Showing posts with label aneka kuih. Show all posts
Showing posts with label aneka kuih. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Resepi Kuih Bakar Kacang

Bahan-bahan:

3 mangkuk kacang hijau - mumbung
3 mangkuk tepung ubi - disangai
3 mangkuk gula halus
1 genggam tepung gandum
4 biji kuning telur
1 1/2 biji kelapa - ambil pati santan tanpa guna air, perah menggunakan kain

Cara Menyediakan Tepung Kacang:

1. Kacang dibasuh bersih dan tuskan sekejap. Kemudian goreng tanpa minyak serta buangkan kulitnya. Kacang yang digoreng diletakkan di tempat rata dan selepas itu tutupkan dengan kain bersih. Kemudian gelek dengan penggelek atau anak batu giling.

2. Apabila kelihatan kulitnya tertanggal bolehlah ditampi untuk memisahkan kacang dan kulit.

3. Kemudiannya digelek dan basuh lagi. Tuskan semua, apabila kacang 'bebas' daripada kulitnya barulah dikisar hingga menjadi tepung. Ayak dua kali, angkat dan ketepikan.

4. Kemudian gula juga dikisar dan ayak empat kali.

Cara Menyediakan Adunan:

1. Gaul semua bahan, masukkan kuning telur, gaul rata seterusnya masukkan pula santan. Uli adunan hingga ia menjadi lembut. Perap semalaman. Tekan dalam acuan kayu dan bakar dalam ketuhar.

2. Adunan ini menghasilkan 120 hingga 150 biji kuih.

Pesanan:

Untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan, bolehlah sapu minyak masak dicelah-celah pecahan daun acuan tersebut.

Sumber : saji

Tuesday, April 24, 2012

Resepi Talam Seri Delima


Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

300 ml santan pekat
900 ml air
130 gm tepung beras
50 gm tepung kacang pis
1 cawan gula pasir
6 biji sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk lapisan atas:

1 1/4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam

Cara menyediakan:

Untuk lapisan bawah, masukkan campuran santan bersama air. Masukkan juga gula dan garam ke dalam periuk.  Kacau tanpa henti di atas api yang kecil sehingga pekat.Masukkan sengkuang cina dan dikacau hingga rata sebelum dituangkan ke dalam loyang.Ratakan dengan plastik, kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit. Untuk lapisan atas, masukkan kesemua bahan, kecuali garam dan gula ke dalam pengisar.  Kisar kesemua bahan hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula. Kemudian kacau tanpa henti di atas api kecil sehingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan putih dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Sumber : saji

Wednesday, March 28, 2012

Kuih Balik Gelisah

Kuih Balik Gelisah

BAHAN-BAHAN:

500 gm tepung beras

1 biji kelapa muda parut

2 cawan gula

3 biji telur

1/2 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan tepung, kelapa parut, gula, telur dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak.Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah

Sumber saji.

Thursday, March 8, 2012

Resepi Apam Belanda

Apam Belanda

BAHAN-BAHAN:

500 ml susu cair

300 gm tepung gandum

100 gm tepung jagung

80 gm gula halus

Secubit garam

1 sudu besar  yis

4 biji telur

120 gm mentega (cair)

BAHAN INTI:

Cip coklat

CARA MENYEDIAKAN:

Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur) Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur…Uli rata hingga sebati. biarkan doh selama  1 jam. Tutup dengan kain..Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula…Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega…Sudukan adunan dan isikan cip coklat atau apa saja inti yang disukai ..Tuang sedikit lagi adunan untuk menutupi intinya. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara…Angkat bila apam dah  mengembang dan ku­ning,

Sediadihidang

Sumber : saji

Sunday, December 4, 2011

Resepi cucur udang

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
2 cawan air

1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih,

BAHAN SOS LADA

5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA

Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 2 cawan..Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

  1. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga sederhana pekat. Sejukkan
  2. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan
  3. hidangkan bersama sos lada
  4. credit : resepi anymz-mykitchen

Thursday, November 3, 2011

Apam Comel

 

BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung beras

125 gm tepung gandum

190 gm gula

550 ml air

1 peket eno

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul.

2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang.

3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih apam ini merekah di tengah-tengahnya

Karipap

Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
BAHAN UNTUK INTI
  • 5 biji kentang/keledek - boleh juga dicampur
  • 200g daging/ayam cincang
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapat kulit karipap yg rangup). .Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Bahan inti - kentang/keledek dikupas dan dipotong dadu ..Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bahan-bahan tersebut  juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari ,kacau rata.. masukkan kentang/keledek, ayam/daging, ,air  ,garam secukup rasa. Rebus hingga kentang empuk .. ayam/daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  3. bila inti dah sejuk, baru la mulakan proses mencanai tepung.
  4. Masukkan inti kentang dan tutup serta kelim/cetak macam biasa.
  5. Goreng dengan api  sederhana

Wednesday, November 2, 2011

Bingka Labu

Bahan-bahan (loyang 9x6 in..250 gm labu -  direbus

  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan susu cair/sejat
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar mentega/majerin
  • sedikit pewarna kuning ..Cara-cara
  1. Satukan semua bahan ..  kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega..Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak..Sejukkan.. potong kecil

Kuih Kaswi

Bahan-Bahan:

250 ml air
60 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
180 g gula melaka, dicincang halus
120 g tepung sagu
150 g tepung beras basah
1/3 camca teh kapur dibancuh bersama 1 camca teh air alkali
150 g kelapa muda, diparut dan digaul bersama secubit garam

Cara:

Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga  larut. Bancuh tepung beras dengan tepung sagu..bancuh air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap ke dalam adunan tepung ..kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Kukus 22 biji acuan..Tuang sedikit adunan ke dalam acuan Kukus selama, 20 minit. Setelah masak, keluarkan dari acuan, tabur kelapa parut putih di atasnya

Tuesday, November 1, 2011

Bangkit Santan

Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa
Cara menyediakannya:
1.Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
3.Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
4.Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
5.Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
6.Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga
7.ianya kelihatan kekuningan. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat

Bingka Ubi

Bahan-bahan:

1 kg ubi kayu parut - dibuang airnya
2 cawan gula
Garam secukup rasa
2 1/2 cawan santan pekat
2 biji telur - dipukul
1/2 cawan sagu biji - dibersihkan
Sedikit pewarna kuning

Cara menyediakan:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas.

2. Kacau hingga rata sebelum dituangkan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak atau marjerin.

3. Bakar dalam ketuhar bersuhu 300 darjah Celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

4. Biarkan bingka betul-betul sejuk, baru boleh dipotong.

(Perhatian: Tutup loyang dengan kertas aluminium setelah permukaan bingka menjadi garing untuk mengelak daripada hangus dan terus bakar hingga masak.)

Monday, October 31, 2011

Pulut Seri Kaya Bakar

Bahan-bahan Lapisan Bawah:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
Sedikit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Untuk lapisan bawah, bersihkan pulut dan tuskan. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersama santan serta sedikit garam, dan kukus hingga masak.

2. Tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang hingga padat dan ketepikan.

3. Untuk lapisan atas, campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas, kemudian kacau hingga sebati sebelum ditapis dan dituangkan ke atas pulut.

4. Kukus sekali lagi hingga lapisan atas masak, kemudian bakar dalam ketuhar dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 120 darjah Celsius selama 3 - 5 minit.

5. Bila sudah siap, biarkan sejuk baru dipotong dan dihidangkan

Sumber: saji

Sunday, October 30, 2011

Seri Muka Pulut Hitam


Bahan A:

2 cawan pulut - direndam dan dituskan
1 cawan pulut hitam - direndam dan dituskan
1/2 cawan isi jagung
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung beras dibancuh dengan 3/4 cawan air

Bahan B:

4 biji telur dikacau bersama 1 1/4 cawan gula
2 cawan santan
10 helai daun pandan
3 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung pulut
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Sediakan bahan B dulu dengan mencampurkan tepung jagung, tepung pulut di dalam bancuhan telur.

2. Kisar daun pandan bersama air, kemudian tuangkan bancuhan tepung ke dalam air daun pandan.

3. Campurkan santan dan garam, ketepikan.

4. Sementara itu sediakan bahan dasar dengan mencampurkan kesemua bahan A kecuali bancuhan tepung beras.

5. Masak bahan A sehingga likat, baru tuangkan bancuhan tepung beras.

6. Masak sebentar sehingga adunan sedikit likat, dan angkat.

7. Sediakan loyang, sapukan sedikit minyak. Tuangkan kesemua bahan A (dasar).

8. Kukus hingga masak (dasarnya sahaja), kemudian tekan hingga mampat.

9. Sementara itu, suamkan bahan B (atas), tuangkan sebahagian di atas bahan A.

10. Kukus selama 10 minit, kemudian dengan segera tuangkan baki (bahan B).

11. Kukus lagi selama 10 minit dan panggang/salai selama 15 minit pada shuhu 120 darjah Celsius untuk mendapatkan kuih yang cantik permukaannya

Sumber : saji

Tako


Bahan-bahan:
25 helai daun pandan - dibentuk seperti kotak
Untuk lapisan bawah:
30 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
15 biji sengkuang cina - dipotong dadu
1 1/2 cawan gula
3 cawan air
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Untuk lapisan atas:
80 gm tepung jaung - dibacuh dengan secawan air
4 cawan pati santan
2 cawan air (tambahan)
Secubit garam
Cara Menyediakan:
1. Jerang air dan gula hingga larut dan masukkan sengkuang cina, tepung Hoen Kwee dan pewarna hijau. Dengan api yang sederhana, kacau selama 10 minit atau sehingga aduan menjadi pekat kemudian tuangkan ke dalam setiap kotak daun pandan hingga paras separuh. Sejukkan.
2. Didihkan santan dengan 2 cawan air tambahan. Masukkan garam serta adunan tepung jagung. Kacau hingga pekat kemudian tuangkan ke dalam kotak daun pandan hingga penuh. Biarkan sejuk sedikit sebelum didinginkan dalam peti sejuk.
Sumber : saji

Keria Kentang

Keria Kentang
BAHAN-BAHAN:
100 gm ubi kentang
1/2 sudu kecil marjerin
130 gm tepung gandum
150 gm gula
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebuskan ubi kentang bersama garam sehingga empuk dan lecek ketika masih panas.
2. Kemudian gaulkan bersama marjerin dan tepung gandum sehingga sebati.
3. Ambil doh dan bentukkan bulat seperti donut.
4. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.
5. Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.
6. Selepas itu, masakkan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.
7. Kemudian masukkan semua kuih yang digoreng tadi dan gaul sehingga semua kuih disaluti air gula.
8. Angkat dan hidangkan.
Sumber  saji

Cucur Ubi Kayu (pedas)

Cucur Ubi Kayu (pedas)
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ubi kayu
1 sudu kecil ketumbar (tumbuk)
1 tangkai cili merah (tumbuk)
1 sudu besar bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ubi parut hendaklah diperah airnya.
2. Gaulkan semua bahan hingga rata.
3. Bulat-bulatkan dan goreng hingga kuning.
Sumber : saji

Friday, March 18, 2011

Baulu Kukus


Baulu Kukus
BAHAN-BAHAN:
5 biji kuning telur
4 biji putih telur
250 gm gula
300 tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
175 ml sprite/7up
1/2 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna

CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu permukaan kukus yang berlubang hendaklah dilapikkan dengan kertas surih. Didihkan air kukusan.
2. Pukul telur, gula, esen vanila hingga kembang.
3. Setelah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli de­ngan air sprite.
4. Sendukkan lima sudu besar adunan dan warnakan.
5. Sudukan adunan berwarna dan tidak berwarna  di dalam mangkuk kertas.
6. Kukus sehingga baulu merekah pada bahagian atasnya
Sumber : Sajionline

Sunday, March 13, 2011

Apam Belanda


Apam Belanda
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu cair
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula halus
Secubit garam
1 sudu kecil yis
2 biji telur
60 gm mentega (cair)

BAHAN ISIAN:
Cip coklat

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).
2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.
3. Uli rata hingga sebati. Rehat­kan doh selama sejam. Tutup dengan kain.
4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.
5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.
6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda.
7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.
8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.
9. Bila ia mengembang dan ku­ning, angkat.
Sumber : sajionline

Saturday, March 12, 2011

Suri Rendam


Suri Rendam
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ubi kayu (parut)
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 cawan gula
Secubit garam
Pewarna

CARA MENYEDIAKAN:
1. Ubi yang diparut diperah airnya. Warnakan ikut suka.
2. Bulatkan seperti guli.
3. Masukkan dalam air yang mendidih. Biarkan ia masak. Angkat dan tuskan.
4. Sementara itu dalam periuk yang lain, masukkan santan, gula, secubit garam dan daun pandan.
5. Renehkan dan masukkan semula bebola ubi tadi
Sumber ; sajionline

Akok Berlauk Hati Murni


 Akok Berlauk Hati Murni
BAHAN A:

3 biji telur

3 sudu besar tepung gandum

1 1/2 sudu besar gula

Sedikit esen vanila


BAHAN B:

4 biji telur

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar gula

Sedikit esen vanila


BAHAN INTI:

200 gm serunding daging


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan loyang di dalam oven pada suhu 135oC.

2. Kemudian pukul telur bersama gula (bahan A) sehingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit bersama esen vanila.

4. Gaul sebati, barulah tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.

5. Sementara itu, ulang langkah yang sama terhadap bahan B.

6. Apabila bahan A yang dibakar tadi hampir masak, taburkan serunding daging.

7. Kemudian tuangkan bahan B di atasnya sebagai penutup.

8. Bakar sehingga masak atau kuning keemasan.
Sumber ; sajionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...