Bahan-bahan:
3 mangkuk kacang hijau - mumbung
3 mangkuk tepung ubi - disangai
3 mangkuk gula halus
1 genggam tepung gandum
4 biji kuning telur
1 1/2 biji kelapa - ambil pati santan tanpa guna air, perah menggunakan kain
Cara Menyediakan Tepung Kacang:
1. Kacang dibasuh bersih dan tuskan sekejap. Kemudian goreng tanpa minyak serta buangkan kulitnya. Kacang yang digoreng diletakkan di tempat rata dan selepas itu tutupkan dengan kain bersih. Kemudian gelek dengan penggelek atau anak batu giling.
2. Apabila kelihatan kulitnya tertanggal bolehlah ditampi untuk memisahkan kacang dan kulit.
3. Kemudiannya digelek dan basuh lagi. Tuskan semua, apabila kacang 'bebas' daripada kulitnya barulah dikisar hingga menjadi tepung. Ayak dua kali, angkat dan ketepikan.
4. Kemudian gula juga dikisar dan ayak empat kali.
Cara Menyediakan Adunan:
1. Gaul semua bahan, masukkan kuning telur, gaul rata seterusnya masukkan pula santan. Uli adunan hingga ia menjadi lembut. Perap semalaman. Tekan dalam acuan kayu dan bakar dalam ketuhar.
2. Adunan ini menghasilkan 120 hingga 150 biji kuih.
Pesanan:
Untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan, bolehlah sapu minyak masak dicelah-celah pecahan daun acuan tersebut.
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment