BAHAN-BAHAN ;
35 gm agar-agar
480 gm gula pasir
3/4 buku mentega }pukul hingga kembang
5 biji kuning telur
1 tin susu cair
1.25 liter air
3 sudu makan tepung kastad } dilarutkan dalam air
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh pes coklat
CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan semua mentega yang sudah dipukul kembang bersama kuning telur,susu cair dan tepung kastad Kacau sebati .Ketepikan
2. Masak agar-agar dengan air hingga hancur
3. Masukkan gula dan bahan-bahan (1) yang dicampur tadi dan biarkan mendidih
4. Bahagikan pada 3 mangkuk dan warnakan dengan warna coklat ,perasa kopi bercampur warna merah dan satu lagi biarkan warna kuning (asal )
4. Tuangkan dalam acuan empat segi
5. Sejukkan dan keraskan selapis demi selapis
SEDIA DIHIDANG
No comments:
Post a Comment