BAHAN-BAHAN:
375 gm tepung gandum
500 gm gula
3 biji telur
250 ml air aiskrim soda
1 sudu besar ovallete
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna merah
Kertas minyak
Acuan bunga apom
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan, kecuali air aiskrim soda.
2. Putar hingga gebu, kemudian masukkan air aiskrim soda.
3. Putar lagi sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna merah, putih dan hijau.
5. Ambil sesudu, masukkan dalam acuan khas yang berisi kertas, berselang-seli warna.
6. Akhir sekali, kukus selama 8 minit
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment