Showing posts with label aneka bubur. Show all posts
Showing posts with label aneka bubur. Show all posts

Monday, April 9, 2012

RESEPI BUBUR AYAM




BAHAN-BAHAN
  • Isi Ayam (direbus dan di siat ) 
  • 1 cawan beras 
  • 1 inci halia 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 biji bawang putih 
  • 1 batang Lobak merah (potong bulat) 
  • Air 
  • Minyak (untuk menumis) 
  • Sediki daun bawang 
  • Sedikit garam  
  • Sedikit lada sulah 
CARA MEMBUATNYA
  1. Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 
  2. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 
  3. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 
  4. Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.  
  5. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah.
  6. Masak sehingga masak dan hidangkan. 

Sunday, October 30, 2011

Bubur Ayam


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan beras
4 cawan air
2 ulas bawang putih - diketuk
1 hiris halia
Lada sulah secukupnya
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun sup
1 sudu besar hirisan cili padi
1 sudu besar kicap cair
1 tangkai cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rebus ayam bersama sedikit air, bawang putih dan halia hingga empuk.
2. Di dalam periuk lain rebus pula rebus bersama air hingga betul-betul kembang.
3. Masukkan ayam, biarkan mendidih sekali lagi dan perisakan dengan garam.
4. Apabila menghidangkannya taburkan bawang goreng, daun sup dan hirisan cili merah.
5. Hidangkan bersama cili padi hiris yang direndamkan di dalam kicap cair
Sumber : Saji

Thursday, September 15, 2011

Bubur Som Som


Bahan bahan nya:-
1 cawan tepong beras
4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan yang disimpul
sedikit garam
Cara penyediaanya.
1. Kacau sebati semua bahan bahan ini didalam periuk yang bersesuaian,diatas api yang perlahan sehingga pekat.
2. Apabila nampak berkilat, angkat dan masuk kan dalam acuan atau pun loyang.
3. Kemudian dikukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Masa makan nya curahkan pula air gula yang telah dimasak bersama sama dengan daun pandan juga sedikit gula pasir untuk tambah manis.
5. Nak lagi sedap simpan atau sejukkan nya didalam peti ais terlebih dahulu

Thursday, March 3, 2011

Bubur Arab


Bubur Arab
BAHAN-BAHAN: 

1 mangkuk kecil kacang kuda

1 mangkuk kecil dal

1 mangkuk kecil kacang merah

1 sudu kecil serbuk kunyit

Sedikit lada hitam

1 mangkuk besar tepung gandum

100 gm isi daging ayam

100 gm daging

1 biji telur ayam

2 sudu besar mentega

500 ml air 


BAHAN KISAR: 

2 ikat daun ketumbar

2 ikat daun bawang

1 biji bawang besar

1 biji tomato

3 sudu besar pes tomato 


CARA MENYEDIAKAN: 

1. Rendam semua jenis kacang  semalaman.

2. Panaskan mentega dan tumis bahan kisar. Masukkan kunyit.

3. Masukkan daging ayam dan daging lembu yang telah dicarik-carik.

4. Masukkan air dan kekacang. Masak hingga lembut.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga hampir pekat.

6. Pecahkan telur dan kacau.

7. Hidang semasa panas.
Sumber : Sajionline

Tuesday, December 7, 2010

Bubur Cha Cha

Bahan- bahan
2 biji ubi keledek
1 biji keladi ( sederhana kecil)
Setengah cawan tepung gunting warna- warni ( merah,hijau,putih)
Setengah cawan sagu
Satu setengah biji santan kelapa
1 setengah cawan gula putih
Setengah cawan gula perang
2 helai daun pandan



Cara- cara
1) Potong dadu keledek dan keladi
2) Rebus bersama tepung gunting sehingga empuk
3) Kemudian, masukkan sagu sehingga sagu kembang.
4) Masukkan santan secukupnya.
5) Masukkan secubit garam dan 2 helai daun pandan
6) Apabila menggelegak, tutup api.
 
7) Sedia untuk dihidangkan dan dimakan untuk minum petang.

Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan

500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam.

Cara-cara

Rebus kacang hijau sampai lembut. Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam. Masak hingga mendidih dan hidangkan.
Bahan- Bahan :

500 gm pulut hitam
1 liter santan
1 liter air
daun pandan
gula/ gula melaka & garam secukup rasa

Caranya:

1. Rebus pulut hitam dengan seliter air dan daun pandan sehingga pulut hitam empuk
2. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa.

Tips :
1. Kepekatan bubur mengikut citarasa masing-masing,sekiranya ingin lebih pekat boleh tambah lebih byk santan dan kalau nak lebih cair tambahkan air

Bubur Asyura

Bahan - bahan

2 cawan beras - rendam 2-3 jam pastu kisar halus
1 cawan kacang hijau - sangrai pastu rebus  sampai  kembang
1 cawan kacang merah - rebus sampai kembang
3/4 cawan sagu - rendam biar kembang
2 ketul  saiz sederhana keledek oren- dadu
1 ketul saiz sederhana keledek purple - dadu
10 biji pisang - campuran pisang raja, emas, nangka/tanduk - dipotong dadu/serong
1/2 cawan kacang tanah - sangrai n buang kulit
2 biji kelapa parut putih - diperah santannya [jgn terlampau cair]
2 ketul gula melaka - cincang pastu masak sket dgn air then tapis
1 cawan gula pasir
5-6 ulas nangka 
daun pandan

kacang hijau n merah sebahagiannya dikisar halus, sebahagian dibiarkan kasar
santan
gula pasir
gula merah
daun pandan dimasak dlm kawah/kuali.


Cara - cara

1) Masukkan beras kisar n kacau . Bila dah mula nak mendidih,masukkan keledek n kacang hijau/merah.
2) Masukkan semua bahan  kecuali kacang tanah dan sagu. Kacau dgn api perlahan hingga pekat dan naik wap.
3) Masukkan sagu dan kacang tanah.Kacau hingga kental, warna memekat dan adunan berkilat- kilat.
4) Tuangkan dlm loyang/bekas yg dilapik daun pisang.Ratakan sedikit dan taburkan dengan kacang tanah sangrai.
5) Biar sejuk sebelum diceduk/potong untuk dihidangkan

Friday, November 26, 2010

Bubur Sum Sum


Bahan A:
1250 ml santan + air - saya guna santan kotak cap ayam, kalau nak lebih rasa lemak, lebihkan santan
120 gm tepung beras
½ sudu teh garam

Bahan B:
1 cawan gula
1½–2 cawan air
2 helai daun pandan
Pewarna hijau, jika suka

Cara



  • Satukan A (masukkan santan sedikit dahulu supaya tepung tidak bergentel).  Gaul sebati.



  • Masak atas api sederhana sambil dikacau sentiasa hingga berkilat (meletup-letup).



  • Tuang ke dalam loyang 7x7in atau acuan yang digemari (sapu sedikit minyak pada loyang/acuan terlebih dahulu).  Biarkan hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.



  • Satukan B.  Masak hingga gula hancur dan mendidih.  Biarkan sejuk.



  • Hidangkan.  Bubur sum sum ini sedap dimakan setelah disimpan sejuk.







  • Thursday, October 28, 2010

    Resepi Bubur Lambuk

    Bahan-bahan:
    100 gm beras
    Sehelai daun pandan
    2 batang serai
    4 sm halia
    4 sm kulit kayu manis
    300 gm ayam (diricik halus)
    2 helai daun bawang
    4 kuntum bunga lawang
    200 gm minyak sapi
    1 ½ liter air
    2 gm buah pelaga
    5 gm bawang goreng
    2 cawan santan

    Bahan dihiris:
    4 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih

    Cara menyediakan:
    1) Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi.
    2) Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.

    Tuesday, October 5, 2010

    Bubur Sagu Jagung


    Bahan-bahannya:

    200gm gula pasir
    50gm sagu
    2 biji jagung (ambil isi)
    1 biji kelapa (asingkan santan pekat & cair)
    Sedikit garam

    Cara menyediakan;


    1. Satukan isi jagung,sagu,gula pasir dan santan cair dalam periuk.

    2. Masak hingga sagu kelihatan jernih. Kacau selalu supaya tidak melekat.

    3. Kemudian masukkan santan pekat dan masak lagi selama lima minit. sedia dihidang.

    ShareThis

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...