Pages
Saturday, October 30, 2010
Resepi Kari Ikan Jenahak
1 kg ikan jenahak
3 biji tomato
1 biji kelapa
3 labu bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 tangkai daun kari
2 peket rempah kari ikan
Sedikit garam dan air
Cara menyediakan:
1.Bersihkan ikan dan ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
3.Masukkan pula cili kering bersama rempah kari ikan. Kacau seketika.
4.Setelah itu masukkan santan dan ikan tadi.
5.Renehkan di atas api sederhana sehingga ikan separuh masak. Seterusnya, masukkan
tomato dan garam secukup rasa.
()resepi online()
Resepi Ayam Bakar Madu
2 kilo kepak ayam
Bahan dikisar:
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
Cara menyediakan:
1) Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
2) Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang
Resepi Sayur Lemak Pucuk Manis
1 ikat sayur pucuk manis [ambil daunnya]
2 biji keledek oren [potong kecil]
2 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 cawan air
1 labu bawang besar [hiriskan]
2 biji cili merah [hiris]
2 s/b udang kering
garam
Cara menyediakan:
1. Rebuskan keledek dengan air sehngga lembut.
2. Bila dah mendidih masukkan semua bahan lain kecuali santan pekat dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan pula santan pekat dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak..
4. Bila nampak mendidih tutup api dan boleh hidangkan.
Gulai Kawah Daging
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam
Bahan dikisar:
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai
1 s/b rempah masak gulai
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.
Resepi Ayam Kung Pao
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
garam secukup rasa
- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - goreng dan toskan.
Bahan-bahan B:
100 gm kacang gajus
30 gm cili kering
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau - potong lebar2 sedikit
3 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn sos tomato
Daun bawang
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
Resepi Ikan Haruan Kukus
500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)
Cara menyediakan:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
CUCUR BADAK UBI KELADI
BAHAN A :
200 Gm tepung gandum
150 gm ubi keladi
300 mlo air
5 gm garam
BAHAN B :
5 gm garam
10 gm gula
50 gm kelapa parut
20 gm udang kering } di sangai
2 gm cili kering ] disangai dan ditumbuk
10 gm bawang merah } dihiris
2gm serbuk kunyit
50 gm udang basah saiz sederhana 2 liter minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Untuk membuat intinya panaskan sedikit minyak dalam kuali ,goreng bawang merah,udang kering dan cili kering hingga masak
2. Masukkan kelapa parut kunyit gula dan garam,,kacau rata hingga kering
3. Untuk membuat kulitnya rebus ubi keladi dengan air dan garam hingga empuk dan sejukkan
4. Lenyekkan dan masukkan kedalam bekas adunan bersama tepung dan garam
5. Gentelkan menjadi bulat sebesar bola ping pong
6. Masukkan inti di tengahnya bulatkan semula ,dan leperkan ,letakkan udang ditengahnya
7. Panaskan minyak masak ,goreng adunan hingga habis hingga warnanya keemasan
SEDIA DIHIDANG
CUCUR CENDAWAN
BAHAN –BAHAN :
500 gm tepung gandum
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
1 gm serbuk kunyit
100 gm cendawan tiram
2 liter minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA ;
1. Masukkan tepung gandum ,telur garam dan serbuk kunyit kedalam mangkuk adunan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul sebati
3. Kemudian celupkan cendawan tadi kedalam bancuhan tepung
4. Panaskan minyak masak dan goreng cendawan hingga warnanya kuning keemasan
SEDIA DIHIDANG
CUCUR DURIAN
BAHAN –BAHAN :
200 gm tepung gandum
100 gm gula
50 ml santan
200 gm isi durian
300 ml air
5 gm garam
2 biji telur ] pukul
30 gm roti dihancur
2 liter minyak masak
CARA MEMASAKNYA :
1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak ,telur dan roti hancur kedalam mangkuk adunan .Gaul hingga sebati
2. Gentel bahan – bahan yang sudah digaul menjadi bulat seperti bebola ping pong .sejukkan seketika
3. Kemudian bebola tadi di celup dalam telur kemudian di gaul dengan roti hancur
4. Panaskan minyak kemudian goreng adunan hingga masak dan keperangan
SEDIA DIHIDANG
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN :
500 gm tepung gandum
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
3 biji cili merah } - 15 gm bawang merah ] dihiris
5 gm kucai ] dipotong 25 cm panjang
5 gm tauge ] dibuang ekor
1gm serbuk kunyit
40 gm udang
2 liter minyak masak
CARA MEMASAKNYA :
1. Tepung gandum,telur, garam,,cili merah,bawang merah, kucai, tauge dan esrbuk kunyit di masukkan kedalam bekas adunan
2. Masukkan air dan gaul kesemua bahan hingga sebati
3. panaskan minyak masak balam kuali ,sudukan adunan kedalam minyak panas ,hingga habis
4. Bila sudah berwarna kuning keemasan angkat dan toskan
SEDIA DIHIDANG
CUCUR TAPAI UBI KAYU
300 Gm tepung gandum
200 gm tepung beras
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
200 gm tapai ubi
2 liter minyak masak
CARA MEMASAKNYA :
1. Bancuh tepung gandum ,tepung beras,telur,air dan garam hingga sebati
2. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair
3. Kemudian celupkan tapai ubi kedalam adunan dan pastikan adunan melekat pada tapai
4. Panaskan minyak masak ,goreng adunan hingga keperang=perangan
SEDIA DIHIDANG
CUCUR JAGUNG MANIS
500 gm tepung gandum
200 gmjagung manis
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
100 gmgula
2 liter minyak masak
CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan tepung gandum ,jagung manis,telur garam dan gula ,kedalam mangkuk adunan
2. masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul sebati
3. Panaskan minyak kedalam kuali, ambil sejemput adunan dan goreng di dalam kuali .lakukan hingga adunan habis
4. Bila sudah keperangan bolehlah diangkat dan dihidangkan
SEDIA DIHIDANG
CUCUR INTI KACANG
200 gm tepung pulut
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
BAHAN B :
100 gm gula
50 gmkelapa parut
50 gm kacang tanah } digoreng dan dikisar
5 gm bijan
2 liter minyak masak untuk mengoreng
CARA MEMASAKNYA :
1. Untuk membuat intinya masukkan bahan B seperti gula ,kelapa parut ,dan kacang tanah di dalam periuk ,kacau sebati hingga masak, sejukan dan ketepikan
2. Untuk membuat kulit luarnya tepung pulut dimasukkan kedalam mangkuk adunan bersama telur dan garam
3.Masukan air sedikit demi sedikit dan digaul sebati hingga adunan kenyal ,ambil sedikit adunan ,kepalkan menjadi bulat
4. masukkan inti di tengahnya dan kepalkan semula hingga menjadi bulat cantik ,Golekkan dengan bijan ,lakukan hingga adunan habis
5. Panaskan minyak dalam kuali ,Goreng cucur tadi hingga masak dan keperangan
SEDIA DIHIDANG
JEMPUT –JEMPUT PISANG
BAHAN BAHAN :
300 Gm tepung gandum
100 gm gula
2 biji telur
300 ml air
3 gm garam
150 gm pisang emas } di lenyek hingga lumat
2 liter minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAKNYA ;
1. Tepung gandum ,garam ,gula dimasukkan dalam mangkuk adunan
2. Pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati
3: Panaskan minyak kedalam kuali ,goreng adunan hingga masak dan warnanya kuning keemasan
SEDIA DIHIDANG
KASWI GULA MERAH
BAHAM –BAHAN :
250 Gm tepung gandum
150 gm tepung ubi
200 gm gula merah
400 ml air
5 sudu makan gula
100 gm kelapa parut } untuk hiasan atasnya
1 sudu teh kapur
secubit garam
CARA MEMASAKNYA ;
1. Bancuh gula merah bersama air dan gula
2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi bersamasedikit kapur .gaulkan hingga mesra
3. Tuangkan adunan adunan kedalam acuan dan kukus hingga masak selama 30 minit
4. Sejukkan dan hidangkan bersama kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam
SEDIA DIHIDANG ;
ROTI JALA BERINTI
BAHAN – BAHAN
600 gm tepung gandum
1 biji kelapa parut
2 biji telur ]dipukul
3 gelas air sejuk
1 sudu tah garam
BAHAN - BAHAN INTI ;
1 kg kentang ] di potong dadu
500 gm daging lembu ]dipotong dadu kecil
1 paket serbuk kari
1 batang serbuk kayu manis
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
BAHAN –BAHAN KISAR ;
1 Biji bawang besar
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
5 tangkai cili kering
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAKNYA ;
1. Untuk intinya panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis bersama bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan serbuk kari dan biarkan hingga garing
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati
4. Panaskan dengan garam bahan perasa serta air ,biarkan hingga mendidih
5. Masukkan kentang bersama gula dan bawang yang di potong dadu dan biarkan hingga keriag
6. untuk roti jalanya bancuh tepung dengan santan .garam dan telur hingga sebati
7. tuangkan air sejuk dan kacau hingga rata
8. Panaskan kuali leper dan sapukan minyak dan kiraikan adunan tepung tadi nipis –nipis
SEDIA DIHIDANG
KARIPAP
BAHAN DOH
1/2 kg tepung gandum
1 sudu makan minyak masak ]yang telah dipanaskan
sedikit air garam ( suam):
BAHAN INTI
5 biji ubi kentang }
250 gm daging }di potong dadu
BAHAN-BAHAN KISAR :
5 Tangkai cili kering
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan lada hitam
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm halia
1 biji bawang besar
garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Untuk dohnya uli tepung gandum dan air garam suam dan minyak masak yang telah dipanaskan dan diketepikan
2. untuk sediakan intinya tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau dan garing
3. masukkan kentang dan daging dan biarkan hingga daging lembut
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Masakkan hingga kering dan angkat
6. ambil sedikit adunan dan masukkan intinya kemaskan hujungnya dan goreng hingga kuning
SEDIA DIHIDANG
BUAH MELAKA (ONDE – ONDE )
BAHAN –BAHAN ;
250 Gm tepung pulut
15 helai daun pandan } kisar dan ambil airnya
2 ketul gula melaka } dipotong kecil
1 biji kelapa parut ] ambil putihnya sahaja
secubit garam ]di gaul bersama kelapa
sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAKNYA ;
1. Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan hingga sebati
2. gaul hingga menjadi doh dan boleh diuli lembut
3. Ambil sejemput adunan ,masukkan gula melaka di tengah adunan dan bulatkan dengan kemas
4.Sediakan air mendidih dan masak hingga buah melaka timbul dengan sendirinya
5'. Angkat dan golekkan didalam kelapa parut
SEDIA DIHIDANG
BAHULU GULUNG COKLAT URAI
BAHAN – BAHAN ;
4 Biji telur
200 gm gula
110 gm tepung
20 gm coklat urai
1/2 sudu teh serbuk koko
jem bluberi secukupnya
CARA MEMASAKNYA ;
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang
2. Masukkan tepung serbuk koko dan coklat urai sedikit demi sedikit
3. Tuangkan kedalam loyang dan taburkan sedikit coklat urai diatasnya
4. Bakar pada suhu170c selama45 minit atau hingga kuning .sapu jem bluberi dan gulung kemas-kemas
SEDIA DIHIDANG
BAHULU GULUNG PELANGI
BAHAn – bahan ;
4 biji telur
200 gm gula
120 gm tepung
pewarna merah, hijau dankuning secukupnya
jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAKNYA
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati
3. Bahagi pada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian
4. tuangkan kedalam loyang berselang seli warna dan bakar pada suhu 170c selama 45 minit atau kekuningan
5. Sapu jem strawberi dan gulung
SEDIA DIHTDANG
KEK COKLAT
BAHAN –BAHAN :
250 GM GULA HALUS
250 tepung superfine
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji tekur
225 gm majerin
50 gm serbuk koko }
1 ml air suam }
CARA MEMASAKNYA ;
1. Pukul majerin dengan gula hingga geebu dan masukkan telur sebiji demi sebiji
2. Selepasitu masukkan tepung dan soda yang telah diayak berselang seli dengan air bancuhan koko .Gaul sebati
3. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170c selama 50 mnit
SEDIA DIHIDANG
KEK PIC
BAHAN – BAHAN ;
300 GM MENTEGA
250 gm gula castor
4 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
100 gm buah pic
CARA MEMASAKNYA :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan tepung dan buah pic Gaul sebati
4. Tuangkan kedalam acuan dan bakar pada suhu 170c hingga masak
SEDIA DIHIDANG
KEK KEJU BLUBERRY BERKRIM
BAHAN –BAHAN ;
500 Gm krim keju
125 gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur grade b ]disejukkan
80 gm krim putar
50 gm badam kisar
135 gm bluebarry
250 gm krim putar } utk hiasan
1 biji kek span vanilla
CARA MEMASAKNYA :
1. Putar krim keju bersama gula castor dan esen vanilla hingga sebati
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga kembang
3. Masukkan krim putar bersama badam kisar dan kacau hingga adunan sebati
4. Sediakan kek span dan tuangkan adunan keatasnya di ikuti sapuan bluebarry tuangkan satu adunan untuk menutup blueberry
5. Bakar kek pada suhu 180 c atas dulang aluminium yang berisi air selama satu jam
6. Bila masak sejukkan dan sapukan krim putar
SEDIA DIHIDANG
PUDING PIC
BAHAN – BHAN :
20 GM AGAR=AGAR
750 ml air
1/2 tin jus pic }kisar isinya untuk dijadikan hiasan
1 tin susu cair
4 biji telur
CARA-CARA MEMASAKNYA :
1. Masak agar-agar bersama air dan biarkan hingga hancur
2. Masukkan jus pic kisar bersamasusu cair dan juga telur ..kacau rata
3. Sediakan acuan bulat dan tuangkan adunan kedalamnya beserta lebihan buah pic
4. Biarkan sejuk dan mengeras
SEDIA DIHIDANG
BROWNIES COKLAT
BAHAN –BAHAN :
250 Gm majerin
600 gm gula
200 gm madu
8 biji telur
30ml whipping
130 gm serbuk koko
350 gm tepung
200 gm valnut
CARA MEMASAKNYA :
1.Pukul majerin bersama gula dan madu hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung ,serbuk koko dan walnut ,kacau hingga adunan sebati
4. masukkan kerimwhipping dan kacau hingga adunan mesra
bakar pada suhu 180 c selama 40 minit
Friday, October 29, 2010
GULAI IKAN TONGKOL
BAHAN –BAHAN :
10 ketul isi ikan tongkol
5 ulas bawang putih }15 ulas bawang merah }
2 .5 cm lengkuas}
2 batang serai }
2.5 cm halia }
5 biji buah keras } dikisar
500 ml cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis }
1 sudu makan biji ketumbar } digoreng dan dikisar
100 gm rempah nasi dagang
1 liter santan pekat
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
15 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
6 keping asam gelugor
3 liter air
CARA MEMASAKNYA :
1. Ikjan tongkol direbus dahulu dengan air,garam ,dan asam gelugor selama setengah jam
2. Panaskan minyak didalam periuk .tumiskan semua bahan-bahan yang sudah dikisar
3. bila garing masukkan rempah nasi dagang yang sudah digaul dengan sedikit air
4. Masukkan santan dan air,garam gula dan serbuk perasa
5. Biarkan mendidih dan masukkan ikan tongkol yang telah di rebus ,masukkan cili padi dan belimbing buluh .biarkan mendidih hingga masak
SEDIA DIHIDANG
AYAM PANGGANG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN :
7 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih } ditumbuk
garam secukup rasa
5 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan gula
1 sudu teh oregano
1 sudu makan kicap pekat
CARA MEMASAKNYA :
1. Gaulkan semua bahan dengan kepak ayam hingga mesra . peramkan semalaman
2. kemudian bakar pada suhu 250c selama 50 minit
SEDIA DIHIDANG
NASI GORENG KURMA
BAHAN –BAHAN :
500 GM NASI PUTIH
1sudu makan cili kisar
1 sudu makan bawang merah }kisar
1/2 sudu makan serbuk kurma
300 ayam ] potong dadu
30 gm lobak merah ] di hiris
2 ulas bawang merah ] dihiris
minyak untuk memasak
garam secukup rasa
CARA memasaknya :
1. pansakan minyak dan tumiskan bawang kisar hingga garing
2. Masukkanserbuk kurma . garam dan lobak merah .gaul rata
3. Masukkan ayam dan bawang merah .hiris .kacau rata
4. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul rata
5. Gaul sebati dan sedia untuk di hidang
SEDIA DIHIDANG
AYAM BBQ
BAHAN-BAHAN :
10 Ketul paha ayam
5 sudu makann sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan kicap cair
1 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan gula
1 sudu makan sos BBQ
CARA MEMASAKNYA :
1. Gaul semua bahan hingga sebati
2. Kemudian lumurkan paha ayam dengan bahan tersebut hingga mesra. perapkan seketika
3. Setelah itubakar 30 – 40 minit
4. keluarkan dari ketuhar dan ayam tersebut diketuk .kemudian lumurkan sekali lagi dengan ramuan perap
5. kemudian bakar sekali lagi dan biarkan selama 10 minit atau hingga masak
SEDIA DIHIDANG
NASI AYAM BBQ
BAHAN –BAHAN :
1 Kg beras
1.5 liter air
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan mentega
1 helai daun pandn
3 gm halia }di ketuk
5 ulas bawang putih di ketuk
1 batang serai }dititik
1 kiub perasa ayam
CARA MEMASAKNYA :
1. Basuh beras bersih dan toskan airnya
2. Masukkan semua bahan dalam periuk bersama beras
3. Masak nasi seperti biasa hingga kering
4. angkat dan hidangkan bersama ayam BBQ
SOTONG MASAK NANI
BAHAN –BAHAN :
10 Ekor sotong }di bersihkan dan masukkan kentang hiris ,cantumkan kepalanya dan sematkan dengan lidi
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu teh biji sawi
3 ulas bawang merah2 } - ,ulas bawang putih }di hiris nipis
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan serbuk cili }
1 sudu makan serbuk jintan putih }
1 sudu makan serbuk lintan manis } di bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji kentang }dikupas kulit dan dipotong memanjang
1/2 biji lobak merah }belah 6 dan potong 3 cm
1/4 biji bunga kobis }potong sederhana
1 tangkai daun kari
250 ml pati santan
garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA ;
1. Panaskan minyak didalam kuali tumis biji sawi,bawang putih ,bawang merah ,dan halia hingga berbau harum
2. Masukkan serbuk cili ,jintan putih ,jintan ,manis ,ketumbar dan daun kari .masak hingga rempah kering dan naik minyak
3. tuangkan air dan masukkan sotong Kacau rata dan biar separuh masak
4. kemudian masukkan sayur bila sudah empuk masukkan pati santan dan garam secukup rasa
5. Bila mendidih dan sotong sudah masak angkat dari api
SEDIA DIHIDANG
SUP CAP CAI
500 ml stok ayamDAUN BAWANG SECUKUPNYA
1 biji kentang (buang kulit dan belah empat )
3 batang buncis (dihiris serong )
1/2 biji lobak merah (dihiris )
1/4 bahagian bunga kobis (di potong sederhana besar
8 biji cendawan hitam (di rendam )dan di toskan
15 kuntum bunga gandasuli (disimpul ,di rendam dan di toskan )
1 keping fucuk di patah-patah dan di rendam dan di tos
suhun secukupnya
garam secukup rasa
BAHAN HIASAN ;
Daun saderi secukupnya
cili merah secukupnya }dihiris
bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan stok ayam dan kentang kedalam periuk ,didihkan hingga kentang separuh empuk
2. Masukkan sayur –sayuran biarkan masak
3. kemudian masukkan bahan-bahan kering yang telah di readam ,didihkan beberapa minit sambil kacau
4. Akhir sekali perasakan dengan garam ,padamkan api dan hidangkan didalam mangkuk
hias dengan bahan hiasan
SEDIA DIHIDANG
Thursday, October 28, 2010
Resepi Tom Yam Seafood Bersantan
Bahan-bahan:
2 ekor ketam - potong 4
2 ekor sotong
20 ekor lala
3 batang jagung muda
Cendawan tiram
1 bawang besar - potong 6
3 batang serai
Lengkuas 1 cm
Pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut
½ cawan santan segar
1 camca besar nampla
2 camca serbuk udang cili
Garam + gula secukup rasa
8 cili api dipecahkan
Cara menyediakan:
1) Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam, serai, lengkuas, ciliapi, nampla, serbuk udang cili, bawang besar dan daun limau purut.
2) Kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran.
3) Masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula, biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan.
<>RAHSIA DUIT ONLINE<>
Resepi Char Kuey Teow
Bahan Buat Kicap:
Air Rebusan Udang
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram
(Masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)
Bahan Buat Pes Cili:
Isi Udang dikisar
Cili Kering dikisar
Bawang Putih dikisar
Sedikit bawang besar dikisar
Garam
Gula
Sedikit minyak
(Tumis bawang putih, bawang merah, cili Kering, udang sehingga menjadi mcm cili boh)
Bahan-bahan buat Char Kuey Teow:
Udang (jgn buang kulit, kepala, ekor)
Kuey Teow
Taugeh
Kucai
lada sulah jika suka
Kerang (rebus separuh masak)
Telor
Minyak
Cara menyediakan:
1) Masukkan minyak, goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan.
2) Tuang 2 sudu besar kicap char kuey teow, 3 sudu besar pes cili dan kacau.
3) Masukkan kuey teow, taugeh, kucai dan kacau.
4) Pecah 1 biji telor dan kacau, lepas tu masukkan 1 senduk kicap char kuey teow sekali lagi dan kacau.
5) Sedia dihidangkan bersama cili jeruk.
<>RAHSIA DUIT ONLINE<>
<>GAMBAR LUCU DAN PELIK<>
Resepi Tilapia Goreng Berlada
Ikan tilapia
3 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji tomato - cincang kasar
2 sudu besar cili kering kisar
garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi - ambik jus
Cara menyediakan:
1. Ikan digoreng hingga masak.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan tomato cincang dan kacau hingga hancur, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul sebati. Masukkan jus limau dan angkat.
<>RAHSIA DUIT ONLINE<>
Resepi Diet Sup Ikan Sayur Campur
Ikan tenggiri/ikan merah - sepotong bersaiz sedang (untuk dibuat fish ball)
Bawang goreng - secukup bau dan rasa
Lada sulah - secukup rasa
Halia 3cm - dipotong kasar
Sayur campur - kobis, bunga kobis, cendawan, lobak, tomato (1biji)
Daun bawang
Cara menyediakan:
1. Ikan tenggiri dibuang tulang/durinya dan ditumbuk halus.
2. Masak air didalam bekas untuk membuat sup tadi sehingga mendidih (kuantiti air ikut suka anda)
3. Apabila air telah mendidih , masukkan ikan yang telah ditumbuk dan dibentuk seperti bebola ke dalam periuk tadi.
4. Biarkan sehingga warna bebola menjadi putih apabila dimasukkan ke dalam air mendidih. Biarkan sehingga 5-10 min. Masukkan hirisan halia.
5. Masukkan sayur-sayur ke dalam sup ikan tadi, masukkan lada sulah secukup rasa.
7. Kecilkan api, masukkan bawang goreng dan biar sehingga 5 min.
8. Sebelum dihidang letak daun bawang yang telah dihiris.
<>RAHSIA DUIT ONLINE<>
<>GAMBAR LUCU DAN PELIK<>
Resepi Daging Rusa Panggang
1 kg daging rusa
2 helai daun limau purut
Bahan dikisar:
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 biji jus lemon
Cara menyediakan:
1. Gaulkan daging rusa dengan bahan-bahan di atas.
2. Perapkan selama dua jam.
3. Kemudian bakar dan panggang sehingga masak.
GAMBAR PELIK DAN LUCU
Resepi Kek Coklat Moist
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
Cara menyediakan:
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.
GAMBAR LUCU DAN PELIK
RAHSIA DUIT PERCUMA
Resepi Sandwich Ayam Mayonnaise
1kg daging ayam (isinya sahja)
3 batang celery (dihiris tipis)
1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
4 sudu makan serbuk lada hitam
3 atau 4 sudu makan mayonnaise
Cara menyediakan:
1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.
2. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering, tambah sedikit mayonnaise.
3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.
GAMBAR PELIK DAN LUCU
Resepi Kantonis Yee Mee
1 bungkus yee mee
Sotong
Udang
Daging
Ayam
Lobak merah
Sawi
Bunga kubis
Kubis bulat
Tepung jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan air, kemudian masukkan sotong, udang, daging, ayam dan sayur ke dalam air yang didihkan tadi.
2. Setelah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung, garam secukup rasa dan telur.
3. Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil, kacau rata.
4. Kemudian curahkan kuah yang telah masak ke atas yee mee, biarkan ramuan ini sebati.
5. Hiaskan mengikut cita rasa.
Resepi Ikan Siakap Lada Hitam
1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gm marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan siakap dan goreng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.
2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan.
3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.
Resepi Pecal Ikan Keli
1 kilo ikan keli
2 mangkuk santan pekat daripada dua biji kelapa
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm belacan
5 cm cekur
7 helai daun cekur
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Ikan dicuci bersih dan dilumur garam.
2. Panggang hingga masak.
3. Bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, buah cekur digoreng dan kemudian tumbuk halus.
4. Masukkan santan, bahan tumbuk dan ikan keli dalam periuk.
5. Masak dan sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.
6. Masukkan air asam jawa dan daun cekur yang telah dihiris halus. Rasakan garam dan gula secukup rasa.
Resepi Ayam Tandoori
1 ekor ayam
60 gm halia (dikisar)
60 gm bawang putih (dikisar)
40 gm cili boh
1 biji lemon
30 gm garam masala
100 gm yoghurt
Pewarna oren
40 gm serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1) Ayam digaulkan dengan halia, bawang putih dan garam.
2) Kemudian campurkan perahan lemon, garam masala, lada putih dan yoghurt.
3) Masukkan sedikit air dan pewarna oren. Setelah dimasukkan semua bahan tadi hendaklah disimpan selama satu malam, sebelum dipanggang.
Resepi Bubur Lambuk
100 gm beras
Sehelai daun pandan
2 batang serai
4 sm halia
4 sm kulit kayu manis
300 gm ayam (diricik halus)
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
200 gm minyak sapi
1 ½ liter air
2 gm buah pelaga
5 gm bawang goreng
2 cawan santan
Bahan dihiris:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi.
2) Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.
Resepi Mee Hong Kong
Mee kuning / mee hoon
Daging - hiris nipis
Isi ayam - potong dadu kecil
Udang
Sotong - potong kecil2
Fishcake - hiris nipis
Sawi - potong kecil
Bawang putih - biar lebih sikit (ditumbuk kasar)
Lada sulah - biar lebih sikit
Tepung jagung - untuk memekatkan kuah
Air rebusan kulit udang (untuk kuah)
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali, tumis kan bawang putih hingga garing dan masukkan daging hingga daging empok sedikit.
2. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, sos tiram dan gaul rata.
3. Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.
4. Masukkan sayur dan mee. biarkan sebentar agar sawi masak dan hidangkan panas bersama cili jeruk
Resepi Tahu Sumbat
4 keping tahu putih
Taugeh
Timun
Carrot
Minyak
Sos Cili:
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/k tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam
Cara Memasak
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga amsak [golden crown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.
Sos Cili:
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.
Resepi Cucur Udang
500 gram tepung gandum
20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
1 biji telur
2 biji bawang merah (racik halus)
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng
Kuah:
2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Cara menyediakan:
1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, bawang merah, garam, dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak, jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng hingga kekuningan, angkat dan hidang dalam pinggan.
Kuah:
3. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini, jangan sampai halus.
4. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat, angkat dan hidangkan dengan cucur udang.
Resepi Ayam Gajus
500 gm isi ayam (potong dadu)
100 gm kacang gajus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gm halia muda(rancik halus)
100 gm cili kering(potong 5)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos seosoning
3 sudu kicap manis
1/2 lada hitam kasar
Tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan
Cara menyediakan:
1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
5. Masukkan isi ayam, sos tiram, sos cili, lada hitam, kicap manis, sos seosoning dan sedikit air.
6. Biarkan kering dan tutup api.
7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata dan hidangkan.
Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air
Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.
Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
Bahan-bahan untuk sambal belacan:
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis
Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
Resepi Ikan Masak Taucu
2 ekor ikan kembung digaul garam dan kunyit
5 tangkai cili merah/hijau - dihiris
4 camca sedang taucu
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 cm halia - dihiris
2 batang serai - dititik
2 biji tomato - dibelah empat
½ cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga kuning dan angkat.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan taucu, cili padi, tomato. gula dan garam. Kacau hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan ikan goreng. Kacau lagi hingga sebati baru diangkat.
Resepi Spaghetti Seafood
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1) Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
2) Masukkan udang dan sotong.
3) Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
4) Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
5) Hiaskan dengan daun parsley.
Resepi Salmon Steak
2 keping fillet ikan salmon - dicuci bersih dgn jus lemon/limau & sedikit garam
sedikit lada hitam
2 ulas bwg putih - dicincang
1cm halia - dicincang
**perapkan sebentar salmon dgn lada hitam, bwg putih & halia, kemudian panggang atas grill pan hingga masak.
Bahan-bahan Sos lemon:
2 helai daun bay
1 sudu teh mentega
1/2 cwn mushroom soup
1/2 biji lemon
1/2 sudu teh kulit lemon yg diparut - saya letak suku jer pasal kulit lemon ni pahit
1/2 sudu teh herba campuran - oregano, parsley, basil
sedikit lada hitam
Cara menyediakan:
1. Panaskan mushroom soup hingga mendidih, masukkan mentega, kacau rata.
2. Bila dah wangi masukkan lada hitam, jus lemon, kulit lemon, daun bay & herba campuran ke dalam sup.
3. Kacau perlahan-lahan, kecilkan api dan terus memasak.
4. Setelah sup pekat, matikan api & tuanglah di atas salmon steak tadi.
Resepi Spaghetti Bolognese
1 paket spaghetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]
Cara menyediakan:
1. Panaskan air dan garam. Bila mendideh masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.
Popia Goreng
- Kulit popia
- tauge
- kacang peas
- udang kering
- sengkuang
- lobak merah
- garam, msg secukup rasa
- bahan pelekat kulit popia, boleh guna putih telur atau bancuhan tepung kanji
- Parut sengkuang dan lobak merah
- Tumis semua bahan untuk inti sehingga masak
- angkat inti. isi inti ke dalam kulit popia, gulung dan sapu putih telur atau bancuhan tepung kanji untuk melekatkan kulit popia agar tidak terbuka semasa menggoreng
- goreng popia sehingga kekuningan dan angkat
- siap untuk dihidang
Resepi Laksa Johor
- 600gm isi ikan tenggiri (direbus dan dikisar0
- 2L air yang digunakan untuk merebus ikan
- 1 sudu besar pes udang
- 1 sudu teh cili kisar
- sedikit halia (dikisar)
- 600gm Laksa (direbus)
- 1 biji timun di hiris
- 1 biji bawang besar, daud salad, bunga kantan dan daun kesum (dihiris)
- masukkan semua bahan kecuali laksa dan timun hiris ke dalam periuk dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
- masukkan laksa ke dalam mangkuk
- tuangkan kuah panas ke atas laksa
- kemudian masukkan timun hiris, boleh juga tambah sayur-sayuran
TUMIS DAGING
BAHAN – BAHAN :
5OO gm daging
2 labu bawang besar (tumbuk )
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
2 cm halia (tumbuk )
1 batang serai (titik)
2 sudu besar cili boh
50 gm asam jawa
2 helai daun limau purut
garam
CARA MENYEDIKANNYA :
1. Bersihkan daging dan toskan
2. Panaskan minyak dan panaskan bawang besar ,bawang putih dan halia hingga naik bau
3. Masukkan ciliboh dan tumis hingga naik minyak masukkan serai yang dititik
4. Masukkan daging dan air asam jawa biarkan mendidih dan empuk
5.Masukkan garam cecukup rasa ,akhir sekal daun limau purut
SEDIA DHIDANG
FUCUK GORENG
BAHAN-BAHAN ;
3kepian fucuk (rendam )
CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Fucuk di potong 2 kemudian digulung fucuk dan goreng
SEDIA DIHIDANG
AYAM MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN :
500gm ayam
250 ml santan pekat
5 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jntan putih
1 sudu besar serbuk kayu manis
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 2 cm halia
2 biji ubi kentang
1 batang serai (dititik )
1 keping asam gelugor
1 tangkai cili merah (belah tengah )
garam
gula
CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Bersihkan ayam dan tuskan air. Kisar bawang merah.bawang putih dan halia Kemudian tumiskan hingga garing
2. Masukkan serbuk ketumbarjintan putih dan serbuk kunyit .Tumis hingga naik bau dan wangi
3. Kemudian masukkan serai dan tumis hingga pecah minyak
4. tuangkan santan dan kacau perlahan –lahan hingga mendidih
5. masukkan ayam asam gelugor cili merah ,sedikit garam dan gula secukup rasa . masukkan ubi kentang dan kecilkan api biarkan mendidih hingga kentang empuk
SEDIA DIHIDANG
SALAD TELUR
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur rebus
100 gm tauge
1 biji tomato dicincang
1 sudu besar mayonis
garam
CARA MENYEDIAKANNYA ;
1. gaul mayonis dengan tomato dan telur
2. taburkan sedikit garam pada tauge
SEDIA DIHIDANG
KERABU TELUR
BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
2 tangkai cili merah (ditumbuk)
50 ml santan
4 biji limau kasturi
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
3 helai daun limau purut
3 cm halia
4 ulas bawang merah
garam
CARA MENYEDIAKANNYA :
1, Panaskan kuali leper dan dadarkan telur
2. Setelah telur masak hiris halus-halus hiris daun kesum ,bunga kantan ,daun limau purut, halia dan bawang merah
3. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul .Masukkan sedikit garam ,cili merah,dan perahan air limau kasturi
SEDIA DIHIDANG
Wednesday, October 27, 2010
Resepi Hotplate Yee Mee
Bahan-bahan diperlukan
2 keping yee mee kering
2 ulas bawang putih
2 cmb kicap cair
2 cmb sos tiram
1 cmt minyak bijan
100 gram ayam dipotong kecil
3 kuntum cendawan bunga direndam dalam air panas selama 30 minit dan diperah airnya. Hiris 4
3 tangkai sawi
1 cmb tepung jagung dibancuh dengan 100ml air sejuk
2 L air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa
3 biji cili padi diketuk
Cara-caranya
- Tumis bawang putih yang telah dihiris nipis sehingga wangi.
- Tuangkan air rebusan ayam, sos tiram, kicap cair, cili padi, cendawan bunga, hirisan ayam, minyak bijan, garam serta gula.
- Setelah ayam masak, sewaktu kuah mendidih, tuangkan air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau dengan laju. Berhenti menambah air bancuhan tepung jagung setelah mendapat kepekatan kuah yang dikehendaki.
- Masukkan sawi dan biarkan masak sebentar.
- Panaskan hotplate dan letakkan yee mee diatasnya.
- Tuangkan kuah dan biarkan yee mee kembang. Hidangkan panas-panas
Puding kelapa muda
10gm serbuk agar-agar
3 mug air biasa
1 cawan gula
2 mug air kelapa
Isi kelapa muda
Cara-cara
1. Masak air campur serbuk agar-agar sehingga mendidih
2. masukkan guna dan biarkan mendidih
3. Tapis dan masukkan air kelapa dengan isi kelapa muda. Kacau rata
4. Masukkan campuran dalam acuan dan sejukkan
5. setelah sejuk, boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba!
