Showing posts with label resepi nasi. Show all posts
Showing posts with label resepi nasi. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 mangkuk nasi
  • 2 sudu bsr udang kering (tumbuk halus)
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis (tumbuk pecah2)
  • 1 biji bawang besar (ricik halus)
  • 2 biji bawang putih (ketuk atau tumbuk halus)
  • Belacan (besar ibu jari)
  • 15 biji cili padi (di tumbuk)
  • 2 hiris sayur kubis
  • Bunga kantan (1 atau separuh-dihiris halus)
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • 2 biji telur
  • minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Goreng udang dan ikan bilis hingga gareng. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau.
  2. Buat ruang ditengah2 kuali. Masukkan satu sudu minyak. Masukkan telur. Biar separuh masak baru kacau rata. Masukkan cili padi, belacan dan serai. Goreng sekejap.
  3. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan sayur kubis dan bunga kantan. Goreng sekejap lagi dan perasakan.  Sedia untuk dihidangkan..

Tuesday, December 7, 2010

NASI TEKAN (IMPIT)


BAHAN – BAHAN :
2 cawan beras
3 1/2 cawan air
garam secukup rasa
3 helai daun pandan
2 sudu kecil minyak masak

CARA MENYEDIAKAN :
1. Jerang beras bersama air,garam,dan daun pandan didalam periuk nasi sehingga airnya kering
padamkan api dan masukkan minyak masak
2. Kemudian lenyek nasi dengan senduk,senduk nasi kedalam loyang dan tekan-tekankan supaya nasimenjadi padat
3. Biarkan nasi tekan sejuk

SEDIA DIHIDANG .

Monday, December 6, 2010

Resepi Nasi Goreng Salmon



Bahan-bahan:

1 pinggan nasi
1 keping ikan salmon yang telah dipanggang (kalau tak ada salmon blh diganti dgn ikan lain seperti ikan tenggiri atau tuna flakes)
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk kasar
2 biji bawang putih ~ diketuk
3-4 biji cili padi ~ diketuk
2 sudu sos tiram
1 batang lobak merah ~ dipotong dadu
1 biji telur ~ goreng mata kerbau
Garam secukup rasa
Sedikit sebuk pati ayam ~ kalau suka
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili api dan sos tiram.
3. Masukkan lobak merah dan bila dah agak layu, masukkan salmon.
4. Masukkan nasi, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan bersama telur mata kerbau dan sedikit salad.
* sos utk nasi goreng ~ tomato, cili api, sedikit garam dan gula dikisar.

Saturday, November 20, 2010

NASI GORENG KERABU


BAHAN-BAHAN

1 Pinggang nasi
1/2 kuntum bunga kantan
3 helai daun limau purut –dimayang halus
3 biji cili padi –dimayang halus
1/2 biji bawang putih-di mayang
1 batang serai – dimayang
5 ekor udang
2 ekor sotong –di potong
garam .gula, dan serbuk perasa, secukupnya
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA ;

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan sotong ,udang ,kacau hinggamasak
3. Setelah itu masukkan nasi ,dan bahan-bahan yang dimayang dan kacau
4. Masukan garam dan serbuk perasa

SEDIA DIHIDANG

Thursday, November 18, 2010

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Bahan-bahan ( 2 -4 orang makan )

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 gengam sayur campur
  • 1 ketul dada ayam di hiris nipis
  • 3 biji cili padi/3 sudu cili kering-ikut suka
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • 4 biji telur

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam,garam dan sayur campur. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi.
  2. Setelah siap nasi goreng, ketepikan.
  3. Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Tapi jangan terlalu tebal.
  4. Tuangkan Nasi ke atas telur tadi, kemudian bungkuskan telur tadi.

Resepi Nasi Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan :


½ sudu teh lada hitam kasar 
2 cili kering digunting kecil2 
2 ulas bawang putih utk tumisan 
3 ulas bawang merah utk tumisan 
½ sudu besar minyak sapi 
½ sudu teh serbuk pati ayam
1 biji Telur (goreng hancur)
2 sudu besar mix vegetable
2 senduk nasi
1 sudu besar minyak



Cara Memasak :


Masukkan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili kering, pati ayam, lada hitam, telur hancur dan mix vegetable. Goreng sekejap lepastu masukkan nasi. 


tambah garam jika perlu...  (ikut suka)

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan ( 3org ) :


  • 3 cawan nasi putih
  • 20 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ikan bilis goreng
  • 1 ikat kangkung
  • 3 sb minyak masak
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-cara :


  1. Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.
  3. Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. Lepas nasi dah gebu lebih kurang 10minit masukkan kangkung.
  4. Kacau nasi dan rasa tawar atau masinnya. Adjust dah ok, siap :)
  5.  Kalau yg suka pedas blh tambahkan lagi cili padi.  Kalau suka ikan bilis goreng lebih blh tambahkan.

