BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega
125 gm gula perang
1 biji telur
200 gm tepung
Secubit garam
125 gm coklat putih (cincang)
50 gm kacang hazel (cincang)
BAHAN HIASAN:
Sedikit coklat putih (cairkan)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega dengan gula perang, garam dan telur sehingga sebati.Masukkan tepung dan kacau.
2. Akhir sekali masukkan kacang hazel dan coklat putih yang telah dicincang.
3. Gaul sehingga menjadi sebati. Gunakan sudu kecil untuk untuk membentuk biskut.
4. Bakar pada suhu 190 0C selama 10 minit.
5. Paipkan coklat putih apabila biskut sejuk dan biarkan keras
Sumber :utusan
No comments:
Post a Comment