Showing posts with label resepi siput. Show all posts
Showing posts with label resepi siput. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

RESEPI RENDANG KERANG


BAHAN-BAHAN :

400 gm kerang (rebus separuh masak )
garam secukup rasa
5 cm kunyit hidup
4 batang serai
20 tangkai cili kering

BAHAN KISAR :

16 ulas bawang merah
6 ulasbawang putih
5 cm halia


BAHAN A :

2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak
600 ml santan pekat

CARA MENYEDIAKAN :

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau
2. masukkan bahan A .Biarkan hingga pecah minyak.
3. masukkan garam secukup rasa dan kerang.
4. biarkan mendidih dan tunggu hingga kering.

SEDIA DIHIDANG.

Friday, August 6, 2010

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan

500 gm siput sedut

100 gm daun kesum

200 gm cili api (dikisar)

2 biji bawang besar (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 kunyit hidup (dikisar)

2 biji buah keras (dikisar)

2 atang serai (dititik)

1 helai daun kunyit

sebiji kelapa (diambil santan)

2 keping asam keping

sedikit air

garam dan gula secukup rasa

cara memasak

1) Rebus semua bahan yang dikisar dgn sedikit air.

2) Masukkan serai dan daun kunyit. Biarkan sehingga ia masak seketika.

3) Setelah itu masukkan santan dan biarkan sehingga masak selepas itu

masukkan siput sedut.

4) Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sehigga mendidih dan kacau

seketika.setelah itu masukkan daun kesum..

5) Angkat dan sedia dihidangkan...

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...