Thursday, September 22, 2011

Resepi Ikan Kukus Taucu

Ikan Kukus Taucu

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap, bersihkan
1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
2 btg daun bawang, hiris kasar
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 tangkai lada hijau, hiris serong
1 cm halia, hiris nipis
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan taucu
100 ml air
1 sudu teh jus limau nipis

Cara penyediaan :
Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna.

Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.

Angkat dan saajikan panas-panas.

- Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.

Resepi Tom Yam Ayam

Tomyam Ayam




Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

Resepi Jantung Pisang Tumis ala Kampung

Jantung Pisang Tumis Ala Kampung




Bahan-bahan:

2 biji jantung pisang
2 biji terung - potong kecil-kecil
5 labu bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - diketuk
10 tangkai cili padi- potong kecil-kecil
1 sudu teh belacan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
Rebus jantung pisang selama 10 minit, toskan dan potong kasar.

Panaskan minyak, goreng terung hingga separuh layu. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan belacan gula dan garam. Gaul hingga mesra.

Masukkan terung dan jantung pisang. Gaul hingga mesra dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Kerang dengan Pucuk Paku

Kerabu Kerang dengan Pucuk Paku


Bahan-bahan:

Secekak pucuk paku - ambil daun dan batang lembut,celur
½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus dan ambil isi
2 sudu kerisik
3 biji bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan - dibakar dan tumbuk
Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
Hidangkan.

Resepi Bergedel Kentang & Daging

Bergedil Kentang dan Daging



Bahan-bahan:

300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam

Bahan salut:
2 biji telur - pukul

Cara Penyediaan:

Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali.

Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.

Resepi Itik Solo

Itik Solo


Bahan-bahan:

1 ekor itik
garam, gula dan asam jawa secukup rasa
3 cawan santan pekat

Bahan rempah:
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh manis
2 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh halba
1 cawan bawang merah - ½ bahagiannya digoreng
1 ulas bawang putih
3 sudu cili kering kisar - lebihkan jika suka pedas
½ ulas lengkuas
Halia sebesar ibu jari (merah)
1 batang serai
1 batang pelepah kelapa @ tebu
1 inci kayu manis
1 inci selaput buah pala

Cara penyediaan:

Bersihkan itik, kemudian rebus dengan sedikit garam sehingga lembut.

Giling/kisar kesemua rempah, kemudian masukkan sedikit garam dan gula.

Lumur itik yang telah direbus lembut dengan sebahagian daripada bahan rempah yang telah digiling/kisar. Perap ½ jam.

Masukkan baki rempah dalam santan bersama bawang goreng, sedikit air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasanya.

Panggang itik yang telah diperap sehingga kuning, golek-golekkan atas api supaya masak sekata. Lumur santan berempah dan bakar lagi. Ulangi sehingga sehingga masak dan habis santannya.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.



resepi tradisi kelantan

Resepi Sambal Gesek

Sambal Gesek


Bahan-bahan:

Segenggam Ikan bilis
15 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...