Showing posts with label Resepi Cucur Udang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Cucur Udang. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Resepi cucur udang

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
2 cawan air

1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih,

BAHAN SOS LADA

5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA

Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 2 cawan..Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

  1. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga sederhana pekat. Sejukkan
  2. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan
  3. hidangkan bersama sos lada
  4. credit : resepi anymz-mykitchen

Thursday, October 28, 2010

Resepi Cucur Udang

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
1 biji telur
2 biji bawang merah (racik halus)
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Kuah:
2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya

Cara menyediakan:
1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, bawang merah, garam, dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak, jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng hingga kekuningan, angkat dan hidang dalam pinggan.
Kuah:
3. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini, jangan sampai halus.
4. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat, angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...