BAHAN-BAHAN:
400 gm udang
1 labu bawang besar dibelah empat
3 ulas bawang putih diketuk
1 cm halia diketuk
1 biji capsicum merah
1 biji capsicum hijau
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap masin
Gula , garam dan aji secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
Bersihkan udang dan goreng hingga kuning. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia hingga kuning.Kemudian masukkan bawang besar. Masukkan udang dan kesemua capsicum. Tumis lagi dan tuangkan sedikit air.Kemudian masukkan sos dan kicap.,gula,garam dan aji secukup rasa.bila dah masak dan cukup rasa,matikan api..angkat
Sedia dihidang
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment