Sunday, July 22, 2012

Home » » Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Bahan-Bahan:


1. Satu genggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan
2. Satu genggam besar bawang merah dan dimayam
3. Satu ulas bawang putih dan dimayam
4. 1 ½ sudu besar cili boh atau cili kering yang telah dikisar
5. Santan dari setengah biji kelapa parut.
6. Satu biji bawang besar dan dimayam
7. Petai dibuang kulitnya
8. Garam
9. Minyak Masak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu, tetapi jangan garing
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. Goreng untuk 2 - 3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh. Goreng selama 2 minit. Kacau hingga sebati semua bahan-bahan.
3. Masukkan santan dan bawang besar dan kacau hingga sebati
4. Masukkan garam sedikit sahaja dan juga petai. Kecilkan api dan tutup kuali.
5. Kacau sekali sekala. Pastikan api kecil. Setelah pecah minyak, semuanya masak.

Nota: Resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama di atas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya.
*sumber: ens petua melayu lama

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...