Showing posts with label resepi ikan. Show all posts
Showing posts with label resepi ikan. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

IKAN SIAKAP Stim MASAM MANIS


Resepi Atie Jumaat
Bahan-bahan
Ikan siakap 1 ekor
Halia 3 inci (mayang halus/goreng)
Daun bawang (hiris mancis)
Lada merah (hiris mancis)
Limau nipis (hiris nipis)

Bahan Perasa:
Sos plum 3sb
Jus limau nipis 4sb
Gula perang 2sb
Garam

Bahan Kisar:
Halia 3 inci
Bawang putih 4 biji
Cili padi 2 tangkai

Cara Penyediaan
1) Basuh ikan bersih2..pastu kukus
sampai masak..Air yg keluar dari ikan
buang ye..letak tepi dulu

2) Panaskan minyak zaitun 2sb..goreng
halia yg dah dihiris sampai kekuningan,
angkat dgn minyak2 sekali..letak tepi dulu

3) Kemudian terus taruk bahan kisar
tumis kejap..Pastu taruk Air 1/2 cawan
biarkan mendidih..

4) Masukkan bahan perasa..biarkan
mendidih..tambah apa yg kurang..
manis masam pedas..ikut selera sendiri

5) Akhir sekali curahkan kuah ke atas
ikan dan taburkan halia goreng tadi
dengan minyak2 sekali.. serta taburkan
daun bawang dan lada besar

Selamat mencuba!! 😀

Resepi IKAN SIAKAP KUKUS NANAS


Resepi Dari Atie Jumaat
Bahan
Ikan siakap 1 ekor
Nanas 1 mangkuk (potong kecil)
Tomato cherry 4 biji (belah dua)
Cili padi 4 biji (tumbuk kasar)
Daun bawang (hiris)

Bahan Kisar
Bawang putih 4 biji
Bawang besar 1/2 biji
Halia 2 inci

Bahan Perasa
Sos Plum 3sb
Jus limau nipis (2 biji)
Gula perang 1sb
Garam

Cara Penyediaan
1) Bersihkan ikan..kukus sampai masak
letak tepi dulu

2) Panaskan minyak 1 sudu makan..
masukkan bahan kisar dan air 1/2 cawan.
Pastu masukkan cili padi..buatkan mendidih

3) Masukkan Nanas,tomato cherry dan
semua bahan perasa..tambah air kalau
air kering..tambah apa yg kurang k

4) Kemudian curahkan kuah ke atas
ikan dan taburkan daun bawang.. siap 😀

Wednesday, January 25, 2012

Resepi Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Kaferra style

 
 
400273_215585735202910_100002544550303_442586_1506489288_n
 
Bahan-bahan
Ikan siakap
Santan
Daun kunyit
Serai
Bahan kisar


Bawang merah
bawang Putih
Cili padi
Halia
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Cara Memasak


Panaskan minyak kemudian tumis bahan2 kisar sehingga naik bau.
Masukkan sedikit kunyit.
Kemudian Masukkan santan.
Masukkan ikan siakap yg telah siap dipotong
mengikut sesuka hati anda...biarkan sehingga
ikan masak...masukkan sedikit garam ,gula dan
serbuk perasa...Juga tidak dilupakan masukan serai
dan daun kunyit untuk menambah aroma ...
Sedia untuk dihidang
resepi sumbangan keyla kaferra

Saturday, December 3, 2011

Colek tenggiri

Colek Tenggiri

BAHAN-BAHANNYA

4 kepingan ikan tenggiri
1/3 cawan air masak
2 camca besar gula
2 camca teh garam
5 biji cili padi
2 – 3 biji limau nipis, ambil jusnya
1 inci belacan, dibakar sedikit
1 biji tomato, didadu
1 biji bawang besar, didadu
Sedikit daun ketumbar, dihiris

CARA MEMBUATNYA

Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak.

Susun dalam pinggan sesuai.


Tumbuk cili, gula garam dan belacan hingga hancur.

Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata.

Tuang atas ikan tadi dan hidangkan segera bersama nasi hangat.

Thursday, September 22, 2011

Resepi Ikan Kukus Taucu

Ikan Kukus Taucu

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap, bersihkan
1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
2 btg daun bawang, hiris kasar
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 tangkai lada hijau, hiris serong
1 cm halia, hiris nipis
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan taucu
100 ml air
1 sudu teh jus limau nipis

Cara penyediaan :
Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna.

Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.

Angkat dan saajikan panas-panas.

- Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.

