong dadu)
2 cm halia
2 tangkai cili merah (potong dadu)
Sedikit tepung jagung
BAHAN PERASA:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat
200 ml air stok ayam
1/2 sudu kecil gula
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan gegelang keladi dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian uli selama lima minit.
2. Kemudian bentukkan seperti gelang. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
3. Kemudian tumiskan semua bahan ayam sze chuan kecuali isi ayam sehingga wangi. Masukkan isi ayam pula dan goreng seketika.
4. Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair, kicap pekat, air stok ayam dan gula. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga ayam empuk. Setelah masak, angkat dan tuangkan ke dalam gegelang keladi yang telah siap digoreng tadi
Sumber ; sajionline

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...