Showing posts with label Aneka rendang. Show all posts
Showing posts with label Aneka rendang. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Resepi Rendang Rincik

Bahan-bahan:

500 gm daging rincik - dipotong kecil, dibersihkan & ditus

1 paket kecil rempah kari daging

1 labu bawang besar - dikisar

santan dari 1 biji kelapa

3 sudu besar kerisik - ditumbuk halus

10 biji kacang panjang

Minyak masak untuk menumis

Garam,gula  dan aji  secukup rasa

Bahan-bahan tumis:

6 cm kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

4 biji bawang merah - dimayang

2 ulas bawang putih - dimayang

3 cm halia - dimayang

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Kacau hingga kekuningan dan masukkan rempah kari daging dan bawang besar kisar. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak..Masukkan daging garam,gula dan aji.. kemudian kacau hingga rata. Biarkan mendidih dengan api perlahan hingga daging empuk…Masukkan kerisik, santan dan kacang panjang. Kacau dan biarkan mendidih ,,bila dah masak dan cukup rasa ,matikan api

Sedia dihidang

Sumber : saji

Friday, December 2, 2011

Rendang ikan bilis


Bahan Kisar:
14 biji cili hijau
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
Bahan- bahan lain
600 gm ikan bilis - rendam dan tumbuk kasar
4 batang serai - hiris halus
6 heliai daun salam
4 keping asam gelugur
6 cawan santan pekat
8 hiris lengkuas
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan:
Satukan bahan kisar dan bahan-bahan lain
Masak sehingga kering, macam rendang.
Sumber saji

Thursday, March 3, 2011

Rendang Ikan Kelapa Muda


Rendang Ikan Kelapa Muda
BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan tenggiri
300 ml minyak masak
1 helai daun kunyit (hiris halus)
1 helai daun limau purut (hiris halus)
100 ml air kelapa muda
150 gm kerisik
100 gm isi kelapa muda

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
5 cm lengkuas
2 batang serai
10 tangkai cili kering

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pijarkan minyak goreng ikan. Angkat dan tuskan.
2. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air kelapa muda, kerisik, daun limau purut, isi kelapa dan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, gaul sehingga sebati.
5. Hidangkan mengikut citarasa anda dan taburkan dengan hirisan daun kunyit
Sumber : sajionline

Wednesday, March 2, 2011

Rendang Daging Daun Selasih


Rendang Daging Daun Selasih
BAHAN-BAHAN:
400 gm daging batang pinang
1 liter santan
3 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
3 sudu besar rempah kari daging
3 helai daun limau purut
5 helai daun selasih
Minyak untuk menumis

BAHAN TUMIS:
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 batang serai
20 tangkai cili kering

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama dengan bahan tumis dan rempah kari sehingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging, santan, asam keping dan daun limau purut.
3. Perlahankan api dan biarkan sehingga kering.
4. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan daun selasih
Sumber : sajionline

Tuesday, March 1, 2011

Rendang Bilis


Bahan Kisar:
7 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Bahan lain:
300 gm ikan bilis - rendam dan tumbuk kasar
4 batang seri - hiris halus
3 heliai daun salam
2 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat
4 hiris lengkuas
Garam dan gula
Cara menyediakan:
Mudah saja.... Satukan bahan kisar dan bahan-bahan lain dalam kuali.
Masak sehingga kering, macam rendang
Sumber : Sajionline

Saturday, February 19, 2011

Rendang Sotong Ketupat


Bahan-bahan:
1 kg sotong saiz besar atau sederhana - jangan dipotong
3 sudu besar rempah kari
3 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan cula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar:
8 tangkai cili kering
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang serai
2 cm halia
Bahan Pulut:
200 gm pulut
1 1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Untuk pulut, rendam pulut semalaman, kemudian campurkan pulut bersama santan dan garam.
2. Kukus pulut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Sementara itu, panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
4. Masukkan rempah kari dan asam gelugur, biar hingga wangi.
5. Masukkan santan pekat, biar mendidih dan pecah minyak.
6. Perisakan dengan garam dan gula.
7. Setelah kuah pekat, masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut.
8. Biarkan sehingga sotong masak, barulah diangkat dan dihidangkan
Sumber : utusan

Rendang Rusa Minang


Rendang Rusa Minang
BAHAN-BAHAN:
600 gm daging rusa (potong kecil)
1 sudu besar serbuk kunyit
3 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
600 ml santan pekat
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
150 gm bawang merah
100 gm bawang putih
5 cm halia
3 batang serai
5 cm lengkuas
30 tangkai cili padi
50 gm kerisik

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumiskan bahan kisar sehingga nak bau.
2. Masukkan santan dan kacau sebati.
3. Masukkan daging bersama daun kunyit dan daun limau purut berserta serbuk kunyit.
4. Rendang hingga pekat, kemudian masukkan kerisik. Perlahankan api dan kacau sehingga kuah kering.
Sumber ; utusan

