BAHAN – BAHAN :
BAHAN A;
1 kg mi laksa
1 kilo ikan kembung
1 tin ikan sardin
1 cawan minyak masak
6 liter air
BAHAN B :
15 keping asam keping
5 batang serai
3 cm lengkuas
2 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
BAHAN C:
10 biji bawang merah5 ulas bawang putih
2 biji buah keras
6 sudu cili boh
1/ 2 inci belacan
garam dan gula secukup rasa
BAHAN D – DIHIRIS :
1/2 biji nenas
1 biji timun
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
3 helai daun pudina
sedikit pes udang
1 biji limau kasturi
CARA MEMBUATNYA ;
1. Kukus ikan ,bila masak buang tulangnya
2. Panaskan 1 cawan minyak masak dalam kuali,tumiskan bahan c hingga wangi
3. Didihkan 6 liter air dalam periuk,masukkan bahan b dan didihkan,kemudian masukkan isi ikan kembung dan sardin,kecilkan api dan reneh selama 1 jam
4. Rebuskan mi laksa,kemudian angkat dan tos
5. Bubuh mi laksa kedalam mangkuk,masukkan bahan D ,kemudian tuangkan kuah laksa
SEDIA DIHIDANG >
No comments:
Post a Comment