Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk
2 gelas air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/4 tin laici
Sedikit perisa laici
Sedikit ceri merah
Cara Menyediakan;
1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat.
6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.
7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding
No comments:
Post a Comment