Sunday, April 15, 2012

Home » , » Resepi Udang Goreng Mentega

Resepi Udang Goreng Mentega


Bahan-bahan:

250gm udang saiz sedang - dibersihkan dan dibelah belakang
1 sudu besar mentega
3biji cili padi
1 biji kuning telur
daun kari
1 labu bawang besar - dimayang
1 sudu kecil  tepung jagung
1 sudu kecil tepung kastard
1 sudu besar serbuk santan
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak masak

Cara menyediakan:

Satukan tepung jagung, tepung kastard, garam dan sedikit serbuk lada sulah. Ketepikan sedikit lada sulah untuk digunakan kemudian.Kacau hingga sebati.Masukkan udang lalu digaul hingga rata.Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan.Angkat dan tuskan. Sementara itu, cairkan mentega dalam kuali. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga masak. Masukkan bawang, daun kari, udang yang digoreng tadi, cili padi serta santan serbuk.Kacau hingga rata dan masukkan garam, gula dan lebihan serbuk lada sulah. Kacau lagi hingga rata..bila dah rata matiikan api dan Angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

2 comments:

  1. Lain pulak cara yg ni, guna serbuk santan. Boleh di cuba...tapi jarang gna santan serbuk.

    ReplyDelete
  2. serbuk santan tu untuk rasa lemak2 sikit...cuba la yer....

    ReplyDelete

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...