bahan-Bahan:
4 potong ikan tenggiri
4 camca sedang cili boh
2 camca sedang rempah kari
1 camca teh biji sawi
Sedikit minyak
3 tangkai cili merah (dipotong memanjang)
1 cawan santan pekat
2 camca sedang kerisik
Rempah tumis, kunyit, garam, gula dan cuka
Bahan dimayang:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1.25 sm halia
Cara:
Ikan di basuh dan ditoskan.
Kunyit dan garamkan ikan lalu dipanggang.
Tumis bahan-bahan mayang bersama rempah tumis, kacau hingga kuning.
Kemudian masukkan rempah kari, cili boh dan santan.
Kacau hingga kuning.
Masukkan kerisik, cili merah, garam, cuka dan ikan.
Kacau perlahan-lahan hingga masak.
No comments:
Post a Comment