Sponsor

Monday, November 1, 2010

Home » , » Resepi Tauhu Bakar

Resepi Tauhu Bakar


Bahan-bahan:
Bahan Sayuran

4 keping tahu
1 batang kecil timun
3 helai daun salad
1 cawan taugeh
1 biji tomato [belah 8]


Cara menyediakan:
1. Tahu dibasuh dan bakarkan sehingga nampak garing.
2. Sayuran dipotong kecil.
3. Taugeh dibuangkan kakinya [akarnya]
4. Hidangkan dlam pinggan bersama kuah kacang

Kuah Kacang

Bahan-bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/4 kg daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa


Bahan dikisar:
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara menyediakan:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.

<>RAHSIA BISNES TOPUP<>

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...