Saturday, February 19, 2011

Home » , » Mi Kuah Taucu

Mi Kuah Taucu


Bahan-bahan:
1 kg mi kuning - dicelur
3 keping tauhu - digoreng dan dihiris
250 gm tauge - dicelur
3 biji telur - direbus
Bahan Kuah:
Dikisar:
300 gm udang kering
150 gm taucu
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
250 gm keledek - direbus dan dilecek
1/2 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Bawang goreng
Hirisan daun sup dan daun bawang
Limau kasturi
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, tuangkan air dan masukkan keledek dan kacang tanah. Biarkan kuah pekat dan perisakan dengan garam.
2. Hidangkan bersama mi yang sudah dicelur, tauhu, tauge, telur, limau kasturi, bawang goreng dan hirisan daun sup serta daun bawang
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...