Monday, February 21, 2011

Home » , , » Dendeng Paru Tiga Rasa

Dendeng Paru Tiga Rasa


Bahan A:
300 gm paru
250 gm hati lembu
250 gm daging lembu
Bahan B:
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan cili kisar
BAHAN C:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit
2 batang serai
BAHAN LAIN:
Minyak
1 cawan santan
Kulit kayu manis
3 sudu besar kerisik
Garam
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus bahan A hingga lembut. Masukkan ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan separuh bahan kisar, bahan B dan bahan C, masak selama setengah jam.
2. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali dan goreng bahan perap hingga garing dan ketepikan.
3. Panaskan setengah cawan minyak dalam kuali. Tumis kulit kayu manis dan lebihan bahan kisar, lebihan bahan B serta lebihan bahan C, hingga naik bau.
4. Masukkan air asam jawa, kerisik dan santan. Kacau rata hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau balikkan dan tabur dengan bawang goreng. Hidangkan.
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...