Sponsor

Wednesday, February 16, 2011

Home » , » PUDING LABU,

PUDING LABU,


Bahan-bahan:
1/2 biji labu kuning yang halus isinya
3 sudu tepung kastard
1 1/2 cawan susu cair atau susu segar
1 biji telur
2 sudu besar gula Melaka yang dihancurkan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu kismis
Cara menyediakan:
1. Belah dua labu dan korek isinya. Rebus isi labu hingga empuk dan ketepikan bahagian kulitnya.
2. Kisar isi labu yang telah direbus bersama susu, telur, tepung kastard, gula Melaka dan gula pasir hingga hancur kesemua bahan.
3. Tuangkan ke dalam (kulit) labu yang telah dikorek. Taburkan kismis dan bakar dalam ketuhar selama setengah jam pada suhu 100 darjah Celsius

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...