Sunday, February 20, 2011

Home » , » Puding Pisang

Puding Pisang


BAHAN LAPISAN KEK:
1 biji kek swissroll | potong lapan
15 gm agar-agar serbuk
2 cawan air
BAHAN LAPISAN PISANG:
3 biji pisang montel | hiris
20 gm agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastad
1 cawan gula
3 cawan susu segar
3 biji kuning telur
BAHAN LAPISAN BAWAH:
15 gm agar-agar serbuk
2 cawan santan
Sedikit pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kita sediakan lapisan kek dulu. Potong swiss roll dan susun di bahagian bawah loyang.
2. Satukan agar-agar dan air. Didihkan hingga larut. Tuang ke atas swiss roll. Biarkan mengeras.
3. Hirisan pisang disusun di tepi loyang dan kalau ada lebih susunkan di atas lapisan swiss roll yang sudah mengeras.
4. Satukan bahan lain dalam periuk dan kacau sebati di atas api yang kecil sehingga likat. Tuangkan ke atas lapisan swiss roll tadi. Biarkan mengeras.
5. Sediakan bahan ketiga, satukan semua bahan dan didihkan. Tuangkan di atas lapisan kedua, dan biarkan mengeras
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...