Tuesday, November 16, 2010

Resepi Nasi Goreng Cendawan

Bahan-bahan :


2 pinggan nasi putih
2 biji telur
2 ketul ayam dipotong sederhana
5 ulas bawang merah ] ditumbuk
2 ulas bawang putih ]
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (ikut suka)
5-7 cili api-dipotong tengah/bulat
Baby corn dipotong bulat


8 keping cendawan (dibelah 2/3 setiap keping mengikut sesesuaian) 
½ tin cendawan bulat (sekiranya mahu)
2 batang sawi (sekiranya mahu)
½ biji timun dipotong-untuk hiasan
Sedikit kacang peas-untuk hiasan
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa dan sedikit gula



Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan cili api.

Setelah garing, pecahkan telur sebiji demi sebiji dan kacau dan jangan terlalu lama.

Setelah itu masukkan ayam, kacau, sos tiram, kicap, garam, gula dan ajinomoto(jika mau).

Gorengkan lagi dan masukkan pula cendawan, baby corn dan sawi yang telah dipotong. Akhir sekali barulah masukkan nasi dan gorengkan rata-rata.

Apabila sudah masak, letak dalam pinggan, letak lada putih dan taburkan dengan kacang peas dan timun.


Saturday, November 6, 2010

Resepi Nasi Goreng Cina


Bahan-Bahan:

2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah-ditumbuk
5 ulas bawang merah-dihiris
1 pokok daun bawang-dihiris
Garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan cili
Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
Biarkan selama lima minit,kemudian masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan.

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas


Bahan-bahan:

(5orang)
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan tumis:

1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan hiasan:

bawang goreng
kismis

Cara-cara membuatnya:

1)Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2)Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3)Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4)Masukkan beras dan gaul rata.
5)Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6)Masaklah nasi sehingga masak
7)Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8)Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Friday, November 5, 2010

Resepi Nasi Beriani Sotong


Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

Bahan Dikisar Halus:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:

1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
2.Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak.Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.
3.Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.
4.Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.
5.Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.
6.Siap untuk dihidang.(Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

Nasi Minyak Kismis

Bahan-bahan:

700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1)Bersihkan beras dan toskan airnya.
2)Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar,halia,bawang putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan daun pandan.
3)Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4)Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5)Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan,taburkan kismis di atasnya.

Thursday, November 4, 2010

Resepi Nasi Tomato


Bahan-bahan:

3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:

5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara menyediakan:

• Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
• Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.

Wednesday, September 8, 2010

Nasi Beriani


Bahan-Bahan


750gm beras basmathi
1 air
125gm susu cair
1helai daun pandan
1sudu kecil pewarna kuning
daun pudina dan sup (hiris)
garam


Bahan Tumis


5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2cm halia (hiris)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar minyak sapi
sedikit rempah lima


Cara Menyediakan



1.Tumiskan semua bahan ...tumis hingga naik bau
2.Tuangkan air dan biarkan mendidih
3.Kemudian masukkan garam dan susu cair...kacau rata dan masukkan beras
4.Setelah airnya sudah kering masukkan sedikit pewarna kuning berserta daun yang
telah dihiris tadi
5.biarkan nasi masak.


Ayam Beriani


Bahan-bahan


1 Ekor ayam
15 Ulas bawang merah (kisar)
6 Ulas bawang putih
5cm Halia (kisar)
3 Sudu besar rempah beriani
3 Sudu kecil tomato puri
4 Sudu besar minyak sapi
150ml Susu cair
100ml Air
garam dan gula

Cara menyediakan


1.Tumiskan bahan kisar dengan minyak sapi hingga naik bau
2.Masukkan rempah beriani dan tomato puri tadi
3.setelah pecah minyak masukkan ayam,gula dan garam
4.Masukkan sedikit air dan susu cair
5.Tunggu sehingga mendidih pekat...taburkan daun sup....

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...