Bahan-Bahan:
1/2 kg daging kambing
2 sudu besar minyak masak
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
1 sudu besar cili boh
1/2 bungkus kecil serbuk kari daging
1 labu bawang besar, dipotong dadu
3 biji tomato
1 mangkuk air
½ cawan pati santan
½ cawan kismis
1 biji cili merah
1 tangkai daun ketumbar
Garam dan gula dan aji secukup rasa
Bawang goreng
4 biji bawang merah – di kisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 cm halia – di kisar
Cara--cara
Potong daging kambing ikut suka, basuh dan sejat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan cili boh. Tumis sampai garing. Masukkan daging kambing,dan kacau rata.. kemudian masukkan rempah kari.. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau hingga rata kemudian masukkan air.. Masak hingga daging lembut. Masukkan pati santan, kismis, cili merah, daun ketumbar, garam ,gula. dan aji..Masak hingga pecah minyak.kemudian.bila dah masak dan cukup rasa matikan api dan angkat.. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan
Srdia dihidang
No comments:
Post a Comment