Sunday, February 20, 2011

Home » , » Bunga Kubis Bersos Bawang Putih

Bunga Kubis Bersos Bawang Putih


Bahan-bahan:
1 cawan susu segar
2 cawan bunga kubis
1 sudu besar minyak sayuran
2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar bawang besar - cincang
1 sudu besar tepung gandum
Lada hitam secukup rasa
1/2 cawan pasli - cincang
Cara Menyediakan:
1. Kukus bunga kubis hingga agak lembut tetapi masih rangup. Alihkan ke dalam pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar. Masukkan serbuk bawang putih dan kacau hingga lembut.
3. Masukkan tepung, kacau cepat-cepat selama seminit, tuangkan susu diikuti lada hitam dan pasli (tinggalkan sedikit untuk tabur). Kacau hingga hampir pekat.
4. Tuangkan sos ke atas bunga kubis dan hias dengan lebihan pasli cincang.
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...