Wednesday, May 30, 2012
Rasepi Spageti Bebola Daging
Resepi Kepah Goreng Songkhla
2 labu bawang besar - dipotong bulat
6ulas bawang putih - ditumbuk
10 ulas bawang merah - ditumbuk
4 batang serai - dititik
10helai daun limau purut
30 batang kacang sepat
600 gm bunga kubis
4sudu besar sos tiram
2ketul kiub tomyam
10 biji cili padi - dihiris
Jus limau nipis
Garam,gula aji secukupnya
2 cawan air
Minyak masak
Resepi Sotong Goreng Rangup
500 gm sotong – Bersihkan dan belah 2
2 sudu makan serbuk kari
8 bawang merah – tumbuk halus
60 ml santan – dari ½ biji kelapa parut
1 biji telur
½ sudu teh garam
4 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:
1. Perap sotong dalam campuran serbuk kari, bawang telur, garam dan santan selama sejam.
2. Masukkan tepung jagung dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak dan garing.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untik dihidangkan.
Resepi Sotong Masak Halia
kredit potret kasih |
Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 ulas bawang bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris halus
1 cm kunyit hidup – tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan putih
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai daun sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (jika suka)
Minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul sekali sekala.
4. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih.
5. Tutup api. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul rata.
6. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur daun sup/bawang.
Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Popiah Pisang
Bahan-bahan:
6 biji pisang masak (sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka)
6 keping kulit popiah
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu madu
1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit)
-bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
Minyak masak untuk goreng
Cara Penyediaan:
Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.
Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur.
Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang.
Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Roti Goreng Keju
Bahan-bahan:
6 keping roti - buat kulit
1 biji telur, pukul sedikit
200ml susu segar
1 kiub pati ayam, larutkan dengan sedikit air panas
30 gram keju parut
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
40 gram mentega
Cara Penyediaan:
Satukankan susu dan telur di dalam mangkuk. Kacau hingga mesra. Masukkan garam, lada sulah, kiub ayam, dan keju parut. Kacau hingga mesra.
Panaskan mentega. Celupkan roti satu persatu ke dalam adunan tadi dan goreng roti satu persatu sehingga warnanya kekuningan.
Angkat dan tos atas kertas tisu. Sedia untuk disajikan.
Sedap juga dimakan dengan sos cili.
Resepi Mee Kolok Sarawak
Bahan-bahan:
1 gulung mee kering
3 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
4 helai daun sawi – potong kecil
Sedikit taugeh – jika suka
½ cawan hirisan daging atau ayam rebus
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1 kiub pati ayam
½ labu bawang besar – potong halus
Garam , gula,
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk taburan
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan kacau hingga layu.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
Masukkan mee. Biarkan seketika sehingga sedikit lembut.
Masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Kacau seketika.
Masukkan sawi, taugeh, daging/ayam rebus. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.
Angkat ke dalam pinggan hidangan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Tambahkan lada sulah jika suka.
Tuesday, May 29, 2012
Resepi Daging Masak Jintan
Bahan A:
(Gaul & perap selama 1/2 jam)
600 gm daging lembut - potong nipis
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar cuka
1 cawan gula
Bahan B:
(Ditumbuk halus)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
1/4 biji buah pala
Bahan C:
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji tomato - dicincang
Bahan D:
(Bahan Tumis)
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/4 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
Untuk hiasan:
Bawang besar - dipotong bulat
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan D hingga naik bau dan kekuningan.Masukkan bahan-bahan B dan C serta 1 cawan air. Kacau seketika, masak hingga rempah naik bau.Masukkan tomato cincang, diikuti daging yang telah diperap. Kacau hingga daging kecut. Masak atas api perlahan hingga daging empuk. Tambah secawan air lagi jika kuahnya telah pekat dan daging masih keras.bila kuah dah pekat, masukkan bawang besar dan garam secukup rasa..bila dah masak dan dah cukup rasa ,matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi Telur Dadar Melaka
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 tangkai kacang panjang (hiris halus)
1/2 labu bawang besar (hiris)
2sudu besar cincaluk
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MENYEDIAKAN:
Pecahkan telur dan masukkan kacang panjang, bawang besar, cincaluk dan serbuk lada hitam. Pukul hingga sebati.Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Kemudian masukkan telur dan dadarkan , , goreng hingga masak…bila dah masak angkat
Sdia dihidang
Sunday, May 27, 2012
Resepi Ayam Teriyaki Halal
Resepi Ayam Teriyaki Halal
Bahan-bahan:
5 keping dada atau peha ayam, potong sederhana kecil
3 sudu madu
4 sudu kicap manis (sedap guna kicap ABC)
1 sudu gula
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus
1 sudu teh garam halus
Cara penyediaan :
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul hingga mesra dan perap selama sejam di dalam peti sejuk.
Panaskan kuali leper non-stick dan panggang ayam yang telah diperap. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan likat.
Nota: Untuk variasi dan rasa pedas, boleh juga masukkan sesudu lada hitam tumbuk kasar semasa perap.
Monday, May 21, 2012
Resepi Lemak Jantung Pisang Ikan Pekasam
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan pekasam (ikan talipia)
1 biji jantung pisang (rebus)
2cawan santan pekat
BAHAN KISAR:
10 cili padi
kunyit hidup
kencur
2 ulas bawang merah
2 biji buah keras
Garam,gula ,aji secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
. Ikan pekasam yang telah dibersihkan dimasukkan dalam periuk Masukkan bahan kisar, garam,gula dan aji ..masukkan jantung pisang…masukkan santan dan renehkan hingga kuah pekat..bila kuah dah pekat,dah masak dan dah cukup rasa matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi Ayam Bakar Cina
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
1 sudu kecil gula
3kuntum cendawan
daun bawang
1sudu besar mentega
Garam dan lada sulah ,serbuk perasa secukup rasa
Halia secukupnya (cincang halus)
Air rebusan ayam secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
Ayam yang telah dilumurkan garam dan lada sulah. Tuangkan air rebusan ayam dalam mangkuk tahan panas dan masukkan ayam. Taburkan halia dan gula. Hiris cendawan dan potong daun bawang.Taburkan di atas ayam.Letakkan mentega dan bakar selama 25 minit Kemudian sudukan air rebusan dan mentega cair di atas ayam dan bakar lagi hingga masak ..angkat....
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi Pais Ikan Mangga
Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru
1biji mangga masak mengkal - kupas dan cincang
5biji cili merah
belacan
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - dipotong kasar
Garam dan gula ,aji secukup rasa
Daun pisang secukupnya
Lidi secukupnya
Cara Menyediakan:
Kisar cili merah, belacan, bawang putih dan bawang besar hingga lumat.. Campurkan mangga cincang, garam serta gula, dan gaul rata..Ikan dibelah belakang dan dibersihkan. Letakkan di atas daun pisang dan isikan campuran mangga ke dalam belahan ikan dan ratakan dua sudu besar lagi di atas ikan. Bungkus kemas dan sematkan hujung bungkusan dengan lidi.Panggang di atas kuali hingga masak.
Sedia dihidang
Sumber : saji
Thursday, May 17, 2012
Resepi Talam Keledek
Bahan Lapisan Bawah
220 gm tepung beras
60 gm tepung jagung
140 gm gula kasar
1,100 ml santan cair
455 gm keledek dipotong dadu
1 sudu kecil garam
Cara Menyediakan:
Campurkan kesemua bahan lalu dikacau rata. Dengan api perlahan, kacau adunan hingga naik wap.Masukkan di dalam dulang dan kukus selama 20 minit.
Bahan Lapisan Atas:
5 sudu besar tepung gandum
2 cawan gula kasar
5 cawan santan pekat
5 biji telur
Sedikit garam dan pewarna hijau
Cara Menyediakan:
Campurkan gula, telur dan garam, kacau sebati.Kemudian bancuh tepung gandum sedikit demi sedikit bersama santan hingga tepung tidak bergentel. Tuangkan pula adunan gula, telur dan garam serta bahan lain. Kacau sebati, kemudian ditapis. Dengan api perlahan, kacau adunan sehingga naik wap.Tuang adunan di atas lapisan bawah talam, kemudian kukus lagi selama 15 minit. Biarkan kuih talam benar-benar sejuk barulah dipotong.
Sumber : saji
Monday, May 14, 2012
Resepi Masak Lemak Remis Pisang Muda
BAHAN-BAHAN
5 biji pisang muda - kupas kulit, hiris dan rendam dengan air garam
1 helai daun kunyit
300 gm remis
santan – dari sebiji kelapa
2 keping asam gelugur
Garam ,gula ,aji secukup rasa
BAHAN TUMBUK:
4 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering
CARA MENYEDIAKAN:
Rebus pisang muda berserta kulit hingga empuk, buang airnya. Masukkan,remis, santan, daun kunyit dan bahan tumbuk. Gunakan api kecil, masak hingga mendidih Akhir sekali, tambah garam ,gula dan aji secukup rasa…bila dah masak dan dah cukup rasa matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber : Saji
Resepi Telur Dadar Sayuran
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam
Kubis (hiris)
Lobak merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
1 cili merah (hiris)
Daun sup (hiris)
Garam
Lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:
Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur. Biarkan telur separuh masak. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, potongkan ikut suka
Sumber : saji
Saturday, May 12, 2012
Resepi masak Lala Masam Manis
Bahan-bahan:
400 gm lala
1 biji telur ayam
3 tangkai cili merah - ditumbuk lumat
4 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
200 gm kucai cina
1 sudu besar air asam jawa
Garam gula aji secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
Tumis cili, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lumat.
Masukkan air asam jawa.
bila tumisan naik bau, masukkan lala.
Masukkan kucai cina dan sedikit air…Kacau rata.
Pecahkan telur ke dalam bahan-bahan ini.
Bubuh garam, gula ,aji,serbuk perasa. Kacau..bila dah masak dan cukup rasa matikan api dan angkat..
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi kuih Kuih Balik Gelisah
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung beras
1 biji kelapa muda parut
2 cawan gula
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan tepung, kelapa parut, gula, telur dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak.Masukkan bancuhan ke dalam acuan dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah.
Sumber : saji
Friday, May 11, 2012
Resepi Ayam Dara Pulut Kuning
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam dara (buang tulang)
minyak masak
50gm madu
1 sudu kecil bijan
50 ml susu cair
80 gm sos cili
1 helai daun pandan (hiris)
1 helai daun kunyit (hiris)
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang gm serai
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
10biji cili kering
BAHAN PULUT KUNING:
250 gm beras pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar air mawar
1/2 liter air
CARA MENYEDIAKAN:
Ayam dibersihkan dan diperapkan dengan bahan kisar semalaman. Beras pulut dibersihkan dan direndamkan dengan serbuk kunyit semalaman.kemudian kukus pulut hingga masak. bila masak, sumbatkan pulut ke dalam perut ayam… bakar pada suhu 180oC selama 30 minit.
Untuk sosnya, panaskan minyak dan tumis sisa bahan perap ayam hingga naik bau. masukkan cili sos, madu, biji bijan, susu cair, daun kunyit, daun pandan dan tambahkan garam secukup rasa.bila ayam dah masak, angkat dan hidangkan bersama sos.
Sumber : saji
Thursday, May 10, 2012
Resepi MasakTumis Peria Dan Taufu
Bahan-bahan:
2 biji peria
2 keping taufu
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
cili giling
Sedikit air asam jawa
2 sudu bear gula perang
garam ,gula dan ajisecukup rasa
Cara Menyediakan:
. Hiris peria kecil-kecil dan rendam dalam air garam selama 20 minit agar keluar rasa pahitnya.,Taufu dipotong dan digoreng kekuningan. Tuskan peria, goreng terendam hingga garing dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga sedikit perang. Campurkan cili dan kacau hingga garing. Masukkan taufu, peria diikuti sedikit air dan kacau sebentar. masukkan air asam jawa.Masak sekejap hingga peria lembut. masukkan garam garam dan gula,gula dan aji,secukup rasa,bila dah masak,cukup rasa,matikan api dan angkat.
Sedia dihidang
sumber : saji
Resepi Acar Jeruk Ikan Tenggiri
BAHAN-BAHAN:
1keping ikan tenggiri jeruk (goreng)
1/2 sudu kecil biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
BAHAN HIRIS:
1/2 labu bawang besar
Sedikit nenas
Sedikit timun
1 ulas bawang putih
1tangkai cili merah
1 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Masukkan nanas, timun cili merah, biji sawi serbuk kunyit dan kacau rata. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi.Masukkan ikan tenggiri jeruk yang telah siap digoreng, kacau rata ,matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Siumber : saji
Tuesday, May 8, 2012
Resepi Masak Ayam Lemon Madu
Bahan-bahan:
1kg ayam - dipotong kecil
3sudu besar kicap
4 sudu besar sos cili
2 biji lemon - ambil jusnya
3 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
6 cm halia - mayang halus
6 ulas bawang putih - cincang
1 cawan susu cair
1kiub ayam
2sudu besar tepung jagung
21/2 cawan mentega
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu. Perap selama 1/2 jam.Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing. Tinggalkan sedikit minyak, goreng ayam di dalam kuali dan tambahkan mentega. Tumis halia, bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata dan kuah sebati dengan ayam.,bila dah masak dan dah cukup rasa,matikan api dan angkat Angkat
Sedia dihidang
Sumber : saji
Sambal Terung Pipit Tumis
Bahan-bahan:
1labu bawang besar - kisar halus
2 ulas bawang putih - kisar halus
1 cm belacan - kisar halus
8 biji cili kering - kisar halus
100 gm ikan bilis - goreng garing
air asam jawa
1/4 cawan santan
50 gm terung pipit
5 biji belimbing buluh
minyak masak
Garam , gula dan parasa secukup rasa
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak, ..masukkan air asam jawa lalu dikacau hingga rata.Masukkan ikan bilis, santan, terung pipit, garam ,gula dan serbuk perasa secukupnya, kemudian kacau lagi hingga rata. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh, kacau seketika,,bila dah cukup rasa dan dah masak matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber saji
Thursday, May 3, 2012
Resepi Sup Soto Istimewa
BAHAN A:
500 gm ayam
400 gm daging
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
100 gm rempah kurma
50 gm serbuk jintan manis
50 gm serbuk jintan putih
BAHAN B:
10 gm kacang tanah (goreng)
10 gm taugeh
10 gm tomato
1 paket nasi impit
Cili padi
Suhun
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau. Masukkan air, ayam dan daging dan rebus sehingga mendidih. Biarkan daging empuk…Kemudian asingkan ayam dan daging, masukkan garam secukup rasa ke dalam kuah soto tadi… Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk bersama-sama dengan ayam dan daging yang telah dicarik halus.. Tuangkan kuah soto ke dalam mangkuk. Hias dengan daun bawang dan bawang goreng.
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi Rendang Rincik
Bahan-bahan:
500 gm daging rincik - dipotong kecil, dibersihkan & ditus
1 paket kecil rempah kari daging
1 labu bawang besar - dikisar
santan dari 1 biji kelapa
3 sudu besar kerisik - ditumbuk halus
10 biji kacang panjang
Minyak masak untuk menumis
Garam,gula dan aji secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
6 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Kacau hingga kekuningan dan masukkan rempah kari daging dan bawang besar kisar. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak..Masukkan daging garam,gula dan aji.. kemudian kacau hingga rata. Biarkan mendidih dengan api perlahan hingga daging empuk…Masukkan kerisik, santan dan kacang panjang. Kacau dan biarkan mendidih ,,bila dah masak dan cukup rasa ,matikan api
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi Nasi Beriani Pandan
Bahan-bahan:
2 tin susu beras basmati - direndam 20 minit
2 tin susu air
2 cawan air rebusan daging
1/2 tin susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 cm halia - mayang dan tumis
5 biji bawang merah - mayang dan tumis
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
6 biji bawang merah - tumbuk halus
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil rempah masalah
3 biji putik jagung - potong nipis
2 batang lobak merah - didadu
2 helai daun pandan
Pewarna kuning dan hijau
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
2 biji cili merah
1 helai daun pandan
Sedikit daun sup dan bawang
Badam goreng untuk ditabur di atas
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bawang yang telah dimayang hingga naik baunya. Masukkan bahan yang ditumbuk halus, kacau hingga naik minyak. Kemudian tambahkan daun pandan, air dan air rebusan daging. Biarkan mendidih dan masukkan susu cair serta beras, putih jagung dan garam secukup rasa…bila nasi hampir kering, bahagikan pada dua bahagian untuk diwarnakan kuning dan hijau. Masukkan semula nasi yang telah siap diwarnakan dan tanak hingga masak. Taburkan lobak merah, daun sup, limau purut dan daun bawang, cili merah dan badan goreng masa menghidang.
