BAHAN – BAHAN :
15 gm cendawan jenis wood ear,kering
20 gm cendawan shitaka
25 gm kuntum bunga teratai
50 gm tauhu kering
30 gm mi gelas (glass noodie )
20 gm cendawan hitam
50 gm lobak merah
150 gm kubis
5 sudu makan minyak masak
20 gm bawang putih (dihancurkan )
2 sudu makan pes kacang soya
250 gm udang500 ml air
cili merah dan cili hijau – untuk hiasan
garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
1. Rendam kulit cendawan ,teratai,tauhu kering,dan migelas dalam air selama 15 minit,atau hingga lembut,kemudian tapis air
2, Buang bahagian keras daripada cendawan hitam, dan koyakan bahagian besar menjadi kecil
3. Potong bahagian cendawan dan potong bahagian cendawan menjadi dua
4. Gunting bahagian keras daripada teratai dan ikat bahagian tengah setiap teratai.
5. Potongtauhu keringkepada ukuran 4 cm
6. Kupas bawang merah dan potong kepada bentuk bunga,
7. Potong kubis menjadi bentuk sederhana
8. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau,tambahkan pes kacang soya dan dan tumis selama 5 minit
9. Masukkan lobak merah,kobis dan bunga teratai,dan tumis selama 3 minit,,tambahkan bahan- bahan lain yang telah direndam,dan juga udang,kacau
selama 2 minit
10. Tambahkan air dan biarkan mendidih dalam suhu yang tinggi.kurangkan kepanasan api dan renehkan lebihkurang 20 minit,serta tambahkan garam
SEDIA DIHIDANG .
No comments:
Post a Comment