Bahan-bahan
500 gram sotong putih di potong kecil
100 gram cili kering
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang besar dipotong kasar
3 ulas bawang putih
1 inci halia dititik
2 keping asam gelugor
Minyak masak untuk menumis
gula dan garam
Cara Memasak
Kisar cili kering, bawang kecil dan bawang puting sehingga halus.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak cukup panas.
Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam kuali dan tumis sehingga naik minyak.
kemudian masukkan halia, bawang besar, asam dan sotong. Masak dengan api sederhana sehingga sotong benar-benar masak
Sedia dihidang
No comments:
Post a Comment