Dadih strawberry
- 1 liter air
- 1 liter susu segar / susu perasa strawberry (dalam kotak)
- 11gm serbuk agar-agar (2 sudu besar)
- secubit garam
- 1 cawan gula (tidak diperlukan jika menggunakan susu strawberry)
- perasa strawberry (tidak diperlukan jika guna susu strawberry)
- masak air dan gula hingga cair
- masukkan susu, serbuk agar-agar dan secubit garam serta perasa strawberry, panaskan hingga mendidih dan kacau sebati
- tutup api dan tapis dalam bekas-bekas kecil/acuan
- sejukkan dalam peti ais
Resepi Kuih Tepung pelita
- 1 bungkus tepung beras
- 1 cawan gula halus
- 2 1/2 cawan santan pekat
- 5 cawan air panas
- 1/2 cawan jus pandan
- sedikit garam
- daun pandan/pisang untuk acuan. (sebagai alternatif, boleh guna bekas/container kecil)
- bancuh 1 cawan tepung beras campur santan dan garam menjadi bahan A
- bancuh tepung yang lebih dengan air panas campur jus pandan menjadi bahan B
- buat acuan dari daun pisang atau pandan menjadi acuan 4 segi
- panaskan air kukusan, apabila mendidih, susun acuan atas dulang, masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan
- tuang bahan B ke dalam acuan dan kukus hingga beku
- setelah bahan B beku, tuang bahan A ke atasnya dan kukus sehingga masak
- siap..
Minuman: Soya (home made)
- 500gm kacang soya
- sedikit garam
- gula
- daun pandan (optional)
- rendam kacang soya selama 24 jam
- basuh dan toskan kacang soya
- kisar kacang soya bersama air ( 1 cawan kacang soya + 2 cawan air)
- tapis kacang soya yang dikisar dengan air dengan menggunakan kain kasa/penapis yang digunakan untuk buat teh/kopi. Perah
- proses mengisar boleh diulang mengikut kepekatan yang diinginkan
- masak air soya dengan api kecil dan sentiasa kacau, jangan sampai air soya mendidih dan melimpah
- masukkan daun pandan, secubit garam
- masukkan gula mengikut selera anda
- siap untuk hidang panas atau disejukkan
Sayur Asam batang keladi
- 150gm ikan pari masin (rendam 30minit)
- 2 pokok keladi minyak (yang tidak gatal)
- 2 ulas bawang putih *
- 6 ulas bawang merah *
- 3 biji cili merah *
- 1 inci kunyit *
- 1/2 cawan ikan bilis yang direndam *
- 1/2cm belacan *
- 1 sudu asam jawa (rendam dengan 1/2 cawan air)
- daun kesum, minyak, gula dan garam
cara buat:
- buang kulit batang keladi dan dipotong-potong. masukkan isi keladi bersama 2 asam keping dan garam, rebus hingga masak
- masukkan batang keladi, masak 1 minit, toskan
- panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar*, masukkan ikan pari masin dan goreng 1-2 minit
- masukkan air 500ml, masukkan isi dan batang keladi, daun kesum dan jus asam jawa tadi
- letak garam dan gula, hidang (boleh makan dengan sambal belacan)
Ais Krim Tiramisu Koko
- 1 bungkus biskut merie
- perasa coklat
- 250gm cream cheeze
- 1 Liter whipping cream
- gula
- air bancuhan koko pekat/coklat
- serbuk koko untuk hiasan
- Satukan cream cheeze, whipping cream dan gula, pukul hingga kembang
- celup biskut ke dalam bancuhan koko/coklat dan susun dalam bekas/acuan
- letak 1 lapisan krim yang dipukul tadi
- ulang hingga 3 lapisan
- bila semua bahan habis, sapu rata bahagian atas dan taburkan serbuk koko di atasnya
- bekukan dalam peti sejuk/freezer
Kuey Teow Ladna
100gm kue teow
50gm udang
50gm sotong
50gm isi ayam
sedikit sayur sawi dan kobis
1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih(tumbuk)
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan air
1 biji telur
minyak dan garam,
sos tiram
Cara Memasak
1.panaskan minyak, goreng kue teow bersama kicap lebih kurang 2 minit, angkat dan ketepikan
2.tumis bawang putih, masukkan sos tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam dan stok daging
3.masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga mendidih
4.setelah kuah tadi masak, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi
Resepi Nasi Goreng USA
2-3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu cili boh/ giling
1 sudu stok pekat ayam/kiub
80 g sayuran campur
450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 sudu serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Bahan Lauk
300 gram daging batang pinang
1 CamB serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar – lebihkan jika ingin lebih pedas
1/2 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 CamB kicap manis
2 Camb sos tiram
1 cawan air
1/2 CamB tepung jagung yg dibancuh dgn 1 CamB air
Garam dan gula secukup rasa
minyak utk menggoreng
Untuk nasi goreng:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
2. Bila sudah naik wangi, masukkan cili boh/giling dan kacau 1 min.
3. Masukkan stok ayam dan sayuran campur.
4. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata.
5. Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat.
6. Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan.
untuk lauk
1. Potong daging nipis-nipis
2.Potong panjang lada benggala dan lada merah
3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api
Bahan Hiasan:
Panaskan sedikit minyak, goreng telur “mata kerbau” dan letak di atas nasi goreng.
Hias dengan hirisan daun (pilihan ikut suka).