Bahan A:
180 gm gula halus
1 1/2 sudu besar agar-agar serbuk
500 ml air
Bahan B:
150 ml susu segar
150 ml santan
Bahan C:
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air
Bahan D:
1 mangkuk cendol
Bahan E:
200 gm gula merah
50 gm gula halus
1 1/2 sudu besar agar-agar serbuk
500 ml air
Bahan F:
150 ml susu segar
150 ml santan
2 biji kuning telur
Cara Menyediakan:
Masak bahan A hingga mendidih, masukkan bahan B, didihkan lagi.Masukkan bahan C (yang sudah dibancuh terlebih dahulu), didihkan lagi kemudian masukkan cendol lalu dituang ke dalam loyang.Masak bahan E, biarkan mendidih baru masukkan bahan F. Didihkan lagi. Tuangkan perlahan-lahan ke adunan dalam loyang. Pastikan adunan di dalam loyang itu sudah hampir keras.
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment