Sponsor

Friday, November 19, 2010

Home » , , , , » Resepi Bihun Goreng Hailam

Resepi Bihun Goreng Hailam


Bahan-bahannya :

600 gm bihun
300 gm daging
300 gm sawi hijau
300 gm bunga kubis
300 gm udang
1 biji kubis
4 biji telur ayam
8 biji cili merah
3 sudu besar minyak
1 sudu besar serbuk lada
4 sudu besar air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

caranya :

Rendam bihun selama 1 jam dan toskan. Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm.
Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm.
Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis.
Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air.
Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air.
Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata.
Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata.
Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...