Showing posts with label Ad resepi telur. Show all posts
Showing posts with label Ad resepi telur. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

IKAN SALMON DENGAN SOS SOYA HALIA

BAHAN – BAHAN :
250 gm ikan salmon – dipotong sederhana tebal
1 biji lada benggala merah – dipotong dadu kecil
1 biji lada benggala kuning – dipotong dadu kecil
200 gm kobis bunga
sayur brokoli secukupnya
120 ml sos teriyaki
100 gmpastafattucine
3 labu bawang besar – potong bulat untuk hiasan atas ikan

BAHAN PASTA :
70 gm pasta fettucine – rebus hingga lembut
30 gm tomato puri
1/2 sudu kecil  bawang putih cincang
1 sudu besar minyak zaitun

SOS SOYA UNTUK IKAN – REBUS SELAMA SATU JAM
2 Sudu besar kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat
50 gm gula batu
1 ulas bawang putih
1 cm halia muda
sedikit daun bawang
sedikit tepung jagung untuk pekat sos – mengikut sederhana kepekatan

CARA MENYEDIAKANNYA ;
1. Ambil ikan salmon dan gaulkan dengan sedikit garam dan masak di atas kuali dengan sesudu minyak zaitun
2. Masak hingga warna keemasan selama 5 minit dan ketepikan supaya tidak terlalu masak
3. Rebus semua bahan sayuran selama satu minit  dan goreng kering dengan sedikit mentega dan bawang putih dan ketepikan sebentar
4. Rebus spageti dalam air panas dan tos airnya ,ambil sedikit tomato puri dan masak bersama pasta
5. Hiaskan bahan – bahan tersebut bermula dengan sayuran di bahagian bawah  kemudian diikuti pasta tadi dan letakkan ikan salmon diatasnya
6. Akhir sekali letakkan bawang yang telah digoreng untuk hiasan diatas ikan tersebut
7. Tuangkan sos teriyaki dan sedia dihidangkan

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, December 5, 2010

UDANG HARIMAU DENGAN BAWANG PUTIH PEDAS

BAHAN A ;
600 gm udang harimau

BAHAN B :
250  gram bawang putih – dicincang
10 gm cili padi – dicincang
10 gm cili kering – dihiris halus

BAHAN C :
5 gm gula
5 gm garam
2 gm serbuk ayam

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan goreng udang bersama semua bahan B hingga garing.
2. Masukkan gula dan garam serta serbuk ayam, Gaul sebati

SEDIA DIHIDANG.

Saturday, December 4, 2010

NASI AYAM HAILAM

BAHAN – BAHAN :
1 tin beras
3 ulas bawang putih
sedikit halia

CARA MEMBUATNYA :
1. Beras dibarsih dan ditoskan,kemudian di goreng tanpa minyak hingga wangi,angkat dan ketepikan seketika
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
3. Masukkan air secukupnya,iaitu air dan beras hendaklah sama banyak atau mengikut jenis beras
4. Masukkan beras bersama air dan sedikit garam,masaklah seperti nasi biasa
5. Biarkan masak dan bolehlah digaul dengan sedikit planta ketika nasi masih panas untuk menyedapkan lagi nasi dan menimbulkan bau harum

CARA MEMBUAT AYAM :
1. Ayam dibersihkan. dan ditoskan,kemudian perap dengankicap cair,lada sulah,minyak bijan,dan garam selama 10 minit
2. Panaskanminyak secukupnya dan gorenglah hingga kekuningan.
3. Angkat dan bolehlah dihidang dengan nasi

CARA MEMBUAT SUP :
1. 3 ulas bawang merah dan1/2 halia ditumbuk. panaskan minyak dantumis hingga naik bau
2. Masukkan air secukupnya danmasukkan juga perencah sup ayam dengan secukupnya. Biarkan mendidih barulah di angkat
3 Taburkan denganbawang goreng dan daun sup ketika hendak dihidangkan

SEDIA DIIHIDANG .

Friday, December 3, 2010

CLAY POT KARI KUPANG BERKRIM

BAHAN A :
10 gm najerin
1 gm daun kari
3 gm cili padi
3 gm serbuk kari

BAHAN B :
200 gm susu cair
150 gm krim
2 keping keju

BAHAN C ;
3 gm garam
3 gm gula
2 gm serbuk ayam

BAHAN D :
800 gm kupang

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan majerin dantumis daun kari,cili padi dan serbuk kari hingga naik bau
2. Kemudian masukkanbahan B dan bahan C ,Gul sebati
3. Apabila mendidih masukkan kupang dan masak selama 10 minit
4. Hidangkan dalam bekas tembikar

SEDIA DIHIDANG .

DAGING SINGGANG PATTANI

BAHAN – BAHAN :
1/2 kilo daging
6 ulas bawang merah – dimayang
3 ulas bawang putih – dimayang
1 cm halia
1 cm lengkuas – diketuk
6 tangkai cili merah – dikisar halus
4 tangkai cili padi – dikisar halus
1/2 camca serbuk ketumbar
1 batang serai  - diketuk
2 helai daun limau
1 mangkuk air asam jawa
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
1. Daging direbus hingga lembut.
2. Masukkan bahan- bahan yang dimayang dan bahan –bahan yang dikisar kedalam rebusan daging
3. Biarkan mendidih seketika, masukkan lengkuas,serai,dan masukkan air asam jawa
4. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya
5. Renihkan seketika dan hidangkan ketika masih panas

SEDIA DIHIDANG .

IKAN KEMBUNG PORTUGIS

BAHAN – BAHAN :
1 ekor ikan kembung
2oo gm cili kering  - di hiris
1/2 inci halia – dihiris
1 keping asam keping
1 sudu sos cili
2 biji limau nipis
2 helai daun limau purut
1 biji cili merah
serbuk perasa
sedikit air asam jawa

CARA MEMBUATNYA ;
1. Tumis bahan yang telah dihiris bersama air asam jawa dan asam keping
2. Masukkan sos cili dan serbuk perasa,kacau seketika
3. Tuangkan tumisan tadi kedalam ikan
4. Perah limau nipis
5. Balutkan ikan menggunakan pembalut aluminium
6.  Masak dengan menggunakan teknik stim selama 10 minit
7. Hidangkan bersama nasi,bergedil,dan acar buah .

SEDIA DIHIDANG .

SUP AYAM HALIA

BAHAN – BAHAN ;

1 potong ayam bahagian dada –dipotong dadu
1 biji ubi kentang – dipotong dadu
200 gm lobak merah – dipotong dadu
40 gm daun sup – dihiris kasar
40 gm daun bawang  - dihiris kasar
100 bawang kecil – dihiris halus
80 gm bawang putih – dihiris halus
120 gm halia – dikupas dan dititik
2 cawan air
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Tumisbawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2. Masukkan ayam dan tumis hingga rata
3. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih sebelum dimasukkan kentang dan lobak merah
4. Biarkan hingga empuk dan masukkan garam,dan taburkan daun sup dan daun bawang

SEDIA DIHIDANG .

SUP MINI WATAN

BAHAN A :
5 keping kulit watan
sedikit isi ayam
sedikit isi udang/ketam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk ayam
garam secukupnya

BAHAN B :
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 batang sayur sawi
5 hirisan lobak merah
sedikit lada sulah
garam secukupnya

BAHAN C :
1/2 liter stok
sedikit air

CARA MEMBUATNYA ;
1. Gaulkan semua bahan A melainkan kulit watan hingga sebati, kemudian bungkus dengan kulit watan
2. Tumiskan bawang hingga wangi kemudian masukkan bahan B yang lain
3. Tambah dengan bahan C dan biarkan mendidih,masukkan watan dan biarkan masak
4. Hidangkan panas-panas

SEDIA DIHIDANG .

Thursday, December 2, 2010

BORSHCHT (SUP)

BAHAN – BAHAN :
300 gm daging kambing – di potong dadu
3 biji ubi kentang – dipotong dadu
1 biji lobak merah – dipotong dadu
1 bjib bawang merah – dipotong dadu
1 biji lada benggala merah – dipotong memenjang
5 ulas bawang putih – dipotong dadu
400 gm kubis – nipis
1 biji ubi bit – dihiris nipis
1/2 sudu teh jintan manis
garam secukup rasa
secekak daun ketumbardi hiris
6 gelas air

CARA MEMBUATNYA :
Goreng daging kambing ,lobak,bawang merah,ptih dan lada benggala selama10 minit
2. Masukkan air dan biarkan ia mendidih,masukkan kubis,jintan manis dan garam
3. Didihkan selama 2 jam
4. Masukkan ubi bit selama 5 minit sebelum masa memasak tamat
5. Hidangkan dan taburkan daun ketumbar.

SEDIA DIHIDANG .

UNGKAP IKAN HARUAN

BAHAN- BAHAN :
1 ekor ikan haruan sederhana besar
5 cm halia – dihiris nipis
1 biji bawang besar – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – di ketuk dan dihiris nipis
3 cm kunyit hidup – ditumbuk
2 keping asam keping
garam secukup rasa
2 cawan air untuk memasak

CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan bawang,bawang putih dan halia dan kunyit kedalam periuk yang berisi air,biarkan hingga mendidih
2. Kemudian masukkan ikan haruan yang sudah siap di siang dan juga garam secukup rasa.
3. Biarkan hingga mendidih dan masukkan asam keping
4. Kacau dan biarkan hingga ikan benar-benar masak

SEDIA DIHIDANG .

Thursday, November 25, 2010

IKAN SIAKAP KUKUS

BAHAN- BAHAN ;
1.3 kilo ikan siakap
3 sudu kicap cair
5 ulas bawang putih-tumbuk
20 gm pasli cina
4 ulas bawang merah –ditumbuk
20 gm bawang goreng
5 gm hirisan lobak merah
100 gm sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak

CARA MENYEDIAKANNYA
1. Bersihkan ikan dankukus dalam pengukus
2. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing,kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair,tambahkan sedikit minyak bijan
3. Tuangkan kuah tadi keatas ikan dan taburkan pasli cina yang telah dihiris,bawang gorengdan hirisan lobak merah

SEDIA DIHIDANG

Sunday, November 21, 2010

SOTO BABAT

BAHAN UNTUK SOTO

2 ketul nasi impit-dipotong dadu
200 gm perut lembu =dihiris dan di potong nipis
sedikit kubis –di potong halus
tauge

BAHAN KUAH :

5 Ulas bawang merah dikisar halus
4 ulas bawang putih –dikisar halus
1 sudu lada putih –dikisar halus
5 biji buah keras  =dikisar halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar halus
2 batang serai  -dititik
1/2 inci halia –dititik
1/2 inci lengkuas dititik
3 helai daun limau purut - dihiris nipis
2 gelas air rebusan tulang ayam

CARA MEMBUAT :

1. Masukkan campuran isi soto kedalam mangkuk
2. Tuangkan kuah soto diatasnya
3. Siap untuk di hidangkan

CARA MEMBUAT KUAH :

1.  Tumis semua bahan yang di kisar dan titik hingga garing
2. Masukkan dalam air rebusan tulang ayam
3. Biarkan hingga masak

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...