Tuesday, November 9, 2010

RENDANG PUYUH BERKUAH SATE

BAHAN-BAHAN ;

2 ekor puyuh
1 sudu stok pati ayam maggi
4 sudu kacang tanah goreng dan kisar
1 sudu kecil asam jawa
1 tin susu rendah lemak nastle ideal
garam dan gu,gula

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Burungpuyuh diperap dengan bahan kisar selama 30 minit
2. Panaskan minyak dan goreng puyuh hingga garing
3. Masak susu rendah lemak,kacang tanah kisar,air asam jawa,kiub pati ayam.garam ,dan gula..biarkan mendidih hingga pekat
4. Kemudian tuangkan keatas burung puyuh

SEDIA DIHIDANG

Sunday, October 10, 2010

RESEPI DAGING RENDANG NZ


BAHAN-BAHAN

600 gm daging dipotong dadu besar
2 helai daun kunyit
150 gm cili boh
20 gm serbuk kunyit 60 gm kerisik
1 cawan santan pekat
garam

CARA MEMASAKNYA:

1. Daging yang di potong di perap dengan bahan-bahan yang telah dikisar
2. Kemudian masukkan kedalam periuk ,masukkan cili boh, serbuk kunyit,dan masak diatas api
sederhana sehingga kering,
3. apabila hampir kering,masukkan kerisik dan santan .Kacau hingga sebati dari semasa
ke semasa
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

SEDIA DIHIDANG.

Saturday, October 9, 2010

RESEPI DAGING RENDANG MAMAK


BAHAN A

500gm daging }dihiris nipis ,rebus dan tos
garam secukup rasa

BAHAN B

5 biji bawang besar
5 batang serai.

BAHAN C

10 biji bawang merah }
50 gm halia } di hiris
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari

BAHAN D

100 gm rempah daging
100 gm cili boh
kicap pekat secukupnya

CARA MEMASAKNYA:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali .tumiskan bahan c hingga kuning,
2. Masukkan bahan B. kacau rata hingga wangi,
3.Masukkan bahan D. Kacau rata hingga pecah mimyak
4. Masukkan daging yang telah di rebus dan kacau hingga sebati
5. Masukkan garam secukupnya.
6. Angkat.

SEDIA DIHIDANG.

Wednesday, October 6, 2010

RESEPI RENDANG PERUT


Bahan-bahannya.

2 kilo perut tenusu9(tali)1
1 biji kelapa.
10 ulas bawang kecil.
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
2 cm kunyit hidup
2 labu bawang besar
4 helai daun kunyit }dihiris
1/2biji kelapa [buat kerisik]
halia,lengkuas,dan seraisecukupnya }di kisar halus
minyak untuk menumis
secubit garam

Cara Menyediakannya

1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus hingga sedikit garing dan naik baunya.
2. Masukkan perut yang sudah dicuci bersih kemudian,masukkan santan dan garam,masak
hingga tali perut empuk
3. Bila lembut masukkan kerisik dan daun kunyit.Biarkan ia sedikit kering.

Sedia di hidangkan.

Friday, August 13, 2010

Rendang Tok


Bahan-bahan


1.5kg Daging lembu (di potong dadu)

1/2 cawan Minyak masak

200g Kerisik

700ml Santan

100g kerisik

20 g Bunga Kantan ( di kisar)

10g Daun kesom ( di kisar )

60ml Air Asam Jawa

100g Bawang besar (dikisar)

30g Halia ( di kisar )

30g Bawang putih ( di kisar)

100g Lengkuas ( di kisar )

20 g Kunyit segar ( di kisar )

200g cili kering ( dikisar )

50g Serai ( di kisar )

30 g Belacan

20g Daun Kunyit (dihiris)

15g Daun Limau Purut

10g Daun Salam

200g Gula Melaka

100g Gula Pasir

40 g Garam secukup rasa

REMPAH DI KISAR

10g Bunga Lawang

20g Kulit Kayu Manis

20g Buah pelaga

15g Bunga Cengkih

30g Jintan Manis

20g Jintan Putih

10g Ketumbar

30g Serbuk buah pala

Cara memasak

1) Panaskan minyak tumis bahan yang di kisar hingga naik bau. Masukan rempah,cili kering dan kacau lagi hingga pecah minyak.

2) Masukkan separuh santan dan kacau hingga pekat. Kemudian masuk daging dan kacau hingga kering dan pekat.

3) Kemudian masukan lebihan santan dan kemudian isi kelapa tua, air asam jawa,daun kesum,daun salam dan serbuk buah pala.

4) Biar renih selama 30 minit dan kacau hingga pekat kemudian baru masukan kerisik.

5) Masak hingga kering dan masukan garam ,gula secukup rasa.

Sunday, August 1, 2010

Rendang Ayam


Bahan-bahan
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dikisar:
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api

Cara Memasak
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...