Friday, February 25, 2011

Home » » Halwa Betik Dan Lobak Merah

Halwa Betik Dan Lobak Merah



Bahan-bahan:
2 biji betik - masak/muda
6 biji lobak merah
6 biji lobak putih
3 kg gula pasir
50 gm gula batu
Kapur sirih secukupnya
Cara Menyediakan:
1. Buang kulit betik serta lobak merah, dan ukir mengikut bentuk yang diingini.
2. Rendam ukiran dalam air kapur sirih semalaman, kemudian basuh bersih.
3. Celur bahan hingga lembut dan rendam semula dalam air sejuk selama 20 minit. Toskan.
4. Masak gula pasir dan gula batu dengan anggaran tiga mangkuk air hingga mendidih. Sejukkan.
5. Rendam bahan dalam air gula. Bagi ukiran yang agak tebal, cucukkan dengan lidi supaya ada ruang untuk air gula menyerap ke dalamnya.
6. Bagi halwa kering, bahan hendaklah direndam sekurang-kurangnya seminggu, manakala air gulanya hendaklah dipanaskan setiap hari.
7. Semasa memanaskan air gula, pastikan bahan-bahan dikeluarkan terlebih dahulu dan tunggulah air gula sejuk sebelum dimasukkan semula bahan.
8. Ulangi proses ini selama seminggu sebelum menjemur bahan di bawah panas terik. Semasa menjemur, tutup bahan dengan kain putih jarang bagi mengelak habuk dan kepanasan secara langsung yang boleh mencairkan gula. Ini akan menyebabkan halwa tidak cantik.
Pesanan:
* Semasa memanaskan air gula, gunakan api perlahan. Api yang besar menghanguskan air gula dan menguningkan bahan-bahan lain terutama lobak putih.
* Semakin pekat air gula, semakin cantik halwa anda.
* Halwa mesti disimpan di dalam bekas kedap udara, atau boleh juga di dalam peti sejuk. Jangan dedahkan halwa kerana udara persekitaran boleh mencairkan gula pada bahan.
* Halwa boleh disimpan selama sebulan. Untuk diguna semula, masak air gula pekat, rendam dan jemurkan semula halwa
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...