Showing posts with label resepi kuih. Show all posts
Showing posts with label resepi kuih. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Resepi Kuih - Akok Berlauk


Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
10 sudu gula
300 gm tepung gandum

Bahan untuk inti:
500 gm daging lembu
500 gm bawang besar


2 sudu besar rempah kermuk
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.

Cara membuat inti:

Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.

Resepi Apam Polkadot

pic credit  ciktom.,com
Bahan-Bahan:

-3biji telur 
-275gm tepung gandum 
-220gm gula halus 
-150ml susu segar

-3sudu teh baking powder 
-1sudu kecil ovalatte 
-1sudu kecil esen vanilla 
-filling (blueberry@apa2 ikut citarasa) 
-pewarna


Cara:
1-masukkan telur dan gula dlm mgkuk mixer dan pukul smpai kembang,masukkan ovalatte pukul lagi hingga kembang
2-masukkan tepung,baking powder,esen vanilla dan susu segar,pukul hingga kembang selama 6-8 minit.
3-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
4-masukkan setiap warna kedalam piping bag.picitkan adunan kedalam mangkuk kertas.
5-letakkan filling secukupnya.picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh.
6-kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7-kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
Cadangan Hidangan:
untuk hidangan minum petang dan majlis2 keramaian.
Tambahan:
1-letakkan papercup dalam acuan lompang supaya tidak lembik.
2-bahan untuk 50biji papercup medium.

Tuesday, October 2, 2012

Resepi Pulut Panggang


resepi pulut panggang
Bahan bahan
:
1) 500 gram beras pulut (dikosek & ditoskan)
2) 1 ½ cawan pati santan
3) 1 helai daun kunyit
4) 23
sudu makan minyak jagung
5) 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
6) 2 tangkai lada merah
7) 10 ulas bawang merah
8) ½ sudu lada sulah
9) 4 biji buah keras
10) 1 ulas bawang putih
11) ½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
12) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
13) 2 helai daun pandan
14) 1 sudu makan garam
15) 2.5 cm kunyit hidup
16) 1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
17) 1 sudu belacan (dibakar)
18) ½ sudu makan gula pasir
19) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
20) Lidi untuk sematan

Cara :

1) Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan ½ sudu garam di dalam
loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. Keluarkan
daun daun  dan ketepikan pulut.

2) Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit.
Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. Masukkan garam,
kacau dan angkat. Sejukkan.

3) Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungangulungan
leper sepanjang 13 cm.

4) Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketatketat
untuk membungkusnya.
Sematkan bungkusan itu dengan lidi.

5) Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama ½ jam, dengan membalikbaliknya
selalu.
Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Pulut Berinti


pulut berinti
Bahan bahan
:
Untuk inti :

1) ½ biji kelapa muda parut
2) ½ cawan gula merah
3) ½ cawan air
4) 2 helai daun pandan

Untuk pulut :

1) 3 cawan beras pulut (basuh dan rendam seketika)
2) 4 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara :

Untuk inti :
1) Masukkan kesemua bahan untuk inti. Didihkan ke atas api. Angkat dan ketepikan.

Untuk pulut :
1) Masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus selama ½ jam.
2) Ambil pulut yang telah dikukus dan letakkan atas daun pisang.
3) Ambil inti kelapa manis dan letakkan atas pulut.
4) Bungkuskan pulut saperti bungkus nasi lemak.
Sedia untuk dihidangkan

Tuesday, August 21, 2012

Resepi Bebola Ubi Keledek

pic credit seripayaku


Bahan  bahan
:
 2 cawan ubi keledek (rebus dan lecek)
 ½ cawan gula pasir
 1 biji telur
 ½ sudu serbuk penaik
 ½ cawan tepung gandum
 ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)
 Garam secukup rasa

Cara :

 Gaul rata ubi keledek bersama gula.

Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam

membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekat,

tambah lagi sedikit tepung)

Bentukkan doh bulat bulat.

Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, June 30, 2012

Resepi Tepung Boko Ubi kayu

pic credit to balquen
Bahan Bahannya

Bahan A 

2 cawan            Ubi kayu yang telah diparut
4 cawan           Air pandan
1 1/2                 Gula

Bahan B 

1 cawan          Santan
3 sudu            Tepung Beras
sdkt garam

Cara Penyediaan

Untuk bahan A ..kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga nampak berkilat.
Setelah itu bolehlah diangkat dan sejukkan.

Untuk bahan B....campurkan santan, tepung beras  dan garam ,kemudian kacau di atas api sederhana sehingga pekat.

Cara menghidangkannya, letakkan ubi kayu tadi ke dalam mangkuk atau bekasa sajian, kemudian tuangkan kuah santan keatasnya..

