Wednesday, February 16, 2011

Home » Paru & Babat Masak Hijau

Paru & Babat Masak Hijau


Bahan-bahan:
500 gm paru
500 gm babat (perut lembu)
20 tangkai cili hijau
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5 cm halia
6 cm lengkuas
3 batang serai
20 tangkai cili padi merah
8 cawan santan pekat
3 helai daun limau purut
4 cm kunyit hidup
2 keping asam gelugur
2 sudu besar garam
1 sudu besar gula
Cara menyediakan:
1. Rebus paru dan potong sederhana kecil.
2. Perut (putih) tidak perlu direbus, cuma dipotong panjang (3 cm).
3. Kisar cili hijau, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah bersama 2 cawan santan.
4. Tuangkan bahan yang dikisar dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan paru dan perut.
5. Ketukkan serai dan lengkuas. Masukkan dalam kuali.
6. Masukkan garam, gula dan asam gelugur.
7. Biarkan kuah kering dan masukkan daun limau purut. Apabila kuah hampir kering, masukkan pula cili padi yang telah dibuang tangkai.
8. Kalau suka, masukkan 6 sudu kerisik. Kacau hingga kering

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...