Showing posts with label resepi agar agar. Show all posts
Showing posts with label resepi agar agar. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

Resepi Agar Agar Gula Melaka


Bahan A

10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B

10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
1 sudu teh garam

Bahan C

Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)

Cara-Cara Membuatnya :

1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A).

Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua
iaitu 200ml agar2 dan santan (Bahan B).
Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat.

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia

senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk.

Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Friday, October 8, 2010

RESEPI AGAR-AGAR LAPIS KASTARD


BAHAN-BAHAN:
35 gm agar-agar
480 gm gula pasir
3/4 buku mentega } pukul hingga kembang
5 biji kuning telur
1 tin susu cair
1.25 liter air
3 sudu makan tepung kastad }di larutkan dengan air
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk koko
1sudu teh pes coklat
CARA MEMASAKNYA:
1. Campurkan mentega yang sudah di pukul kembang bersama kuning telur,susu cair dan tapung kastad. Kacau sebati..Ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan air hingga hancur
3. Masukkan gula dan bahan (1) yang di campur tadi dan biarkan mendidih
4, Bahagikan pada tiga mangkuk dan warnakan dengan warna coklat,perisa kopi bercampur warna merah dan satu mangkuk lagi biarkan warna asal (kuning)
5. Tuangkan kedalam acuan empat segi.
6. Sejukkan dan keraskan selapis demi selapis.

SEDIA DIHIDANG:

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI


` BAHAN-BAHAN:

25 gm agar-agar
1 liter air
240 gm gula
1 helai daun pandan
250 ml santan
50 gm lengkong hitam } diparut
sedikit pewarna merah dan ungu

CARA MEMASAKNYA:

1. Masak agar-agar bersama air dan biarkan hingga hancur
2. Masukkan gula dan daun pandan, kacau rata
3. Bahagikan adunan pada dua bahagian dengan warna merah dan ungu dan satu lagi berperisa
santan.
4. Campurkan lengkong ke dalam adunan warna merah dan ungu dan kacau rata
5,Tuangkan kedalam acuan bulat dimulakan dengan warna putih,biarkan sejuk seketika dan
tuangkan lapisan warna merah ungu
6. Biarkan sejuk.

SEDIA DIHIDANG.

RESEPI AGAR-AGAR LUMUT SERIKAYA


BAHAN-BAHAN:

35 gm agar-agar
1.25 liter air
500 ml santan
3 biji telur
480 gm gula
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

CARA MEMASAKNYA:

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur
2. Masukkan santan,telur dan gula. Kacau rata.
3. Titikkan pewarna hijau dan sedikit garam ,kacau rata.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat ,biarkan sejuk dan mengeras.

SEDIA DIHIDANG.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...