Bahan-bahan:
600 gm ikan yu
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kas-kas
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
8 ulas bawang merah - ditumbuk halus
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia
2 biji limau nipis - diperah jusnya
1/2 cawan santan
2 angkai daun pudina - ambil daunnya sahaja
2 tangkai daun ketumbar - dikerat 2 cm
3 tangkai cili merah - dibelah 2
Garam secukup rasa
Bahan-bahan tumis :
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - dimayang
1 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 cawan minyak masak
Cara - cara :
Ikan yu dilapah kulitnya kemudian diperap dengan sedikit tepung gandum, air asam jawa, garam kasar dan halia sebelum dibilas dengan air bersih…Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis.. kemudian kacau hingga bawang kekuningan…Masukkan bahan tumbuk,. serbuk ketumbar, serbuk kas-kas, serbuk lada hitam, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Kacau hingga rata .. biarkan hingga pecah minyak…Masukkan santan, garam, jus limau nipis dan ikan yu.. Kacau dan biarkan mendidih.Bila ikan sudah masak, masukkan daun pudina, daun ketumbar dan cili merah. Kacau.. angkat.
Sedia dihidang
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment