Showing posts with label Aneka sambal. Show all posts
Showing posts with label Aneka sambal. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Sambal Ikan Masin


Bahan-bahan:
200 gm isi ikan masin kurau - dipotong kecil
10 tangkai cili kering - kisar halus
2 labu bawang besar - kisar halus
2 ulas bawang putih - kisar halus
1 cm belacan - kisar halus
1/4 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Masuk air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata kemudian baru dimasukkan ikan masin yang telah digoreng. Kacau seketika, dan angkat
Sumber : sajionlain

Sambal Cili Hijau


Sambal Cili Hijau
BAHAN-BAHAN:
9 tangkai cili hijau (kisar)
2 papan petai
1 labu bawang besar
1 sudu besar cuka
Garam dan gula
1 keping isi ikan tenggiri masin (goreng)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Kemudian tuangkan cili hijau kisar, dan bubuhkan cuka, garam dan gula.
3. Masukkan petai dan isi ikan masin. Tumis sehingga cili masak.
sumber : sajionline

Monday, March 7, 2011

Sambal Kacang Sotong



Bahan-bahan:
500 gm sotong - bersihkan
3 sudu cili kisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
4 cm belacan - dikisar
1 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
75 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1 - 2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau sehingga naik aroma.
2. Masukkan cili kisar dan kiub pati ikan bilis kemudian kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula kemudian kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan sotong, kacau dan biarkan hingga masak.
5. Masukkan kacang tumbuk dan air, kacau hingga rata kemudian bviarkan hingga mendidih. Bila kuah agak pekat bolehlah diangkat
Sumber : sajionline

Sunday, March 6, 2011

Sambal Belacan Daun Kari



BAHAN-BAHAN:
5 tangkai - cili kering (rebus)
6 cm belacan bakar
20 helai daun kari
2 sudu kelapa parut
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk cili kering dengan belacan hingga halus, masukkan daun kari tumbuk hingga hancur dan masukkan kelapa parut, tumbuk lagi dan masukkan bawang tumbuk hingga kesemua bahan lumat.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama jus limau gaul hingga sebati.

Info: Sekiranya digiling adalah lebih elok dan sedap, kerana bahan-bahan lebih lumat dan halus. Sambal ini adalah hidangan orang Melaka yang memang suka menggunakan cili kering untuk membuat sambal belacan
Sumber : sajionline

Wednesday, March 2, 2011

Sambal Sotong


Sambal Sotong
(Hidangan untuk 5 orang)

BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (hiris kecil)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
20 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili kering (kisar)
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam
Sedikit cili sos
Sedikit sos tomato
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar, sos, daun limau purut dan daun salam lalu kacau hingga rata.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan sotong dan masak hingga lembut
5. Kemudian masukkan bawang besar
Sumber  : Sajionline

Sunday, February 20, 2011

Sambal Daging Salai Bergajus


Bahan-bahan:
600 gm daging salai
10 tangkai cili kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu teh jintan manis - dikisar
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar sos tomato
100 gm gajus goreng
1 cawan santan pekat
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - dimayang
2 cm lengkuas - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang telah ditumbuk hingga bangkit baunya. Masukkan daging salai, sos tomato dan serai. Balik-balikkan.
2. Tuangkan santan pekat, biar sampai kering dan pecah minyak.
3. Masukkan pula kerisik, garam dan gula. Kacau rata.
4. Sebelum diangkat, masukkkan gajus
Sumber : utusan

Saturday, February 19, 2011

Sambal Kacang Sotong



Bahan-bahan:
500 gm sotong - bersihkan
3 sudu cili kisar
1 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
1 batang serai - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
4 cm belacan - dikisar
1 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
75 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1 - 2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau sehingga naik aroma.
2. Masukkan cili kisar dan kiub pati ikan bilis kemudian kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula kemudian kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan sotong, kacau dan biarkan hingga masak.
5. Masukkan kacang tumbuk dan air, kacau hingga rata kemudian bviarkan hingga mendidih. Bila kuah agak pekat bolehlah diangkat
Sumber : utusan

Thursday, February 17, 2011

SAMBAL SERBAGUNA


Bahan-bahan:
50 gm cili kering - rendam dalam air panas dan kisar
50 gm bawang putih - dikisar
100 gm bawang merah - dikisar
2 sudu besar asam jawa - diperah dengan 1/2 mangkuk air
3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar gula perang
1/2 mangkuk udang kering - dicincang
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan dua sudu minyak untuk menggoreng udang kering hingga masak dan alihkan ke pinggan.
2. Tambahkan sedikit minyak dan tumis cili kisar serta bawang putih hingga masak.
3. Perlahan-lahan tambahkan asam jawa, sos ikan dan gula perang.
4. Masukkan udang kering goreng dan kacau hingga elok masaknya.

Nota: Boleh juga ditambah ikan bilis, udang kering atau sotong yang telah digoreng untuk dimakan dengan nasi.
Sambal ini boleh diguna untuk menggoreng sayur, sebagai perench nasi goreng atau dimakan bersama ulam
Sumber : utusan

Tuesday, November 2, 2010

Sambal Tempe

Bahan-bahan 
 
5 keping tempe
Segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
Segenggam kacang tanah goreng
4-5 sudu besar chili giling/chili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
Seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
Garam
Gula melaka

Cara Menyediakan:


1. Potong nipis2 tempe....Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
2. Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga betul2 masak chili tuh.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
4. Kemudian boleh la masukkan tempe, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering.mpe

Saturday, August 7, 2010

Sambal tempoyak


Bahan-bahan

100 gm cili padi (ditumbuk kasar)

200 gm tempoyak

sedikit belacan

sedikit garam dan gula

Caara membuat


1) campur semua bahan tadi dan dihidangkan bersama ulam-ulaman

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...