Showing posts with label masakan panas. Show all posts
Showing posts with label masakan panas. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

RESEPI TOMYAM POK TEK

pic credit google
 



BAHAN BAHAN
untuk 5 orang


  • Untuk 5 orang makan
  • Ketam 2 ekor
  • Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
  • Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
  • Jagung muda
  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bawang besar 3 biji - hiris
  • Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
  • Halia 1/2 inci - ketuk pecah
  • Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
  • Serai 3 batang - titik
  • Daun limau purut 4 helai
  • Asam keping 2 helai
  • Limau nipis
  • Cili padi 10 biji
  • Paste tomyam 4 sudu
  • Tomato puri 4 sudu
  • Daun ketumbar - untuk ditabur
  • Garam secukup rasa 

   CARA MEMBUATNYA

Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedap. Bila sayur pun dah masak matikan api.

Dah siap sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya

TIPS: Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit.

Thursday, October 28, 2010

Resepi Tom Yam Seafood Bersantan


Bahan-bahan:
2 ekor ketam - potong 4
2 ekor sotong
20 ekor lala
3 batang jagung muda
Cendawan tiram
1 bawang besar - potong 6
3 batang serai
Lengkuas 1 cm
Pes tom yam 2 camca besar
3 camca besar perahan limau nipis
5 helai daun limau purut
½ cawan santan segar
1 camca besar nampla
2 camca serbuk udang cili
Garam + gula secukup rasa
8 cili api dipecahkan

Cara menyediakan:
1) Rebuskan 3 cawan air bersama pes tomyam, serai, lengkuas, ciliapi, nampla, serbuk udang cili, bawang besar dan daun limau purut.
2) Kemudian masukkan ketam dikuti sotong dan lala serta sayuran.
3) Masukkan santan dan perahan limau nipis serta garam dan gula, biarkan mendidih seketika sebelum dihidangkan.


<>RAHSIA DUIT ONLINE<>

Monday, September 20, 2010

Mee rebus


Bahan - bahan


160gm Udang
20gm Bawang merah (kisar)
30gm Cili kering (kisar)
10gm Bawang putih (kisar)
30gm Rempah kari daging
3batang Serai (titik)
300gm Daging atau ayam
600gm Mee kuning (celur)
200gm Tauge
3biji Telur rebus
4keping Tauhu goreng
5biji Limau kasturi
50gm Daun sup dan daun bawang
100gm cili hiris
Garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakan:


1. Panaskan minyak,masukkan serai dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik minyak. Masukkan kari yang digaul dengan air. Masukkan daging atau ayam dan air.

2. Biarkan sehingga lauk betul betul masak dan kuah menjadi pekat.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Pastikan kuah tadi tidak terlalu pekat. Ini kerana apabila sejuk ia menjadi lebih pekat. Setelah masak,hidangkan bersama mee.

Wednesday, August 25, 2010

TOMYAM ISTIMEWA


Bahan-bahan

100gram ayam

100 gram daging

sedikit udang dan sotong(ikut citarasa)

sedikit bunga kobis

sedikit carrot

10 helai daun limau purut

4 biji limau nipis (diambil jus)

3 btg serai

1 biji tomato (potong 4)

1 biji bawang besar (belah 4)

6 biji cili padi (diketuk)

Bahan kisar

3 biji cili kering

5 biji cili besar

1/2 inci lengkuas

1/4 halia

1 biji tomato

1 btg serai

3 ulas bwg putih

4 ulas bawang merah

Cara memasak:-

1) Didihkan air, masukkan bahan yang dikisar dan daging,setelah daging empuk, masukkan ayam.

2) Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa ,masukkan sotong dan udang.

3) Setelah itu masukkan bawang besar,serai, cili padi, bunga kobis dan carrot.

4) Masukkan jus limau nipis secukup rasa..kemudian baru dimasukkan tomato dan daun limau purut.

5) sedia dihidangkan

P/S bahan yang dikisar boleh diganti dengan perencah tomyam yg ada jual di kedai2

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...