BAHAN – BAHAN :
100 gm kacang tanah – digoreng
1 paket tempe – digoreng
100 gm ikan bilis – digoreng
200 gm ubi kayu – dipotong nipis memanjang dan digoreng
sedikit garam
2 sudu gula
BAHAN – BAHAN UNTUK SAMBAL ;
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
semua bahan-bahan ini dikisar terlebih dahulu
kemudian buang airnya dan ambil sedikit sahaja
CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi
2. Setelah itu masukkan pula gula dan garam
3. Kacau hingga garing dan biarkan ia sejuk lebihkurang satu jam untuk memasatikan kerangupan sambal ubi kayu
4. Kemudian sambal itu digaul bersama ubi kayu,kacang dan tempe yang siap di goreng tadi
SEDIA DIHIDANG
No comments:
Post a Comment