Sunday, February 20, 2011

Home » , » Kerabu Jantung

Kerabu Jantung



BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang
5 tangkai ulam raja
1 biji mangga muda
100 gm tauge
5 tangkai cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis tumbuk
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga
lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi.
3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi.
4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata.
5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...