Wednesday, June 27, 2012

Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan Bahannya

1. DOH

250 gram  Tepung beras
5 cawan    Air daun pandan

2. KUAH

2 cawan                  Santan
1 1/2 sudu besar   Tepung beras

3. GULA MELAKA

500 gram     Gula melaka
1 cawan       Air

4. PULUT 

1/2 kg Beras pulut  (dibasuh dan direndam)
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan 

Untuk doh ...Kacau tepung beras bersama air daun pandan diaatas api sederhana sehingga pekat.

Untuk kuah...Masukkan santan bersama tepung beras dan garam,kacau diatas api sederhana sehingga pekat dan bolehlah diangkat.

Untuk Pulut...Pulut digaulkan dengan pewarna merah dan ditanak atau dimasak dengan sedikit air.

Cara menghidangkan, letak sedikit doh serta pulut kedalam mangku atau bekas sajian, setelah itu tuangkan sedikit kuah dan gula melaka keatasnya.

Saturday, December 11, 2010

Resepi Lepat Ubi


Bahan-bahan: 


1 kg ubi
2 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur atas api

Cara-cara: 


1. Ubi di buang kulit, dibersihkan dan diparut.
2. Perah parutan ubi kayu itu menggunakan kain. Buang airnya.
3. Satukan kesemua bahan, gaul rata.
4. Sudukan ke dalam daun pisang dan lipat seperti biasa. Kukus selama 1/2 jam. 

Thursday, December 9, 2010

Resepi Kuih Chara Berlauk



Bahan Inti: 

1 cawan daging kisar
3 biji ubi kentang ~ dipotong dadu
3 ulas bawang merah ~ ditumbuk
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
Setengah biji capsicum ~ dihiris
2 sudu rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daging. Kacau hingga kering airnya. Campur kentang dan bawang besar. Masak sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan pula lada benggala. Tambah garam dan gula secukup rasa, angkat dan biar sejuk.
Bahan Cara:2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
Pewarna kuning
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung gandum bersama santan, telur, pewarna kuning dan garam. Kacau rata2 hingga adunan tidak bergentel (tapis jika perlu).
2. Panaskan acuan cara di atas api perlahan. Lengser dengan sedikit minyak masak.
3. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga memenuhi empat-perlima bahagian.
4. Sudukan daging di tengah-tengahnya.
5. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak.
6. Angkat dan sedia dihidang.

Kuih Cara Manis



Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
sedikit air daun pandan/pewarna hijau
secubit garam
gula secukupnya

Cara membuat:~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campurkan dengan gandum, telur & garam. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

Saturday, December 4, 2010

resepi Dodol


BAHAN – BAHAN :
500 gm tepung pulut
850 gm gula melaka
3 biji kelapa – ambil patinya
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMBUATNYA :
1. Kelapadiambil pati santannya dan ketepikan
2. Campurkangula melaka dan sedikit air,masak hingga gula masak dan ketepikan
3. Campurkan santan dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan tuangkan kedalam kuali perlahan-lahan . Kacau tanpa henti hingga santan sebati
4. Kecilkan api hingga adunan betul- betul pekat. Membuat dodol mengambil masa yang lama.
5.Setelah masak dan pekat ,tuangkan dodol dalam dulang yang telah dialas dengan daun pisang dan tutup dengan sehelai daun pisang lain
6. Biarkan sejuk terlebih dahulu .

SEDIA DIHIDANG

RESEPI KUIH SIPUT


BAHAN - BAHAN  :
1 kati tepung gandum
1 bungkus serbuk kari
sedikit garam
4 sudu besar majerin
1 biji kelapa – ambil pati santan
minyak secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
1. Tepung gandum di ayak terlebih dahulu dan di campur dengan serbuk kari dan garam dalam sebuah mangkuk
2. Gaul dan  biarkan sebati dan masukkan majerin sedikit demi sedikit hingga menjadi serbuk roti.
3. Masukkan santan hingga adunan boleh dibentuk
4. Gentel dengan acuan siput sedikit demi sedikit hingga habis.
5. Panaskan minyak dan gorenglah hingga kekuningan,
6. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah disimpan dalam bekas kedap udara

SEDIA DIHIDANG .

KUIH BAULU :


BAHAN – BAHAN :
1 mangkuk gula
5 biji telur
1 mangkuk tepung

CARA MEMBUATNYA :
1. Tepung diayak dan dijemur seketika supaya menjadi kering
2. Telur dan gila dipukul hingga kembang,
3. Ambil sedikit bancuhan telur dan masuk dalam mangkuk,masukkan sedikit demi sedikit,tepung sambil dikacau  supaya tidak bergentel dan sebati
4. Pastikan adunan tidak terlalu banyak tepung sebab boleh jadi keras dan mampat
5. Panaskan acuan,kemudian acuan yang panas disapu dengan minyak
6. Masukkan 1 sudu adunan dan bakar hingga kekuningan
7. Keluarkan dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas

SADIA DIHIDANG .