Thursday, September 15, 2011

Resepi Sambal Ikan Masin


Bahan-Bahan:
200 gm isi ikan masin kurau – dipotong kecil
10 tangkai cili kering – kisar halus
2 labu bawang besar – kisar halus
2 ulas bawang putih – kisar halus
1 cm belacan – kisar halus
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Masuk air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata kemudian baru dimasukkan ikan masin yang telah digoreng. Kacau seketika, dan angkat.

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG CAMPUR KULIT RAMBAI MUDA


Masak lemak cili padi ikan kembung campur kulit rambai muda.
(Rambai ni aku baru petik dari dusun di taman melawati kl.)

Bahan-bahan ( untuk makan lebih kurang 3 orang )

Ikan kembung 3 ekor ( atau apa2 ikan yang disukai )
kulit rambai yang siap sibelah2
serai 3 batang dititik
bawang merah ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
kunyit hidup ditumbuk halus, atau kunyit serbuk
santan kelapa satu mangkuk ( macam gambar diatas )
daun kunyit
garam secukup rasa

Panaskan santan dalam kuali, masukkan bahan2 tumbuk, daun kunyit, serai dan garam. Masuk kan juga kulit rambai. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Dah mendidih masukkan ikan yang dah dicuci bersih. Kacau lagi sampai ikan masak.

Monday, December 6, 2010

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Dengan Pucuk Ubi



Bahan-bahan:

4 ekor ikan keli salai
1 ikat pucuk ubi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15 biji
1/2 inci kunyit hidup
Ditumbuk/kisar

2 keping asam keping/gelugur
2 cawan atau secukupnya santan
2 batang serai (diketuk)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:

1. Pucuk ubi yg telah disiang, celur sebentar didalam air mendidih. Angkat dan toskan airnya.
2. Masukkan ikan, pucuk ubi, bahan yg telah ditumbuk, serai, asam keping dan santan ke dalam periuk. Masak dengan menggunakan api perlahan.
3. Apabila mendidih, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Bolehlah diangkat.

Sunday, December 5, 2010

GULAI IKAN KEMANGI


BAHAN- BAHAN :
1/2 kg ikan tenggiri
5 ulas bawangkecil – dimayang halus
2 ulas bawang putih  -dimayang halus
1 cm halia  - dimayang halus

BAHAN – BAHAN DIKISAR
1 cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi merah
1/2 cm lengkuas
2 biji buah keras
1 batang serai – diketuk
1 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 tangkai daun kemangi
3 keping asam gelugor
2 biji limau – ambil airnya
1/2 cawan santan kelapa
garam dan serbuk perasa secukupnya

1. Bahan- bahan yang dimayang dan dikisar di campur dengan santan
2. Kemudian masukkan ikan,biarkan mendidih dengan api sederhana
3. Masukkan serai ,daun limau purut,daun kunyit,asam gelugor,garam dan serbuk perasa secukupnya
4 .Setelah ikan masak masukkan air asam limau dan daun kemangi

SEDIA DIHIDANG .

Saturday, November 27, 2010

HARUAN BAKAR


BAHAN – BAHAN :

1 ekor ikan haruan
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya

BAHAN UNTUK PENCICAH :

kicap lemak manis
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam ditumbuk kasar

CARA – CARA MEMBUATNYA :

1. Gaul lada hitam yang dah di bersihkan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Kemudian bakar kan hingga masak. dalam ketuhar atau atas arang
3. Sementara menunggu ikan masak ,sediakan pencicah
4. Ambil semangkuk kecil kicap,campurkan dengan lada hitam dan hirisan bawang besar,ketepikan
5. Setelah ikan siap dibakar bolehlah dimakan bersama pencicah

SEDA DIHIDANG .

HARUAN MASAK LADA HITAM


BAHAN – BAHAN  :

1 ekor ikan haruan – di potong dadu
2 keping asam keping
5 cm halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
garam secukup rasa
air untuk memasak

CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan bawang besar,bawang putih, lada hitam, Biarkan seketika hingga mendidih
2. Masukkan ikan haruan dan biarkan mendidih lagi
3. Masukkan pula garam secukup rasa ,asam keping dan lada hitam yang telah ditumbuk
5, Biarkan hingga masak ,

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, November 14, 2010

Resepi TomYam Ikan Tenggiri


Bahan :

2 keping ikan tenggiri - setiap keping dipotong 4
2 batang serai - diketuk
2 -3 biji cili merah - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
3 helai daun limau purut
jus limau
cili api ikut kepedasan - diketuk
1 labu bawang besar - di potong memanjang
Sayuran seperti karot/bunga kobis/jagung kecil - haniss campurkan dengan brokoli
daun ketumbar.


Cara:


1. Panaskan minyak, tumiskan cili merah, bawang merah dan juga bawang putih yang dikisar tadi, sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, daun limau purut dan cili api, masukkan juga air secukupnya sehingga mendidih baru dimasukkan ikan dan bawang besar. biar kan beberapa minit.
3. Selepas itu bolehlah sayuran dan garam secukup rasa serta jus limau. Selepas tutup api masukkan daun ketumbar.

Saturday, November 13, 2010

Resepi Singgang Ikan Tongkol / Aye


Bahan-Bahan:

4 potong ikan tongkol atau kembong
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit lengkuas (dihiris nipis, jangan terlalu banyak)
2 biji cili hijau atau merah besar
Sedikit belacan
Garam dan serbuk perasa
Gula Merah (secukup rasa)
Asam keping (secukup rasa)

Cara Menyediakan:

Masukkan bawang putih dan lengkuas dalam periuk bersama
sedikit air sebagai kuah.

Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, cili hijau dan belacan.
Masukkan gula merah,garam dan serbuk perasa secukup
rasa (tambah gula jika perlu)

Monday, November 8, 2010

Resepi Botok-Botok Ikan Tengiri


Bahan-bahan:

1 ekor ikan tenggiri, cuci bersih & potong-potong
100 ml kelapa dari ½ biji kelapa parut
2 tangkai lada hijau, hiris serong
15 tangkai cili api, potong-potong
aun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:

2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sdt ketumbar
1 helai daun limau
garam secukup rasa


Cara Penyediaan:

Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 15 minit.
Sendukkan ke atas daun pisang, bungkus seperti tapai dan semat dengan lidi.
Kukus selama 30 minit.

Resepi Ikan Masak Asam Rebus


Bahan-bahan:

2 ekor Ikan kembung/ selar atau 1 ekor ikan bawal atau tenggiri
1 batang serai - diketuk
1 asam gelugur (asam keping)
Sedikit daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan air

Bahan-bahan kisar/tumbuk/giling:
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - tak perlu jika tak mahu pedas
1 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm belacan


Cara Penyediaan:


Satukan ikan bersama serai, air dan bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk/giling di dalam periuk dan panaskan hingga mereneh, anggaran selama 10 minit.

Masukkan asam keping dan daun kesum. Biarkan mereneh lagi selama 3 minit.

Tutup api dan hidangkan bersama nasi.

Saturday, November 6, 2010

Resepi Sarak Ikan Kembung


Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung besar
1 / 4 biji kelapa parut - ditumbuk halus Digiling / ditumbuk
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 / 2 inci lengkuas
3 batang serai
2 Tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat:


Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah ikan berhampiran belakang kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan Keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai kulit ikan terkoyak.
Tumbuk isi ikan halus. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan kemas dan ikat dengan benang. Sudip atas letak ikan besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas Sehingga kekuningan. Jika anda lebih mudah Menggunakan penggorengan listrik.

Friday, November 5, 2010

Resepi Ikan Bawal Masak Lemak Siam


Bahan-Bahan:

2 ekor ikan bawal (potong dua)
2 keping asam gelugur
3 cawan santan
3 keping daun limau purut

Bahan Kisar:

3 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
3 cm belacan
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm lengkuas

Cara Menyediakan:

1.Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan asam gelugur, garam dan gula.
3.Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut. Biarkan ia mendidih.
4.Akhir sekali masukkan ikan bawal.

Thursday, November 4, 2010

Resepi Asam Pedas Kepala Ikan


Bahan-Bahan:

Kepala ikan (bersihkan, perap bersama asam jawa)
2 tangkai daun kesum
6 tangkai kacang bendi
250 ml air asam jawa
3 kuntum bunga kantan (belah 2)
500 ml air

Bahan Kisar:

3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
1/2 sudu kecil lada hitam
20 tangkai cili kering

Cara Menyediakan:
 
1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Kacau hingga garing.
2. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan dan air asam dan air.
3. Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan kepala ikan dan garam secukup rasa.

Wednesday, November 3, 2010

Resepi Ikan Bakar Padang


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung besar

BAHAN TUMBUK HALUS:

1/4 sudu kecil lada hitam
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KICAP MANIS:
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 tangkai cili merah (potong serong)
2 tangkai cili hijau (potong serong)
2 biji jus limau nipis
125 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:

1) Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula
secukup rasa.
2) Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.
3) Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah
santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal
kicap manis.
4) Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya

Resepi Sambal Ikan


BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan kembung
8 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit belacan
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 keping asam gelugur
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumis semua bahan tumbuk dan belacan hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cili dan asam gelu­gur. Bubuhkan garam dan gula.
Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...