BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk buah pala
3 biji telur gred A
1/8 cawan madu
1 sudu kecil perasa oren
1 sudu kecil vanila
1 cawan minyak masak
2 1/4 cawan lobak parut
1/2 cawan nanas hancur dalam tin (airnya dibuang)
1/2 cawan walnut (cincang halus)
1/4 kelapa parut
1/4 kismis kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan oven pada suhu 180 0C. Sapukan mentega pada dulang pembakar.
2. Sementara itu, ayak tepung, garam, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala dan ketepikan.
3. Di dalam mesin adunan pukul telur, madu dan gula. Pukul selama lima minit dan masukkan vanila dan perasa oren. Masukkan minyak masak secara perlahan-lahan dan pukul lagi.
4. Kemudian masukkan bahan yang diketepi tadi dan pukul sebentar.
5. Akhir sekali gaulkan lobak, nanas, walnut, kelapa dan kismis sehingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam dulang pembakar yang disediakan, bakar adunan selama 45 hingga 50 minit, periksa menggunakan lidi sate.
7. Jika kering bermakna sudah masak. Sejukkan. Hias dengan cream cheese frosting.
CARA MENYEDIAKAN CREAM CHEESE FROSTING:
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan mentega tanpa garam
227 gm (1/2 paun) krim keju (Philadelphia cream cheese)
2 1/2 sudu kecil gula aising (ayak)
1 sudu besar susu masam (sour cream)
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecil perahan limau
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan mentega bersama krim keju ke dalam mesin adunan dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan gula aising, susu masam, vanila dan perahan limau.
3. Sapukan frosting ke atas kek lobak yang telah sejuk, hias mengikut kesukaan
Sumber :sajionline
No comments:
Post a Comment