BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong
4 sudu besar cili kering kisar
2sudu besar udang kering
2 sudu kecil sos tiram
Garam , gula dan aji secukup rasa
2sudu besar jus limau nipis
4 ulas bawang putih (ketuk)
Aluminium foil secukupnya.
CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.. Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan gula secukup rasa dan kacau rata.Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan masak hingga pekat.Sediakan aluminium foil masukkan sambal, sotong dan lipat. Kemudian bakarselama 15 minit…bila dah masak angkat
Sedia dihidang
Sumber : Saji
No comments:
Post a Comment