Wednesday, November 2, 2011

Home » , » Nasi ayam serai

Nasi ayam serai

Bahan-bahan untuk nasi :

  • 4 cawan beras siam ..5 cawan air rebusan ayam, ..Bahan tumis
  • 3 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 3 btng serai- di ketuk
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar planta…Garam secukupnya
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 10 minit,..toskan..
  2. Masukkan 4 cwn air rebusan ayam ke dlm periuk. Masukkan beras danmasak sebentar.
  3. Panaskan minyak .. tumis bahan2 tumis , rempah tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan planta ke dalam periuk .. masak macam biasa.
  6. Bila nasi  kering kacau  sekali sekala .. tutup semula.
  7. Bila nasi  masak, boleh la di hidang bersama ayam goreng madu dan sos cili merah ..Bahan., untuk Ayam Goreng Madu
  • 1 ekor ayam- di potong 12....selebihnya buat sup
  • 3 sudu besar kicap
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak .. keluarkan ..guna Air rebusan ayamuntuk masak nasi ayam..Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu  1/2 jam
  2. Goreng ayam.. bila masak angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk Sos pedas merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 cwn air masak utk blend bhn2
Cara-cara
  1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, ..hidangkan bersama ayam.
Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili hijau/padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih ../tumbuk cili api bersama  bawang putih.Masukkan dlm mangkuk ..letak kicap.,Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Bahan-bahan  Sup Ayam
  • Ayam yang telah dipotong kecil2..2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 cengkih
  • 1 kiub pati ayam
  • Air 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. bila masak, tutup api..hidangkan bersama nasi ayam.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...