Tuesday, November 30, 2010

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

resepi Kuih Putu Kacang


Bahan-bahan:

1 kg kacang hijau
1 kg gula halus
250 gram air

Cara penyediaan:

Masak gula bersama air hingga gula cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.
Sementara itu sangai kacang hijau hingga wangi dan masak.
Tumbuk dan tampi untuk asingkan kulit kacang hijau.
Kisar kacang hijau hingga halus.
Ayak kacang telah dikisar ke dalam air gula yang telah disediakan tadi.
Kacau rata dan sebati.
Biarkan seketika selama 3 jam.
Bentukkan putu acuan dengan acuan. Kemudian jemur hingga kering.

Resepi Karipap kentang



Bahan Doh :

250 gram mentega
500 gram tepung gandum
50 ml air sejuk
Minyak untum menggoreng

Bahan Inti:

5 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar – potong dadu
3 tangkai daun kari – hiris halus
4 tangkai daun sup – hiris halus
350 gram daging – dicincang
1 kiub pati ikan bilis
Gula secukup rasa
2 sudu rempah kari ikan
100 ml air
2 sudu minyak masak
½ biji telur rebus

Cara penyediaan Doh:

Campurkan kesemua bahan doh, gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit.
Gelek doh setebal 3mm dan tekap membentu bulat.

Cara penyediaan Inti:

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga garing.

Masukkan bahan-bahan inti yang lain, kacau hingga daging masak dan mesra. Tutup api.

Masukkan inti ke dalam kepingan doh dan kelim atau tekap dengan acuan karipap.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan tos.

Tuesday, November 16, 2010

Resepi Kuih Bom


Bahan inti:

½ biji kelapa parut
¼ cawan gula kabung
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
¼ cawan air

Bahan kuih :

240 gram tepung pulut
½ sudu teh garam
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
200 ml air
50 gram biji bijan
Minyak masak secukupnnta untuk goreng terendam


Cara Penyediaan:

Satukan kesemua bahan dan gaul dalam kuali. Panaskan atas api yang sederhana.
Kacaukan hingga merengas dan separuh kering. Angkat dan ketepikan.

Satukan tepung pulut, tepung gandum, air kapur dan garam ke dalam mangkuk. Gaul
rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga membentuk adunan yang lembut. Tambah air jika tidak mencukupi.

Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan isikan inti di tengah-tengahnya. Pastikan tidak bocor. Kemudian golekkan ke atas bijan. Buat hingga habis.

Sementara itu panaskan minyak yang banyak di dalam kuali atas api sederhana besar.

Goreng kuih bom hingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Monday, November 15, 2010

Resepi Kuih Ketayap


Bahan -bahan:

untuk kulit

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (boleh diganti fresh milk)
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

untuk inti

1/2 biji kelapa parut
1 cawam gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan

Cara -cara
  1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
  3. Inti akan menjadi warna keperangan.
  4. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  5. Untuk kulit
  6. Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya.
  7. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.
  8. Kacau sehingga sebati .
  9. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.
  10. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
  11. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
  12. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang.
  13. Ulangi sehingga adunan tadi habis.

Sunday, November 7, 2010

TALAM TIGA PUTRI

BAHAN-BAHAN :

2cawan ubi kayu parut
1/2 biji kelapa – ambil 1/2 cawan satan
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawanhirisan gula melaka
sedikit esen vanilla dan ros
6 sudu besar tepung gandum

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. toskan ubi parut tapi jangan diperah,biarkan basah dan bahagi  dua. 
2. Satu bahagian digaul denga gula pasir,dua sudu besar tepung gandum serta esen ros,
3. satu bahagian lagi digaul dengan gula melaka hiris,2 sudu tepung gandum dan esen vanilla,
4. kukus yang bergaul gula pasir hingga masak
5.Ratakan yang bergaul gula melaka dan kukus lagi
6.sementara menantikan lapisan gula melaka masak adunkan lapisan yang di atas dengan membancuhsantan dengan dua sudu besar tepung gandum . tuangkan atas lapisangula melaka dan kukus hingga masak

SEDIA DIHIDANG

Saturday, November 6, 2010

Resepi Apam Mekar


Bahan-bahan:

250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup)

Cara-cara membuatnya:


1). Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2). Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3). Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4). Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5). Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6). Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7). Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8). Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9). Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10). Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...