Showing posts with label aneka kek. Show all posts
Showing posts with label aneka kek. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Kek Pandan Marble

Imgp4406
Bahan-bahan 4biji telur

1sdt serbuk coklat,ayak.

100gm gula pasir

1sudu kecik ovallate

25ml santan pekat,

1sudu kecil perisa pandan

50gm minyak masak

100gm tepung gandum }ayak

1/2sdt sebuk penaik }bersama

beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara

Pukul telur,gula pasir,&ovallate hingga kembang.. Masukkan ayakan tepung gandum & serbuk penaik.Kacau rata. ..Masukkan minyak masak,kacau ra ta. .Masukkan santan & perisa pandan, Kacau rata. .Ambil 2 senduk adunan & beri serbuk coklat.Kacau rata. Masukkan beberapa titik pewarna hijau pada adunan yg selebihnya. Kacau rata. .Masukkan adunan hijau ke dalam loyang yg dah digris.Masukkan adu nan coklat,marblekan. .Bakar pada suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing -masing selama 30 minit

Sumber :

Kek Marble Bermadu


Bahan-bahan:
200 gm mentega
175 gm tepung
130 gm gula kastor
6 biji telur
1/2 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar madu
2 sudu kecil koko
1 sudu esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Cara menyediakan:

.Pukul mentega, susu dan madu hingga berkrim… Dalam bekas lain, pukul pula putih telur bersama gula hingga naik…Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul lagi.. bila elok sebati, masukkan tepung dan diikuti serbuk penaik. Kacau rata…Asingkan sedikit adunan dan campurkan koko, kacau rata… Campurkan adunan asal dengan pewarna kuning…Sediakan acuan dan sapu mentega. Masukkan separuh adunan kuning…Masukkan pula warna koko di tengahnya dan tutup dengan warna kuning (seperti membuat kek marble biasa)… Bakar hingga masak.

Sumber : saji

Wednesday, November 2, 2011

KEK GULA HANGUS


Bahan2:
250 gm mentega
5 biji telur
1 cawan gula
3 cawan tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan gula(untuk buat gula hangus)
1 cawan air(untuk buat gula hangus)
Cara:
1) Masak gula hingga hangus, masukkan air dan tutup api.Biarkan sejuk.
2) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3) pastu masukkan telur satu persatu.
4) pukul sampai betul-betul kembang.
5) masukkan tepung dan serbuk penaik, kacau hingga sebati.
6) masukkan gula hangus dan kacau.
7) Bakar @ kukus hingga masak

Sunday, October 30, 2011

Kek Puding Lapis Agar-agar

Kek Puding Lapis Agar-agar

BAHAN KEK: 
200 gm sponge mix 4 biji telur
1 sudu besar ovallete
50 ml air Sedikit esen vanila
60 ml minyak
BAHAN PUDING:
200 ml susu cair
200 ml susu segar
90 gm flan vanila
30 gm tepung kastard
Sedikit esen vanila


BAHAN TOPPING:

200 ml air
35 gm gula
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
Sedikit perasa lemon
Sedikit pewarna kuning


CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.
2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.
3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.
4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.
5. Untuk puding, panaskan tiga per empat  susu, kemudian masukkan flan vanila.
6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.
7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.
8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.
9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan

Sumber : Saji

Resepi kek halia



Bahan-Bahan: 
1 cawan isi durian, buangkan bijinya
1 sudu besar tepung susu
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri 1 ½ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan marjerin
Sedikit garam

Cara : 
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. 

Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian. 

Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu.

 Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

Kek Epal, Nanas Dan Walnut

Resepi Kek Epal Crumble


Bahan-Bahan: 
¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Cara : 
Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair. 

Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula. 

Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang.

Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.

Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. 

Ratakan dan bakar selama 35 minit. 

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti.

 Sejukkan.


Resepi Kek Damal



Bahan-Bahan: 
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
1 ½ gelas tepung gandum
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
½ camca kecil esen ros
4 biji telur


Cara : 


Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan terlebih dahulu.


Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu.


Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah. 


Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.





Bahan-Bahan: 
1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)
2 auns mentega
½ cawan gula merah
1 biji telur
4 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
Sedikit garam


Cara : 
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut. 


Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata.


Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.


Aturkan di atas adunan kek tadi.


Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.




Resepi Kek Halia

Bahan-Bahan: 
8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara: 
Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk.\

Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair. 

Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak.

Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati. 

Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

Kek Halma



Bahan-Bahan: 
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat. 


Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk. 


Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.


Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau.


Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

(Resepi) Kek Gulung Pandan



Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:

10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan:
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan




Cara : 
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.


Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.


Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 


Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.


Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit).



 Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan. 

Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin.



Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. 


Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang.


 Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. 


Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.

Friday, March 18, 2011

Kek Lapisan Kaya Pandan


Image

LAPISAN KEK:

BAHAN A:
 6 biji putih telur
3 gm krim tartar
100 gm gula kastor


BAHAN B:
6 biji kuning telur
40 gm susu segar
40 gm minyak jagung
25 gm gula
Secubit garam
110 gm tepung super fine
4 gm serbuk penaik
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perasa pandan


CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau semua bahan A sehingga gebu.
2. Dalam bekas yang lain, kacau bahan B hingga sebati.
3. Campur kedua-dua bahan A dan B.
4. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar selama 30 minit pada suhu 180oC.


LAPISAN KAYA PANDAN:

BAHAN  A:
676 gm santan pekat
676 ml air
18 gm serbuk agar-agar
1 sudu kecil pati santan  (pewarna hijau)
200 gm gula


BAHAN B:
75 gm serbuk how kwee (berwarna hijau)
185 gm air

BAHAN HIASAN:
Kelapa kering


CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau sebati bahan A. Masak atas api sederhana selama lima minit.
2. Bahan B dikacau rata dan sebati dan tuangkan ke dalam adunan A.
3. Masak kedua-dua bahan sehingga pekat.
Sumber : sajionline

Thursday, March 17, 2011

Kek Lobak Istimewa


Image

BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
 1/2 sudu kecil garam
1 1/2  sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk buah pala
3 biji telur gred A
1/8  cawan madu
1 sudu kecil perasa oren
1 sudu kecil vanila
1 cawan minyak masak
2 1/4 cawan lobak parut
1/2 cawan nanas hancur dalam tin (airnya dibuang)
1/2 cawan walnut  (cincang halus)
1/4  kelapa parut 
1/4 kismis kuning


CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan oven pada suhu 180 0C. Sapukan mentega pada dulang pembakar.
2. Sementara itu, ayak  tepung, garam, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala dan ketepikan.
3. Di dalam mesin adunan  pukul telur, madu dan gula. Pukul selama lima minit dan masukkan vanila dan perasa oren. Masukkan minyak masak secara perlahan-lahan dan pukul lagi.
4. Kemudian masukkan bahan yang diketepi tadi dan pukul sebentar.
5. Akhir sekali gaulkan lobak, nanas, walnut, kelapa dan kismis sehingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam dulang pembakar yang dise­diakan, bakar adunan selama 45 hingga 50 minit, periksa menggunakan lidi sate.
7. Jika kering bermakna sudah masak. Sejukkan. Hias dengan cream cheese frosting.


CARA MENYEDIAKAN CREAM CHEESE FROSTING:

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan mentega tanpa garam
227 gm (1/2 paun) krim keju  (Philadelphia cream cheese)
2 1/2 sudu kecil gula aising (ayak)
1 sudu besar susu masam (sour cream)
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecil perahan limau


CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan  mentega bersama krim keju ke dalam mesin adunan  dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan gula aising, susu masam, vanila dan perahan limau.
3. Sapukan frosting ke atas  kek lobak yang telah sejuk, hias mengikut kesukaan
Sumber :sajionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...