Sumber saji
Wednesday, May 2, 2012
Resepi Daging Kambing Berkicap
BAHAN A:
1kg daging kambing
1 sudu kbesar kicap pekat
1/2 cawan sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
Sedikit rempah empat sekawan
Sedikit minyak masak
Garam,gula dan aji secukup rasa
BAHAN B:
3 biji cili hijau (mayang)
1 biji cili merah (mayang)
3 tangkai daun pudina
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili kering
5 biji cili padi
3 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah empat sekawan hingga wangi.Kemudian masukkan daging kambing, kicap pekat, sos tomato dan lada hitam. Tuangkan air secukupnya bila daging lembut masukkan santan dan tambahkan garam ,gula dan aji secukup rasa… bila mendidih, masukkan pula bahan B. Masak hingga pekat..bila dah pekat dan dah masak dan cukup rasanya ,maikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber : saji
Resepi Paru & Perut Masak Hijau
Bahan-bahan:
250 gm paru
250 gm perut lembu
5 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
10 biji cili padi merah
4 cawan santan pekat
2helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
1 keping asam gelugur
garam,gula dan aji secukup rasa
Cara menyediakan:
Rebus paru dan potong sederhana kecil.. Perut tak perlu direbus, cuma Kisar cili hijau, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah bersama 2 cawan santan..masukkann bahan yang dikisar dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan paru dan perut..Ketukkan serai dan lengkuas. Masukkan dalam kuali., Masukkan garam, gula ,aji dan asam gelugur..Biarkan kuah kering dan masukkan daun limau purut. bila kuah hampir kering, masukkan pula cili padi yang telah dibuang tangkai…Kalau suka, masukkan 3 sudu kerisik. Kacau hingga kering..bila dah kering dan cukup rasa matikan api dan angkat..
Sedia dihidang
Sumber : saji
Nasi Beriani Dum Kambing Singapura
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati
1 kg daging kambing
250 gm minyak sapi
1.3 liter air
Garam
100 gm badam
100 gm gajus
50 gm daun pudina
50 gm daun ketumbar
250 ml susu cair
50 gm bawang goreng
100 ml air mawar
BAHANâ€Ë†B:
5 biji tomato (dadu besar)
5 ulas bawang putih (kisar)
4 cm halia (kisar)
BAHANâ€Ë†C:
1 cawan tairu
300 gm tomato puri
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 tangkai cili hijau (patah dua)
Setangkai daun ketumbar
BAHANâ€Ë†TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
4 labu bawang besar (cincang)
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan pula Bahan-bahan B. Tumis lagi hingga naik bau. Masukkan pula bahan C.Gaul rata dan tumis lagi hingga lima minit.kemudian masukkan daging kambing. gaul sebati.Masak sehingga daging menjadi tiga per empat empuk. Boleh juga dituangkan dua cawan air sewaktu mengempukkan daging. Tapi pastikan air dua cawan itubenar-benar kering sebelum dituang 1.3 liter air.Akhir sekali tuangkan susu cair, garam, sedikit gula, dan beras yang ditus.Biarkan air mendidih dan nasi ditanak seperti biasa. Sebelum air kering, masukkan..daun pudina, gajus, badam, bawang goreng dan air mawar. Boleh juga dibubuhkan.. pewarna yang telah dibancuhkan dengan satu sudu besar air..Titiskan pewarna di atas permukaan nasi yang mula mengering. Tutup periuk dan jangan digaul dulu. Setelah nasi masak, barulah boleh digaul..
Sedia dihidang
Sumber saji
Resepi Peria Tumis Udang
BAHAN-BAHAN:
peria
udang
10 ulas bawang merah (hiris)
4 bij bawang putih (hiris)
4 biji cili merah (hiris)
1 helai daun salam
1 cm lengkuas (ketuk)
Garam dan gula dan aji secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
Peria yang dihiris nipis diramas dengan air garam.Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris. Biarkan naik bau.Kemudian masukkan udang . Masukkan lengkuas, daun salam dan peria. Tumis hingga layu..bila dah layu dan cukup rasa..matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber saji
Resepi Apam Mentega
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air
3 cawan tepung gandum
250 gm mentega
3 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kelapa parut
Sedikit esen vanila
Cara Menyediakan:
Hanguskan gula dengan 1 cawan gula. Ketepikan.Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan mentega (yang telah dipukul berasingan), susu cair, gula hangus, esen vanila dan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebati.Sapu minyak pada mangkuk acuan dan masukkan adunan. Kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut.
Sumber : saji
Resepi Mousse Strawberi
Bahan-bahan:
100 gm gula
50 gm gelatin - dicairkan
700 gm krim putar
6 biji kuning telur
250 gm buah strawberi - kisar halus untuk dijadikan puri
1 biji kek swiss roll
(atau sebarang jenis kek gulung perasa strawberi)
Cara Menyediakan:
Kuning telur dipukul hingga putih di dalam mangkuk yang beralas air panas. Bila sudah elok kembang, alihkan bekas air panas kemudian masukkan gelatin dan puri strawberi ke dalam adunan telur dan kacau hingga sebati.Masukkan krim putar (yang sudah diputar) dan kacau lagi hingga sebati.Kek swiss roll dipotong bulat setebal 1 cm kemudian disusun di tengah mangkuk dan juga kelilingnya sebelum dituangkan adunan mousse hingga penuh. Dinginkan dalam peti sejuk sehingga beku sebelum hidang.
Info:
* Telur dipukul menggunakan kaedah double boiler, ia itu di dalam mangkuk beralas bekas berisi air panas yang baru mendidih.
* Krim putar yang digunakan dalam resipi ini adalah jenis manis. Putar dahulu krim sebelum di masukkan ke dalam adunan.
Sumber : saji
ShareThis
Blog Archive
-
▼
2012
(190)
-
▼
May
(32)
- Rasepi Spageti Bebola Daging
- Resepi Kepah Goreng Songkhla
- Resepi Sotong Goreng Rangup
- Resepi Sotong Masak Halia
- Resepi Popiah Pisang
- Resepi Roti Goreng Keju
- Resepi Mee Kolok Sarawak
- Resepi Daging Masak Jintan
- Resepi Telur Dadar Melaka
- Resepi Ayam Teriyaki Halal
- Resepi Lemak Jantung Pisang Ikan Pekasam
- Resepi Ayam Bakar Cina
- Resepi Pais Ikan Mangga
- Resepi Talam Keledek
- Resepi Masak Lemak Remis Pisang Muda
- Resepi Telur Dadar Sayuran
- Resepi masak Lala Masam Manis
- Resepi kuih Kuih Balik Gelisah
- Resepi Ayam Dara Pulut Kuning
- Resepi MasakTumis Peria Dan Taufu
- Resepi Acar Jeruk Ikan Tenggiri
- Resepi Masak Ayam Lemon Madu
- Sambal Terung Pipit Tumis
- Resepi Sup Soto Istimewa
- Resepi Rendang Rincik
- Resepi Nasi Beriani Pandan
- Resepi Daging Kambing Berkicap
- Resepi Paru & Perut Masak Hijau
- Nasi Beriani Dum Kambing Singapura
- Resepi Peria Tumis Udang
- Resepi Apam Mentega
- Resepi Mousse Strawberi
-
▼
May
(32)