Monday, November 1, 2010

Home » , , » Resepi Tosai & Kuah Tosai

Resepi Tosai & Kuah Tosai

Bahan-bahan:
 2 cawan beras - rendam 8 jam
 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
 1 kepal nasi
 sedikit garam
 minyak masak
 1/2 labu bawang besar

Cara menyediakan:
1. Masukkan sedikit air semasa blender dan kisar semua bahan sehingga halus.
2. Masukkan garam dan kacau rata
3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
4. Celup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata atau non-stick pan
5. Kacau2 adunan tadi, ambil lebih kurang 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhana.

Bahan-Bahan Kuah:
Bahan A

1/2 biji kelapa parut
10 ulas bawang merah (kecil)
1/2 inci halia
10 biji cili hijau
sedikit asam jawa (isi sahaja)
secubit garam

Bahan B
sedikit minyak masak
sedikit biji sawi
1 pelepah daun kari
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah (kecil) - dipotong

Cara Menyediakan:
1. Kisar Bahan A
2. Panaskan minyak, tumis Bahan B
3. Campurkan Bahan A + hasil tumisan Bahan B
4. Biarkan sehingga mendidih.
5. Sedia untuk dihidang bersama tosai.


RAHSIA BISNES ONLINE

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...