BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 cm halia
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil kicap pekat
Daun sup dan daun bawang secukupnya
1 liter air
2 sudu kecil minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
Rebus ayam dan siat-siat dagingnya.,. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumis. Masukkan kicap pekat dan sos tomato. Kacau sebentar dan masukkan air. Masukkan sup bunjut, kiub ayam dan isi ayam. Biarkan mendidih dan ayam masak.Masukkan garam secukup rasa dan daging ayam yang telah disiat tadi. Hidangkan dengan daun bawang dan daup sup.. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama roti, mihun atau nasi impit.
Sumber :saji
No comments:
Post a Comment