BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung besar
BAHAN TUMBUK HALUS:
1/4 sudu kecil lada hitam
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK KICAP MANIS:
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 tangkai cili merah (potong serong)
2 tangkai cili hijau (potong serong)
2 biji jus limau nipis
125 ml kicap manis
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula secukup rasa.. Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah. santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal kicap manis. Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment