Showing posts with label resepi kek. Show all posts
Showing posts with label resepi kek. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Resepi kek halia



Bahan-Bahan: 
1 cawan isi durian, buangkan bijinya
1 sudu besar tepung susu
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri 1 ½ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan marjerin
Sedikit garam

Cara : 
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. 

Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian. 

Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu.

 Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

Resepi Kek Epal Crumble


Bahan-Bahan: 
¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Cara : 
Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair. 

Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula. 

Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang.

Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.

Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. 

Ratakan dan bakar selama 35 minit. 

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti.

 Sejukkan.


Resepi Kek Damal



Bahan-Bahan: 
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
1 ½ gelas tepung gandum
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
½ camca kecil esen ros
4 biji telur


Cara : 


Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan terlebih dahulu.


Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu.


Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah. 


Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.





Bahan-Bahan: 
1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)
2 auns mentega
½ cawan gula merah
1 biji telur
4 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
Sedikit garam


Cara : 
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut. 


Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata.


Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.


Aturkan di atas adunan kek tadi.


Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.




Resepi Kek Halia

Bahan-Bahan: 
8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara: 
Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk.\

Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair. 

Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak.

Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati. 

Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

Kek Halma



Bahan-Bahan: 
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat. 


Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk. 


Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.


Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau.


Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

(Resepi) Kek Gulung Pandan



Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:

10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan:
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan




Cara : 
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.


Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.


Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 


Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.


Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit).



 Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan. 

Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin.



Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. 


Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang.


 Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. 


Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.

Thursday, September 8, 2011

Resepi Kek Batik Milo


Bahan-bahan
250g biskut marie – patah 4
150g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
4 biji telur saiz A

Cara-cara
  1. Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  3. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Monday, January 17, 2011

KEK BLUEBERI

DSC07068

BAHAN –  KEK :

120 gm tepung hong kong

120 gm gula pasir

70 ml air

3 biji telur

1 sudu kecil esen strawberi

1 sudu kecil serbuk penaik

1/2 sudu kecil garam

 

BAHAN  KRIM :

400 gm blueberi filling – didalam tin

350 gm krim putar – dipukul hingga kembang

2 sudu besar susu segar – dipukul hingga kembang

 

CARA MEMBUAT  KEK :

1. Pukul telur dan gula pasir hingga cair,tuangkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata

2. Masukkan tepung hong kong,serbuk penaik dan gaulkan adunan supaya sebati

3'. Kemudian masukkan esen strawberi dan gaulkan hingga rata

4. Tuangkan adunan kedalam acuan kek dan bakar didalam ketuhar dengan suhu150c selama 30 minit

5. Apabila kek sejuk,potong pada 3 keping,sapukan setiap keping dengan krim putar,blueberi filling dan lapiskan

6. Kemudian sapukan lebihan krim putar di sekeliling kek dan dan blueberi filling di bahagian atasnya

7. Hiaskan dengan hirisan buah strawrebi

 

SEDIA DIHIDANG .

KEK AISKRIM DELIGHT

DSC07074

BAHAN – BAHAN :

150 Gm buah – buahan segar

150 gm gula halus

150 gm tepung naik sendiri

150 mentega

150 gm telur

1 sudu kecil serbuk penaik

5 gm garam

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega ,telur dan gula halus hingga kembang

2. Masukkan tepung naik sendiri,serbuk penaik,garam dan pukul hingga sebati,

3. Kemudian masukkan buah-buahan campuran,dan gaulkan hingga rata

4. Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakardidalam ketuhardengan suhu 200c selama satu jam

5. Ketika menghidang,susunkan potongan kek didalam piring dan letakkan aiskerim delight diatasnya,

6. Hiaskan dengan ceri dan kacang tanah

 

SEDIA DIHIDANG .

Saturday, December 4, 2010

KUIH BAULU :


BAHAN – BAHAN :
1 mangkuk gula
5 biji telur
1 mangkuk tepung

CARA MEMBUATNYA :
1. Tepung diayak dan dijemur seketika supaya menjadi kering
2. Telur dan gila dipukul hingga kembang,
3. Ambil sedikit bancuhan telur dan masuk dalam mangkuk,masukkan sedikit demi sedikit,tepung sambil dikacau  supaya tidak bergentel dan sebati
4. Pastikan adunan tidak terlalu banyak tepung sebab boleh jadi keras dan mampat
5. Panaskan acuan,kemudian acuan yang panas disapu dengan minyak
6. Masukkan 1 sudu adunan dan bakar hingga kekuningan
7. Keluarkan dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas

SADIA DIHIDANG .

Saturday, November 6, 2010

Resepi Kek Coklat Kukus Keju Coctail


Bahan A

2 cawan tepung gandum ]
1 cawan serbuk koko ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonat ]

Bahan B

1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C

4 biji telur ]
1 s/k esen vanilla ] kacau rata

Cara-caranya:

1.Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
2.Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
3.Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
4.Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
6.Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel

Bahan krim keju:

250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel

Cara:

1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi.
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
6. Potong dan hidangkan

Wednesday, November 3, 2010

MUFFIN COKLAT KUKUS


Bahan-bahan
Bahan A


2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara Memasak
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan.

Saturday, October 30, 2010

BROWNIES COKLAT

 

            BAHAN –BAHAN :

 

250 Gm majerin

600 gm gula

200 gm madu

8 biji telur

30ml whipping

130 gm serbuk koko

350 gm tepung

200 gm valnut

 

           CARA MEMASAKNYA :

 

1.Pukul majerin bersama gula dan madu hingga kembang

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati

3. Masukkan tepung ,serbuk koko dan walnut ,kacau hingga adunan sebati

4. masukkan kerimwhipping dan kacau hingga adunan mesra

bakar pada suhu 180 c selama 40 minit

Thursday, October 28, 2010

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara menyediakan:

1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.


GAMBAR LUCU DAN PELIK 

RAHSIA DUIT PERCUMA

Saturday, October 16, 2010

RESEPI KEK BADAM


BAHAN-BAHAN :

300 tepung sponge mix
50 ml minyak jagung
50 ml badam cincang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat

CARA MEMASAKNYA :

1. satukan tepung dengan telur dan pukul hingga gebu
2. masukkan esen vanilla dan susu pekat .Gaul sebati
3. kemudian masukkan minyak dan gaul
4. akhir sekali masukkan badam dan tuang dalam acuan .bakar dengan suhu 170c hingga masak

SEDIA DIHIDANG.

Sunday, October 10, 2010

RESEPI SERI AYU


BAHAN-BAHAN:

250 gm tepung gandum
300 gm gula
250 ml santan
5 biji telur
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh pes pandan
sedikit pewarna hijau

INTI KELAPA:

200 gm kelapa parut
4 sudu makan tepung ubi
secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur dan gula bersama ovelatte hinggta kembang
2. Masukkan santan,tepung dan gandum,serbuk penaik dan juga pes pandan,serta sedikit warna
hijau .Kacau sebati
3. Masukkan bahan inti kelapa yang di gaul bersama garam dan tepung ubi kedalam acuan
Tekan padat
4. Masukkan adunan kedalam acuan sehingga paras penuh dan kukus selama 5 minit

SEDIA DIHIDANG

Thursday, October 7, 2010

RESEPI KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN:

250 gm gula halus
200 tepung superfine
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
225 gm majerin
250 serbuk koko}
160 ml air suam} gaul sebati

CARA MEMASAKNYA:


1. Pukul gula dan majerin hingga gebu dan masukkan telur sebiji demi sebiji
2. Kemudian masukkan tepung dan soda yang telah diayak berselang-seli dengan air bancuhan
koko,.Gaul sebati
3. Masukkan kedalam acuan dan bakar pada suhu 170c selama 50 minit

SEDIA DI HIDANG.

RESEPI KEK BUAH

BAHAN-BAHAN:

150 gm buah campuran
280 gm mentega
120 gm gula perang
4 biji telur
160 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh glycarnie

CARA MEMASAKNYA:


1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan glycarnie dan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan tepung dan buah campuran dan gaul sebati
4.Tuangkan dalam acuan dan bakar dengan suhu 170c selama 50 minit

SEDIA DIHIDANG.

RESEPI kEK MARBLE MENTEGA


BAHAN-BAHAN

300 gm mentega
280 gm gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
275 gm tepung superfine}
2 sudu tah serbuk penaik} diayak
1/2 tin susu pekat manis
10 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

CARA MEMASAKNYA

1. pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ,kemudian masukkan esen vanilla .Kacau rata.
3. Masukkan bahan yan di ayak berselang-seli dengan susu pekat manis.Gaul rata
4. Ambil setengah dari adunan ,masukkan serbuk koko bersama coklat emulco.Gaul rata
5. Tuang adunan kedalam loyang berselang-seli antara dua adunan coklat dan biasa.
6. Bakar pada suhu160c selama 1 jam

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...